Iris Lutfiya|43

8.7K 289 28
                                    

Hari itu mereka sudah kembali bekerja seperti biasa memandangkan hampir seminggu lebih bercuti.Maklumlah,pengantin baru kan?

Mereka juga sempat berbulan madu.Mereka memilih destinasi Korea sebagai tempat honeymoon mereka.Kata Razeen Fiqri,dia mahu ke Korea kerana tempat itu lah yang menemukan mereka.

Dia mahu mencipta banyak-banyak kenangan bersama Iris Lutfiya di situ.Iris Lutfiya tidak kisah.Dia hanya menurut kemahuan si suami.

"Honey,hari ni kita lunch sama-sama erk?Sayang ambil honey waktu lunch nanti.."

"Okay,sayang.."

Iris Lutfiya kini tidak kekok lagi memanggil encik suami dengan panggilan 'sayang'.

Razeen Fiqri tersenyum.Mereka yang sudah selesai bersarapan menuju ke luar rumah.Iris Lutfiya mengunci pintu rumah.

Razeen Fiqri pula berlalu ke arah keretanya dan membuka pintu kereta di bahagian penumpang.

"Honey,jom.."

Iris Lutfiya memandang pintu kereta di bahagian penumpang yang sudah tersedia dibuka.

"Bukan I drive sendiri ke?"

"No way.Honey sekarang isteri sayang.Sayang tak bagi honey drive sendiri lagi.Okay?"

"Alaa.."

Iris Lutfiya menundukkan wajahnya ke bawah.Cincin yang berada di jari manisnya dimain-mainkan.

"No excuse,honey.."

"Okay.." balas Iris Lutfiya perlahan.

Dia sebenarnya tidak kisah pun cuma dia tidak mahu susahkan suaminya itu.Sudahlah galerinya dengan pejabat lelaki itu agak jauh.

Itu sahaja.

Dia masuk ke dalam kereta mewah lelaki itu.Razeen Fiqri menutup pintu di bahagian penumpang lalu menuju ke bahagian pintu utama kereta.

🌻🌻🌻

Panggilan telefon menyentakkan Iris Lutfiya yang sedang melukis.Tertera nama Datin Hasna.

Agak lama juga mereka tidak bersua.Lambat-lambat dia menekan punat hijau.

"Hello.."

"Ris!Tolong mummy!"

Berkerut dahi Iris Lutfiya apabila mendengar suara Datin Hasna yang seakan sedang cemas dan separuh berharap.

"Kenapa,mummy?"

"Han dengan Qis,Ris.Dorang accident.Mummy tak tahu nak minta tolong siapa.Ris je yang mummy ada sekarang ni.Please?"

Jantung Iris Lutfiya berdegup laju.Dia terkejut dengan berita yang baru didengarinya.

Air matanya juga serta merta jatuh membasahi pipinya.Dia sendiri tidak tahu apa sebabnya.

"Baik,my.Ris ke sana sekarang.."

Dia bingkas berdiri.Talian dimatikan.Barang-barangnya dikemas.Handbag dicapai.

Tergesa-gesa dia melangkah keluar dari galeri.Razeen Fiqri yang kebetulan baru tiba,melihat isterinya yang tergesa-gesa pergi.

Belum sempat dia melangkah keluar dari kereta,Iris Lutfiya sudahpun menahan sebuah teksi dan masuk ke dalam.

Dia pantas mengekori teksi itu.Mereka tiba di sebuah hospital.Razeen Fiqri mengejar langkah isterinya.

Iris Lutfiya berlalu ke wad kecemasan.Dia mencari kelibat Datin Hasna.Apabila dia terlihat Datin Hasna,dia terus menerpa.

"Mummy.."

"Ris!"

Tubuh bekas menantunya dipeluk erat.Razeen Fiqri berdiri di sebalik tiang dan memerhati.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" soal Iris Lutfiya setelah pelukan dileraikan.

"Dorang nak datang rumah mummy.Tak lama lepas tu,mummy dapat call yang dorang accident.Mummy tak tahu nak buat apa.Mummy buntu.."

"Insya-Allah,dorang selamat.."

Tidak lama kemudian,seorang doktor keluar dari wad itu.

"Macam mana anak menantu serta cucu saya,doktor?" soal Datin Hasna.

"Anak menantu puan selamat tetapi mereka kehilangan banyak darah.Mereka juga disahkan koma.Satu lagi,maafkan kami,cucu puan tak dapat diselamatkan.."

Datin Hasna hampir rebah apabila mendapat  khabar berita itu.Sungguh dia tidak kuat.

Iris Lutfiya juga kaku mendengar kata-kata doktor itu.Razeen Fiqri juga mencuri-curi dengar di sebalik tiang itu.

🌻🌻🌻

Iris Lutfiya tiba di rumah jam 9 malam.Razeen Fiqri yang baru selesai solat isyak turun ke tingkat bawah.

Kelihatan isterinya itu sedang berehat di sofa ruang tamu.

"Lewat honey balik?" ujarnya sambil menahan amarah.

Mana tidaknya?Seharian isterinya itu langsung tidak menghubunginya.Lunch tadi pun tidak jadi gara-gara isterinya itu ke hospital.

Dia juga menyaksikan yang isterinya itu teresak-esak menangis semasa melawat bekas suami dan bekas madu sendiri.

Penting sangatkah mereka daripadanya?

"Sorry,sayang.Kita tak jadi lunch siang tadi.." ujar Iris Lutfiya serba salah.

"Tak pe.Sayang okay je.Orang lain lebih penting daripada sayang kan?" balas Razeen Fiqri sedikit memerli.

"Sayang cakap apa ni?"

"Honey buat apa kat hospital tadi?Meratap bekas suami?Macam tu?"

"Mana sayang tahu?"

"Tak penting macam mana sayang tahu.Yang sayang nak tahu,kenapa tak tunggu sayang?Kita boleh pergi hospital sama-sama.Sayang boleh bawa honey.Tak perlu naik teksi macam tadi.Dorang tu penting sangat ke?"

"Penting sebab Qis sahabat I.Kenapa you ni?" kata Iris Lutfiya tidak faham mengapa suaminya itu seakan sedang memarahinya.

"Bukan sebab Irhan bekas suami honey?"

Iris Lutfiya semakin tidak faham dengan perangai suaminya itu.Takkan dia melawat Irhan Hakimie dan Qisya Elza yang sedang terlantar sakit pun menjadi masalah?

"Sayang,I lawat dorang sebagai kawan.Takkan itu pun you nak marah?"

"Honey memang tak faham sayangkan?Mana ada seorang suami suka bila isteri dia jumpa lelaki lain.Bekas suami pulak tu.Ke honey dah pasang niat nak rujuk balik dengan Irhan?Lagi satu,tolong simpan air mata tu untuk mahram honey je.."

"You tak payah nak merepek,okay?Dah lah,I malas nak gaduh dengan you.Cuba you ni jadi matang sikit.Hal kecil macam ni tak perlu dibesarkan.."

Iris Lutfiya segera menuju ke anak tangga.Razeen Fiqri melepaskan keluhan.

Salahkah dia memarahi isteri kesayangannya itu?Dia sakit hati kerana isterinya itu menangis kerana lelaki lain.Dia cemburu.




6 Julai 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now