Iris Lutfiya|33

9.1K 298 17
                                    

Pagi itu,Iris Lutfiya sudah dibenarkan pulang.Dia duduk di atas katil seketika sementara menunggu Irhan Hakimie menyelesaikan bil hospitalnya.

Terkejut juga dia apabila lelaki itu yang menjemputnya untuk di bawa pulang ke rumah.Macam tak de orang lain je.

Tapi,dia tahu.Lelaki itu hanya menjalankan tanggungjawabnya sahaja.Bukannya ikhlas.

Sedang dia menunggu,tiba-tiba pintu terkuak.Terjengul wajah Encik Irham.Lagi sekali Iris Lutfiya terkejut.

Macam mana pula papanya boleh tahu yang dia kini berada di hospital?

"Pa..pa.."

"Jom,Iris.Kita balik.."

Encik Irham mula mengambil beg pakaian anak tunggalnya.

"Tapi.."

Tiba disaat itu,Irhan Hakimie muncul di bilik itu.Terkejut dengan kehadiran bapa mertuanya.

Tangan Encik Irham disalam penuh hormat.

"Aku nak kau lepaskan anak aku sekarang.Kau tak layak jadi suami kepada anak aku.Aku serahkan Iris kepada kau untuk kau jaga dia,sayang dia tapi apa kau buat?Kau jadikan dia isteri kedua kau!Apa ni,Irhan?!" Encik Irham mula mengamuk.

Tidak sangka anak tunggalnya diperlakukan sebegitu.Jika besannya tidak berjumpa dengannya dan menceritakan apa yang terjadi,memang sampai bila-bilalah dia tidak akan tahu.

Kalau nak anaknya itu buka mulut,memang tak lah.Dia kenal Iris Lutfiya.Dia bukan suka cerita masalahnya pada dia.

Mungkin disebabkan sikap dia yang menyebabkan anak gadisnya tidak mahu bercerita dengannya.

Kalau dulu,isterinya ada.Jadi,setiap kali ada masalah,Iris Lutfiya akan bercerita dengan Laura.

Iris Lutfiya dan Irhan Hakimie saling berpandangan.

"Kau tunggu apa lagi?Tak dengar arahan aku?Aku dah tahu semuanya lah.Mummy kau dah cerita pada aku.Tak sangka lelaki macam kau ni sanggup buat anak aku macam ni.Kalau kau tak suka anak aku dari awal,putuskan pertunangan.Tak payah kahwin.Kau ingat anak aku ni patung ke apa?!"

Ikutkan perasaan marah,Encik Irham mahu sahaja menumbuk anak muda yang tidak guna itu.Namun,dia tidak mahu keruhkan lagi keadaan.

"Papa.." ujar Iris Lutfiya.

"Ris diam.Tak payah nak back up lelaki tak guna macam dia ni.Buang masa kamu je cintakan dia bagai nak rak tapi dia?"

Irhan Hakimie masih menatap wajah Iris Lutfiya.

Entah kenapa,dia seakan terasa sesuatu disaat ingin melafazkan perkataan itu.Dengan perlahan,dia mula melafazkan talak itu.

"Ris.I lepaskan you dengan talak satu.."

Serentak itu,jatuh air mata Iris Lutfiya.Luluh hatinya disaat lafaz talak itu dijatuhkan kepadanya.

"Bagus.Lepas ni,aku haramkan kau untuk jumpa anak aku.Ris,jom balik.Jumpa kat mahkamah nanti.."

Encik Irham membantu anak tunggalnya itu keluar dari bilik.Sebelum melangkah keluar,sempat Iris Lutfiya menoleh dan berkata kepada Irhan Hakimie.

"Han,terima kasih atas segalanya.I doakan you bahagia di sisi keluarga tercinta.Jaga sahabat baik I elok-elok.You jangan risau,I takkan tuntut sebarang hak kat mahkamah nanti.I nak you tahu,sepanjang kita kahwin,you seorang suami yang baik.Terima kasih sebab bagi I menumpang kasih pada you.Mungkin dah tertulis,jodoh kita sampai sini.I redha.."

🌻🌻🌻

Hari berganti hari.Iris Lutfiya duduk bersama papanya.Dia terasa bahagia.Papanya kini sudah dapat menerimanya.

Syukur,alhamdulillah.

Benarlah kata orang,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Dia tidak menyangka Encik Irham akan meminta maaf terhadapnya.Apa pun,dia tidak pernah berdendam pada papanya.

Dia juga tidak menyangka doa yang selama ini yang ditunggu untuk dimakbulkan sudahpun dimakbulkan oleh Allah.

Yang lagi dia berasa gembira,dia kini tidak keseorangan lagi.Dia sudah ada papa,atuk dan nenek.

Sungguh dia tidak percaya yang Puan Sri dan Tan Sri yang dia jumpa tempoh hari merupakan atuk dan neneknya.

Kata papanya,mereka baru sahaja baik dalam beberapa hari yang lepas.Benarlah kata orang,air yang dicincang,tidak akan pernah putus.

🌻🌻🌻

Dua bulan kemudian,

Keluar sahaja dari mahkamah,Encik Irham segera membawa Iris Lutfiya masuk ke dalam kereta.

Irhan Hakimie dan Datin Hasna hanya memerhati mereka yang sudahpun ke kereta.

"Mummy betul-betul kecewa dengan perangai kamu,Han.." ujar Datin Hasna.

Irhan Hakimie hanya diam dan mendengar.Mereka berdua bergerak ke tempat letak kereta.

"Hantar mummy balik rumah.Mummy nak rehat.."

"Okay.."

Datin Hasna memicit pelipis kepalanya.Dia masih tidak percaya yang hubungan anak lelakinya dengan Iris Lutfiya berakhir begitu sahaja.






27 Jun 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now