Iris Lutfiya|17

6.1K 226 15
                                    

Masa kian berlalu.Hari ini hari yang paling terindah buat Iris Lutfiya.Dengan sekali lafaz,dia sudah bergelar sebagai seorang isteri.

"Selamat pengantin baru,Ris.." ucap Sarah Aliya.

Qisya Elza yang berada di sebelah Sarah Aliya hanya mendengar.Dia sempat memandang wajah suaminya.

Pada masa yang sama,Irhan Hakimie turut membalas pandangan isteri pertamanya.

Dia mula mendekati Iris Lutfiya.Iris Lutfiya tersenyum memandang Irhan Hakimie yang kini bergelar suami kepadanya.

Jari manis Iris Lutfiya sudah siap disarungkan dengan sebentuk cincin.Iris Lutfiya dengan penuh hormat menyalam suaminya itu.

Mereka mula bergambar beramai-ramai.Kemudian,Iris Lutfiya mendekati papanya.Tangan papanya disalam dan tubuh papanya dipeluk erat.

"Apa kau buat ni?!" kata Encik Irham setelah anak muda itu melepaskan pelukan.

"Pa,Ris nak minta maaf kalau selama ni Ris banyak susahkan papa.Terima kasih sebab dah besarkan Ris.Ris akan tunggu saat papa terima kewujudan Ris.Ris sedar Ris bukan anak harapan papa tapi Ris sayang papa sangat-sangat.." ucap Iris Lutfiya ikhlas.

Pipinya sudah basah dengan air mata walaupun tidak begitu lebat.

"Kau dah kahwin pun.Aku rasa kau dah tak perlukan aku kot.Han,kau jagalah Iris ni elok-elok.Ajar dia untuk tak menyusahkan orang dan jangan selalu bergantung dengan orang lain.Suami ni pun kadang-kadang boleh hilang sekelip mata je,Ris.."

Iris Lutfiya memandang suaminya yang baru mendekatinya.Ayat terakhir papanya membuatkan dia sedikit berasa takut.Takut jika kata-kata papanya masin.

"Semoga berbahagialah.."

Encik Irham mula bergerak keluar dari masjid.Tetamu-tetamu juga sudah mula berkurang.

"You takkan tinggalkan I kan?Mestilah you takkan tinggalkan I sebab you kan sayang I.." kata Iris Lutfiya sambil tersenyum manis..

Irhan Hakimie turut tersenyum namun senyuman yang tawar.

"Ris,kitaorang balik dulu ye?" kata Sarah Aliya yang baru tiba bersama Qisya Elza.

Iris Lutfiya memeluk erat kedua-dua sahabatnya bersilih ganti.Dia sedikit pelik dengan perangai Qisya Elza yang kelihatan tampak sedih.

Sejak sampai tadi pun sahabatnya yang seorang itu hanya diam.Tidak seperti selalu.

"Qis,kau okay tak ni?Ohh,ye.Aku lupa nak tanya tadi.Mana Aqif?Takkan kawan baik isteri sendiri kahwin tak datang?" ujar Iris Lutfiya.

"Err..dia tak dapat datang.." balas Qisya Elza sambil matanya memandang suami dan madunya.

🌻🌻🌻

Iris Lutfiya yang baru siap mandi itu mengeringkan rambutnya dengan menggunakan tuala.

Dia duduk di atas katil.Pintu yang terkuak menyentakkannya.Dia memandang Irhan Hakimie.

Irhan Hakimie duduk di sebelah isterinya.

"You nak mandi sekarang ke?I sediakan baju.." kata Iris Lutfiya sambil mula berdiri.

Irhan Hakimie menahan pergerakan isterinya.Iris Lutfiya memandang suaminya.Irhan Hakimie terasa mual tiba-tiba.

Pantas dia berlari ke bilik air.Terkejut Iris Lutfiya.Dia juga turut masuk ke dalam bilik air.

"Are you okay?You kenapa ni?" soalnya sedikit cemas.

Iris Lutfiya menggosok-gosok belakang suaminya.Risau dia dengan keadaan suaminya sebegitu.

"I tak sedap badanlah,Ris.." balas Irhan Hakimie lemah.

"Err..you mandi dulu.Kejap lagi I urutkan you.You boleh mandi sendiri tak?Ke nak I tolong?"

"I boleh mandi sendiri.."

"Okay.Pape I ada kat luar.Be careful.."

🌻🌻🌻

Iris Lutfiya turun ke bawah setelah selesai menunaikan solat isyak.

"Ris,mana Han?Takkan duduk dalam bilik je?" soal Datin Hasna yang mencari kelibat anak tunggalnya.

Selepas anak tunggalnya itu meminta diri untuk naik ke bilik setelah tiba di rumah tadi,sejak itulah kelibat anak lelakinya itu tidak kelihatan.

Mereka berdua bermalam di rumah Datin Hasna.Ikutkan hati Iris Lutfiya,dia ingin bermalam di rumah papanya.

Namun,dia tahu papanya takkan suka dia bermalam di situ.Datin Hasna juga menasihati mereka supaya bermalam di rumahnya.

"Err..Han tengah rehat.Tak sihat tu.."

"Han tak sihat?" terkejut Datin Hasna dengan kata-kata menantunya.

"Ha'ah,mummy.Han muntah-muntah tadi.Risau Ris tengok Han.Nak kata demam,dahi Han sejuk je.."

Lagi sekali Datin Hasna terkejut.Fikirannya mula terfikirkan Qisya Elza.Adakah anak muda itu sedang mengandung?

"My,Ris nak pergi dapur kejap.Nak ambil air untuk Han.."

"Yelah.."

Iris Lutfiya mula menuju ke dapur.Kemudian,dia naik ke bilik.Kelihatan suaminya sedang berehat di atas katil sambil bermain fon.

"You,minum dulu.." ujar Iris Lutfiya sambil menghulurkan cawan kepada suaminya.

Irhan Hakimie meletakkan fonnya di kabinet kecil di sisi kanannya.Dia baru lepas membalas whatsapp bersama isteri pertamanya.

"You,thank you sebab sudi jadikan I sebagai isteri you.I akan setia pada you,sayang you and cintakan you sampai akhir hayat I.I sedih sebab mama tak dapat tengok kita disatukan tapi tak pe.I redha.Allah ambil mama,Allah ganti dengan kehadiran you dalam hidup I.." ucap Iris Lutfiya.

Irhan Hakimie berasa serba salah melihat senyuman bahagia isteri keduanya itu.Dia tidak tahu sampai bila dia akan terus menipu isterinya itu.Sungguh dia sayangkan Qisya Elza tapi Iris Lutfiya juga isterinya.

Dia harus berlaku adil.

"Dah lah.You kena rehat.."

Iris Lutfiya membaringkan tubuh suaminya.Cawan diletakkan di kabinet kecil sisi kirinya.Lampu dimatikan.Lengan suaminya dipeluk erat.

"Get well soon.." sempat pipi suaminya dikucup mesra.




2 Jun 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now