Iris Lutfiya|19

5.9K 217 11
                                    

Iris Lutfiya kembali ke galerinya seperti biasa.Disaat dia sedang ingin mengambil berus lukisan,dia terpandang ke arah cincin yang tersarung dan inai yang merah di kukunya.

Dia tersenyum sendirian.Kemudian,dia menyambung melukis.

Siap sahaja melukis,dia membelek pergelangan tangan kanannya yang tersedia jam dan gelang emas yang merupakan hadiah perkahwinannya dari ibu mertua tersayang.

Hampir memasuki jam 10 pagi.Dia teringat yang barang dapur rumah baru mereka itu tidak banyak.

Dia mula membersihkan diri dari kotoran warna air di pergelangan tangan dan jarinya.Apron yang tersarung di tubuhnya ditanggalkan.

Handbagnya diambil dan dicapai kunci kereta.

🌻🌻🌻

Sedang memilih beberapa jenis buah,Qisya Elza ditegur oleh seseorang.Terasa bahunya dicuit.

"Ris!Kau ni,terkejut aku.."

Iris Lutfiya ketawa.Dia sempat menjengah ke dalam troli sahabatnya itu.

"Banyak barang?" tegurnya.

"Hurm..biasa je lah.Kau pun apa kurangnya?"

"Ni aku beli sebab barang dapur rumah aku kurang.Biasalah rumah baru.."

Qisya Elza hanya menganggukkan kepalanya tanda faham.Irhan Hakimie ada bercerita dengannya tentang mereka berdua sudahpun berpindah ke rumah baharu.

"Qis,kau nampak berisi lah.Kau dah pregnant ke?" soal Iris Lutfiya  inginkan kepastian.

"Err..ha'ah.." balas Qisya Elza perlahan.

"Ya Allah!Kenapa tak bagitahu?Excitednya aku!Ni yang buat aku sabar nak pregnant ni.Nanti anak kita boleh jadi kawan kan?"

Wajah Iris Lutfiya begitu teruja dengan berita kehamilan sahabatnya itu.

Tiba di saat itu,dia tercari-cari kelibat Aqif Iman.Sudah agak lama dia tidak bersemuka dengan lelaki itu.

"Husband kau mana?"

Qisya Elza sedikit tersentak dengan soalan Iris Lutfiya.Dia mula berfikir mahu mencari alasan apa untuk sahabatnya itu.

"Dia bagi kau pergi beli barang sorang-sorang ke,Qis?Sepatutnya dalam keadaan kau macam ni,dia kenalah teman.."

"Err..aku dah siap beli barang ni.Aku pergi bayar dulu eh?Aku tunggu kau kat luar supermarket ni.."

"Okay.."

Qisya Elza segera menolak troli kepunyaannya menuju ke kaunter pembayaran.

🌻🌻🌻

Iris Lutfiya menyiapkan pakaian buat sang suami yang sedang membersihkan diri di dalam bilik air.

Setelah itu,kaki diatur ke tingkat bawah.Televisyen dibuka.Dia mencari channel yang diminati untuk ditonton.

Tidak lama kemudian,Irhan Hakimie juga turun ke bawah.Dia mendekati isterinya.

Iris Lutfiya tersenyum melihat suaminya yang sudah selesai membersihkan diri.Hensem.

Matanya kini beralih ke arah sang suami.Televisyen yang terpasang dihiraukannya.

"You.."

"Apa?"

"Tadi kan waktu I beli barang dapur,I jumpa Qis.Dia dah pregnant.I tak sabar nak tunggu saat tu.You mesti happy kan?"

Irhan Hakimie hanya tersenyum nipis.

"Insya-Allah,nanti ada lah rezeki kita.."

Iris Lutfiya melentokkan kepalanya ke dada suaminya.Selesa dia dalam keadaan sebegitu.Rasa selamat.

"Err..Ris.I rasa mulai malam esok,I akan stay kat pejabat kot.Lagipula,syarikat dapat tender baru.."

Dia sudahpun memikirkan banyak kali perkara itu.Untuk berlaku adil,dia akan berada di samping Iris Lutfiya pada siang dan malam untuk Qisya Elza.

Dengan keadaan Qisya Elza yang sedang berbadan dua,membuatkan dia sebolehnya mahu setiap masa mengawasi isteri pertamanya itu.

Namun,dia tidak mahu bersikap kejam pada Iris Lutfiya.Iris Lutfiya juga isterinya.Dia juga mempunyai hak ke atas dirinya.

"Alaa.Tak de siapa nak teman I lepas ni.." Iris Lutfiya sedikit merengek manja.

Sengaja dia berbuat begitu.Apa salahnya?Dia merengek manja pun buat suaminya sahaja.Bukan pada orang lain.

"I buat kerja lah.You don't worry,okay?"

"Okay tapi kalau I call you,you tak boleh matikan panggilan I.."

"Err..okay.."




5 Jun 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now