Iris Lutfiya|7

7.3K 283 15
                                    

Irhan Hakimie stalk instagram milik Qisya Elza.Entah mengapa dia tertarik pada perwatakan gadis itu.

Tiba disaat itu,dia terlihat gambar pertunangan gadis itu dengan orang yang sangat dikenalinya.

"Dia tunang Aqif?" ujarnya sendirian.

Dia kembali stalk.Dia melihat gambar mereka bertiga.Sahabat karib betul.

Qisya Elza ditengah dan di sebelah kiri Sarah Aliya manakala di sebelah kanan Iris Lutfiya.

Dia memandang agak lama wajah Iris Lutfiya.Dia akui gadis itu baik namun dia tiada apa-apa perasaan terhadap gadis itu.

Dia dapat merasakan yang gadis itu suka pada dirinya namun didiamkan sahaja.

🌻🌻🌻

Iris Lutfiya membuka pintu galerinya.Memandangkan hari ini dia demam,jadi dia datang lewat sedikit dari hari biasa.

Mujurlah dia ada ramai pekerja yang boleh diharapkan.Jadi,tidak lah dia risau sangat.

Sedang dia beramah mesra dengan seorang pelanggan,seseorang menegur pelanggannya.

"My,lama lagi ke?Han lapar lah.."

Iris Lutfiya seakan pernah dengar suara itu.Dia memandang gerangan yang menegur pelanggannya itu.

"Irhan?"

"Kamu kenal ke anak aunty?" ujar Datin Hasna sedikit pelik.

"Kitaorang baru je kenal,aunty.." balas Iris Lutfiya.

"Lah.Han,tak cakap kat mummy pon dah ada buah hati.Cantik.."

Irhan Hakimie hanya tersenyum nipis.

"Kawan je lah,my.."

Iris Lutfiya sedikit tersentak apabila lelaki dihadapannya ini memperkenalkan dirinya hanya sebagai kawan di hadapan mummynya.

Tetapi,betul lah apa yang dikatakan lelaki itu.Mereka tiada apa-apa hubungan istimewa pun.Dia sendiri pun belum berterus terang dengan lelaki itu tentang perasaannya.

Jadi,bukan salah lelaki itu.

"Erm..nama apa?Aunty tak tahu nak panggil apa.." kata Datin Hasna.

"Iris.Iris Lutfiya.."

Datin Hasna tersenyum.

"Sedap nama.Jom,join sekali kami lunch.."

"Err..tak pe lah,aunty.Saya ada banyak kerja lagi ni.." tolak Iris Lutfiya.

"Tak pe.Bukan aunty yang belanja.Han yang belanja.."

Iris Lutfiya tersenyum nipis sambil sempat dia memandang Irhan Hakimie yang beriak selamba.

"Err..Ris ambik handbag jap.."

Datin Hasna mengangguk.

🌻🌻🌻

Apabila mereka selesai menjamu selera,Datin Hasna mula berbicara.

"Iris,muka kamu pucat ni.Kamu tak sihat ke?" soalnya prihatin.

"Err..Ris demam.Alaa,sikit je ni,aunty.."

"Han,nanti bawa Iris ke klinik.Risau mummy tengok dia.." arah Datin Hasna.

"Eh,tak payah,aunty.Ris okay.."

"Aunty risaukan kamu je.Kalau kamu dah cakap macam tu,tak pe lah.Erm..Ris memang suka melukis ke?" Datin Hasna mula menukar topik perbualan.

"Ha'ah.Ris memang suka melukis.Dari sekolah lagi.."

"Ohh.Kamu berdua ni tak nak ada ikatan ke?"

Soalan Datin Hasna membuatkan Irhan Hakimie yang sedang menghirup minuman itu tersedak.

Iris Lutfiya pantas menghulurkan tisu.

"Han,mummy baru tanya macam tu.Dah tersedak.Apalah Han ni.."

"Mummy ni.Ikatan apa ni?"

"Ikatan pertunangan or maybe kahwin terus?Mummy bukan apa.Mummy dah berkenan dengan Iris.Kalau inilah menantu mummy,mummy setuju.."

Irhan Hakimie memandang Iris Lutfiya yang hanya diam.

"Insya-Allah,kalau ada jodoh kami.."

Jawapan dari Irhan Hakimie membuatkan Iris Lutfiya tersenyum namun hanya seketika sahaja.

Tak nak nampak ketara sangat.Dalam hati dia mengucap syukur dan semoga dia ada jodoh dengan lelaki di hadapannya itu.

🌻🌻🌻

"Ris,muka kau nampak lain lah hari ni.." tegur Sarah Aliya.

Mereka tinggal berdua sahaja pada malam itu memandangkan Qisya Elza pulang ke kampung untuk menguruskan hal perkahwinannya yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi.

"Irhan suka aku.." balas Iris Lutfiya tersenyum bahagia.

"Dia suka kau?"

"Ha'ah beb.Insya-Allah,tak lama lagi dia akan lamar aku.Mummy dia pon restu hubungan kitaorang.."

"Mummy?"

"Aku jumpa mummy dia tadi.."

"Wah,cepatnya.Tak sangka.Lepas ni tinggal aku seorang jelah kat dalam rumah ni.." kata Sarah Aliya dengan mimik muka sedih.

"Alaa,nanti aku carikan.."

"Aku doakan kau dengan Irhan bahagia sampai ke anak cucu.." doa Sarah Aliya.

"Aamiinn.."


22 May 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now