Iris Lutfiya|39

8.1K 276 31
                                    

Iris Lutfiya bersiap-siap untuk ke galeri kesayangannya.Rindu.Agak lama juga dia tidak ke situ.Seminggu.Lama kan?

Puan Sri Irma masuk ke dalam bilik cucu tunggalnya.

"Ris,tengahari ni makan kat rumah tau?Kawan tok mummy dengan cucu dia makan sini hari ni.."

Dahi Iris Lutfiya berkerut.

"Perlu ke dia bawa cucu dia?"

"Cucu dia rapat dengan dia.That's why cucu dia ikut sekali.Macam Ris dengan tok mummy lah.."

"Okay.." balas Iris Lutfiya bersahaja.

🌻🌻🌻

"Tengahari ni jangan lupa temu janji kita.." ujar Puan Sri Faiza seakan mengingatkan Razeen Fiqri.

"Temu janji apa pula ni,tok ma?" kata Razeen Fiqri pelik.

"Tengok tu.Saja bagi tok ma naik angin kan?"

Razeen Fiqri tersengih.Dia ingat tetapi sengaja mengusik tok manya.

"Fiq ingat lah.Saja bergurau dengan tok ma.Sekali sekala kan?"

"Yelah.Balik awal sikit.." pesan Puan Sri Faiza.

Razeen Fiqri mengangguk.Dia yang sudah segak berpakaian kemeja itu menuju ke luar rumah.

Disebabkan abangnya memilih kerjanya yang tersendiri,dia terpaksa mengambil alih tempat abangnya.

Dia sebenarnya tidak berapa suka bekerja di dalam pejabat.Itu yang jarang dia masuk ke pejabat.Dia akan masuk jika ada hal penting contohnya mesyuarat.

Mujurlah tok panya jenis yang memahami.

Dia bersalaman dengan Puan Sri Faiza.Kemudian,langkah diatur ke arah kereta.

🌻🌻🌻

Sebelum pulang ke rumah,Iris Lutfiya sempat berjumpa dengan Sarah Aliya.

"Nah,buah tangan dari Korea.."

Sampai-sampai sahaja di sebuah kafe yang mereka berjanji untuk bertemu,Iris Lutfiya meletakkan sebuah beg yang berisi cenderahati yang dibelinya ketika dia berada di Korea di atas meja.

Mata Sarah Aliya bersinar-sinar melihat apa yang ada di hadapannya.

"Ya Allah,ingat juga kau kat aku.Thank you,Ris.."

Iris Lutfiya hanya tersengih.Hantu drama betul lah Sarah Aliya ni.

"Mestilah aku ingat.Apa lah kau ni.Erm..aku tak boleh lama tau.Tok mummy aku dah tunggu nak makan tengahari sama-sama.."

"Okay,tapi aku tak puas lah jumpa kau.."

"Ish,macam lah tak boleh jumpa lagi.Err..Qis dah bersalin dah?"

Soalan dari Iris Lutfiya membuatkan Sarah Aliya berhenti dari menggeledah apa yang ada di dalam beg itu.

"Dah.." balasnya perlahan.

"Mesti comel kan anak dorang?"

Sarah Aliya hanya mendengar.Dia sebolehnya tidak mahu membahaskan tentang Qisya Elza.

Dia tidak mahu Iris Lutfiya sakit hati.Dia tidak sahabatnya itu terluka lagi.

"Ris,kata tok mummy kau tengah tunggu?Cepat lah balik.Kesian tok mummy kau nanti.."

"Amboi,halau aku.Liya,ada masa nanti,kita jenguk Qis eh?Rindu lah kat dia.Tak sabar nak dukung baby dia.."

Sarah Aliya hanya menganggukkan kepalanya.Tidak sampai hati mahu menolak ajakan Iris Lutfiya.

"Okay lah.Aku balik dulu.Kau hati-hati tau.Nanti ada yang mengorat pulak.Bye,assalamualaikum.."

Mereka berdua mula berdiri.Iris Lutfiya memeluk sahabatnya sebelum melangkah pergi.

🌻🌻🌻

Tiba sahaja di perkarangan rumah papanya,kelihatan ada sebuah kereta yang tidak dikenali.

Nampaknya kawan tok mummynya sudah sampai.

Dia mula keluar dari kereta.Salam diberikan sebelum masuk ke dalam rumah.

Kelihatan semua sedang rancak berbual di ruang tamu.

Razeen Fiqri yang sedang bermain fonnya,memandang gerangan gadis yang memberi salam.

Terkejut dia melihat gadis itu.Ni ke bakal zaujahnya?Ni ke gadis yang tok manya ingin jodohkan dengannya?

"Waalaikumussalam.Ris,kenalkan ni kawan tok mummy,Aunty Faiza.Yang tu cucu dia,Fiqri.."

Iris Lutfiya bersalaman dengan Puan Sri Faiza serta berpelukan.Setelah itu,dia memandang cucu kawan tok mummynya.

Dia terpaku seketika.Razeen Fiqri mengenyitkan matanya.

"Jom makan.Lauk dah hidang tu.." ajak Puan Sri Irma.

Mereka mula melangkah ke arah meja makan.Razeen Fiqri mengambil tempat di sebelah Iris Lutfiya.

Puan Sri Irma dan Puan Sri Faiza tersenyum melihat mereka berdua.

"Macam pinang dibelah dua lah dorang berdua ni.." ujar Puan Sri Faiza.

"Tok ma,kalau ni lah orangnya,Fiq setuju.." kata Razeen Fiqri selamba.

Iris Lutfiya tercengang.Tidak mengerti kata-kata lelaki itu.Wajah Puan Sri Irma dipandangnya seperti meminta penjelasan.

Puan Sri Irma hanya beriak selamba.Jag yang berisi air sirap itu dituangkan ke dalam setiap gelas.






3 Julai 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now