Iris Lutfiya|29

7.3K 269 12
                                    

Selesai sahaja bertemu dengan Akmal Wafiey,dia menuju ke rumah Encik Irham.Segala persoalannya sudah terjawab pada hari itu.

Keluar sahaja dari kereta,dia terus masuk ke dalam rumah. Encik Irham yang sedang menonton televisyen dipeluk erat olehnya.

Encik Irham ingin menolak tubuh Iris Lutfiya dari terus-menerus memeluknya namun tidak jadi disebabkan kedengaran esakan kecil dari anak muda itu.

"Bagi Ris peluk papa.Ris betul-betul perlukan papa sekarang ni.Papa je yang Ris ada sekarang ni.Papa kekuatan Ris.." ujarnya sambil tersedu sedan.

Encik Irham semakin pelik dengan Iris Lutfiya.Tidak pernah pula anak muda itu balik ke rumahnya dalam keadaan begitu.

"Kau kenapa ni?Ada masalah ke?" soalnya ingin tahu.

Agak lama Iris Lutfiya membiarkan soalan itu tidak berjawab.Dia kemudian menyeka air matanya.

"Maaf sebab buat baju papa basah sebab air mata Ris.Sekarang,Ris dah sedar apa yang papa cakap dulu tu betul.Ris ni memang suka menyusahkan orang.Ris ni memang lemah.Ris memang mudah menangis.Izinkan Ris nak berehat kat bilik.Papa jangan risau,petang nanti Ris balik.."

Iris Lutfiya mula berdiri.Langkah diatur naik ke bilik.

Encik Irham sudah terpinga-pinga.Tidak faham dengan maksud Iris Lutfiya.

Dia berfikir-fikir di ruang tamu itu.Hatinya semakin resah dengan keadaan Iris Lutfiya.

Dia jadi tertanya-tanya.Apa yang telah terjadi?Ini mesti berkaitan Irhan Hakimie.

Dia segera menuju ke bilik Iris Lutfiya.Pintu bilik anak muda itu dibuka perlahan.

Kelihatan Iris Lutfiya sedang berbaring dengan mata terpejam bersama air mata yang mengalir.

🌻🌻🌻

Akmal Wafiey berasa serba salah kerana berterus terang dengan Iris Lutfiya.Fikirannya menjadi kusut.

Semua ini salah Irhan Hakimie tetapi kenapa dia terjebak sekali.Dia teringat kejadian di mana dia dan Iris Lutfiya bertemu tadi.

Flashback

"Sorry,I lambat.Patutnya I yang menunggu tapi I pulak buat you tertunggu-tunggu.." ujar Iris Lutfiya serba salah.

Dia sebenarnya sengaja datang lambat bertemu Akmal Wafiey kerana dia sedang mengumpul kekuatan.

Dia tidak mahu tunjuk yang dia lemah di hadapan orang.Tidak kisah lah siapa dia.

"Tak pe.Aku faham.." balas Akmal Wafiey.

"Okay,I ajak jumpa ni sebab I nak tahu kebenaran.Boleh you jawab semua soalan I?"

Akmal Wafiey terasa cuak pula dengan kata-kata isteri sahabatnya itu.Soalan apa pula ni?Semacam je bunyinya.

"Apa dia?"

Iris Lutfiya menarik nafas kemudian menghembuskan nafas sebelum bertanya.Dia sebolehnya tidak mahu lagi menangis.Rasanya dia sudah ada kekuatan.Tidak seperti tadi.

"Erm..selalunya malam-malam,Han kata dia pergi ofis.So,I nak tahu.Betul ke dia pergi ofis?"

Akmal Wafiey pelik dengan soalan Iris Lutfiya.Bunyi seperti sedang curiga.Adakah gadis itu sudah tahu?

"Err..betul lah.Kenapa Ris?"

"Jujur dengan I.Han pergi ofis atau jumpa Qis?"

Soalan dari Iris Lutfiya sekali lagi membuatkan Akmal Wafiey tidak senang duduk.

"Kau dah tahu?"

"Ye!I dah tahu.Sanggup you back up sahabat baik you tu?You sedar tak dia buat apa kat I?Dia mempermainkan hati I.Dia musnahkan harapan I yang I bagi pada dia.I bagi semuanya pada dia,Mal.Jiwa raga I,I bagi pada dia tapi dia?Apa tak cukup lagi ke?" kata Iris Lutfiya kecewa.

Air matanya mula bertakung di tubir matanya.

"Okay,aku tahu apa yang dia buat tu memang salah.Aku tak sokong pun.Aku dah nasihat dia tapi dia yang tak nak dengar.Okay,malam-malam memang ada kalanya dia kat ofis tapi selebihnya.."

"Selebihnya jumpa Qis?" sambung Iris Lutfiya.

Akmal Wafiey hanya menganggukkan kepalanya.

"Dia pernah bagitahu you tak yang dia cintakan I?Dia sayang I?"

Akmal Wafiey memandang wajah Iris Lutfiya.Soalan itu agak lama dibiarkan.

"Err..tu kau kena tanya Han.."

"Maknanya dia tak pernah cakap dia cintakan I or sayangkan I pada you kan?Terima kasih lah sebab dah jujur dengan I.I minta diri dulu.."

End flashback

"Aku tahu kau perempuan yang kuat,Ris.Sangat kuat.Aku doakan kau dapat temui kebahagiaan kau tak lama lagi.." doa Akmal Wafiey.

🌻🌻🌻

Irhan Hakimie tiba di rumahnya bersama Iris Lutfiya setelah bertemu Qisya Elza di rumah keluarga mertuanya.

Kelihatan Iris Lutfiya sedang duduk di ruang tamu.Televisyen yang terbuka langsung tidak menarik perhatiannya.

Fikirannya berada di tempat lain.Irhan Hakimie duduk di sebelah isterinya.

Dia memandang wajah Iris Lutfiya yang seakan tidak perasan akan kehadirannya.

Tangannya menyentuh tangan Iris Lutfiya.Segera Iris Lutfiya kembali ke dunia yang nyata.

Cepat-cepat dia menarik tangannya dari disentuh Irhan Hakimie.

"Ris,kenapa ni?Dua tiga hari ni I perasan you lain sangat.Macam ada benda yang tak kena.." ujar Irhan Hakimie.

"Tak de pape.I mengantuklah.I masuk bilik dulu lah.Good night.."

Segera Iris Lutfiya beredar dari situ.Irhan Hakimie mengeluh sambil anak matanya memerhati Iris Lutfiya yang sedang memanjat anak tangga.



23 Jun 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now