Iris Lutfiya|18

6K 224 0
                                    

"Qis,Qis tak nak bagitahu Han tentang kandungan Qis?" soal Puan Qasya.

"Tak pe lah,umi.Nanti bila Abang Han balik sini,Qis bagitahu dia.." balas Qisya Elza.

Dia sendiri tidak menyangka yang dia akan mengandung secepat itu.Perasaan bersalah terhadap Iris Lutfiya semakin menebal.

Dia tidak tahu apa nasib dia dan bayi dalam kandungannya jika semua ini terbongkar.

"Qis,umi faham perasaan kamu.Kamu buat macam ni sebab nak jaga hati Iris.Umi tahu peritnya bila hidup bermadu.."

"Semua ni salah Qis.Kalau lah Qis tak terima Han jadi suami Qis,semua ni takkan terjadi.Waktu tu Qis tak tahu nak fikir apa.Qis cuma fikir maruah umi dengan walid je.." jujur Qisya Elza berkata.

Puan Qasya mengusap perlahan bahu puterinya.

"Umi faham.Umi yakin Irhan mampu berlaku adil antara kamu dengan Iris.."

🌻🌻🌻

Iris Lutfiya tersenyum melihat gambar yang dilukisnya.Gambar dia dan suami tercinta,Irhan Hakimie.

Gambar itu dilukis seminggu yang lalu.Kini,mereka sudahpun duduk di rumah sendiri.

Irhan Hakimie yang masih bercuti disebabkan cuti pemberian Datin Hasna hanya menonton televisyen di ruang tamu.

Sudah hampir dua minggu dia dan Qisya Elza tidak bersua muka.Perasaan rindunya terhadap isteri pertamanya itu semakin membuak-buak.

Dia mula melangkah ke anak tangga.Langkah diatur ke bilik utama.Pintu bilik dipulas perlahan.

Kelihan Iris Lutfiya sedang memegang sesuatu lalu tersenyum.

"You pegang apa tu?" soalnya ingin tahu.

Terkejut Iris Lutfiya mendengar suara suaminya.Bila masa suaminya itu berada di dalam bilik?Bukan dekat tingkat bawah ke tadi?

Iris Lutfiya lambat-lambat mengukir senyuman buat si suami.

"Err..I pegang ni.."

Dia menunjukkan apa yang berada di tangannya.Irhan Hakimie menatap lukisan yang ditunjukkan kepadanya.

"Gambar kita?"

Iris Lutfiya mengangguk.

"I lukis gambar kita berdua sebab I nak selalu tatap muka you.Nanti kalau you outstation ke or ada hal penting yang membuatkan you terpaksa berjauhan dengan I,I boleh lepaskan rindu I pada you dekat gambar ni walaupun ia hanya sekadar lukisan.." terangnya.

Irhan Hakimie tersentuh dengan cara isteri keduanya itu.Tiba disaat itu,dia teringat tujuan dia naik ke bilik itu.

"Err..Ris.I nak keluar kejap.."

"You nak pergi mana?"

"I nak jumpa Akmal kejap.." kata Irhan Hakimie bohong sedangkan dia mahu berjumpa Qisya Elza.

"Ohh.Pergilah.." balas Iris Lutfiya dengan hati terbuka.

"Okay,thanks.."

🌻🌻🌻

Puan Sri Irma duduk di halaman rumah sambil melihat pokok bunga kesayangannya dari jauh yang berada di sekitar halaman rumah itu.

"Awak buat apa dekat sini?" tegur Tan Sri Umar.

Dia mengambil tempat disebelah isterinya.

"Bang,bila kita nak jumpa cucu kita?Dah lah waktu dia menikah kita tak de kat sisi dia.Tengok dari jauh je.Semuanya dari jauh.Haih.." rungut Puan Sri Irma.

"Awak ni.Saya bukan tak benarkan awak jumpa dia.Saya cuma risau takut budak tu terkejut tengok kita.Lagipon awak dah lupa apa kita kata dekat anak menantu kita dulu?" kata Tan Sri Umar sekadar mengingatkan isterinya.

"Disebabkan kamu sanggup pilih perempuan ni sebagai isteri kamu dan tak terima pilihan mummy dengan daddy,kamu bukan lagi anak kami!Kami tak de anak yang sanggup membelakangkan kami!Kamu berdua boleh bina hidup kamu sendiri.Jangan pernah jejak lagi rumah ni dan kalau kamu dikurniakan keturunan,kami takkan terima keturunan kamu berdua!"

Puan Sri Irma teringat dengan kata-kata yang dilontarkannya dulu.Namun,sebenci-bencinya,dia tetap ambil tahu perihal anak menantunya.

Namun,semuanya dari jauh.

"Tak pe.Insya-Allah,satu satu hari nanti,kita akan bersatu kembali.Saya sendiri yang akan bawa balik anak dan cucu serta cucu menantu kita ke rumah ni.." ujar Tan Sri Umar.

Dia mengenggam tangan isterinya.Puan Sri membalas genggaman suaminya.

"Saya tak sabar nak tunggu saat itu.."





3 Jun 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now