Iris Lutfiya|10

7.3K 271 25
                                    

Hari ini hari pernikahan Qisya Elza dan tunangnya,Aqif Iman.Kedua-dua sahabatnya tidak dapat menghadiri majlis pernikahannya.

Walaupun dia sedih,dia faham situasi kedua-dua sahabatnya.Iris Lutfiya tidak dapat hadir kerana masih menjaga mamanya di hospital manakala Sarah Aliya pula terpaksa ke England.

Tetamu-tetamu mula membanjiri perkarangan masjid yang berdekatan rumah Qisya Elza.

Irhan Hakimie yang turut berada di masjid itu memandang wajah Qisya Elza yang kelihatan anggun dengan busana pengantinnya.

Sejujurnya dia kecewa apabila gadis itu lagi beberapa minit akan bergelar isteri kepada kenalannya.

Walaupun dia hanya kenal Aqif Iman melalui perjumpaan mereka beberapa kali hanya kerana urusan kerja,dia tetap kecewa.

Perasaannya terhadap Qisya Elza sungguh menebal.Dia sendiri tidak tahu mengapa susah sangat dia membuang perasaannya itu.

Sudah hampir satu jam mereka semua menunggu ketibaan Aqif Iman namun masih tidak kelihatan.

Qisya Elza mula tidak sedap hati.Ada sesuatu yang telah terjadi pada bakal suaminya ke?

"Macam mana ni?Pengantin lelaki ni datang ke tak ni?Saya ada urusan lain lagi lepas ni.." ujar tok kadi.

Puan Qasya memandang ke arah puterinya.

"Qis,Aqif jadi datang ke tak ni?" soalnya.

"Tak tahu lah,umi.." balas Qisya Elza.

Encik Ezril mendekati isteri dan anak perempuannya.

"Aqif jadi datang tak?"

"Qis tak tahu,walid.."

"Allah.."

Tiba disaat itu,kedengaran bunyi dari telefon Qisya Elza.

Aqif Iman
Maaf Qis,Abang tak dapat teruskan pernikahan kita.Sekali lagi abang minta maaf..

Tercengang Qisya Elza membaca whatsapp itu.Encik Ezril segera merampas telefon anaknya.

Terkejut dia membaca whatsapp dari bakal menantunya.

Dia mula berdiri.Semua tetamu memandang ke arahnya.

"Minta maaf semua.Pernikahan ni terpaksa dibatalkan.." ujar Encik Ezril cuba berlagak tenang walaupun dia kecewa dengan sikap bakal menantunya.

Sanggup Aqif Iman mempermainkan anak gadisnya.Irhan Hakimie juga terkejut dengan berita itu.

Dia memandang Qisya Elza yang dipeluk erat uminya.Dia tahu gadis itu pasti sedih.

Semua tetamu mula meninggalkan perkarangan masjid.Yang tinggal hanyalah saudara mara sahaja.

Irhan Hakimie mula mendekati Encik Ezril.

"Pak cik,saya akan kahwin dengan Qis.Saya janji saya akan bahagiakan dia seumur hidup saya.."

Encik Ezril memandang anak muda itu.Qisya Elza yang berada dalam pelukan uminya segera meleraikan pelukan.

Dia mula berdiri mendekati walid dan Irhan Hakimie.

"Awak cakap apa ni,Irhan?Awak sedar tak awak ni tunang Iris?"

"Saya sedar,Qis.Saya jujur dengan awak hari ni,saya dah lama sukakan awak sejak dari pertama kali saya jumpa awak.Saya janji saya akan bahagiakan awak.Saya janji,Qis.."

Air mata Qisya Elza mula bergenang kembali.Apa yang harus dia lakukan?Sanggupkah dia khianati sahabatnya sendiri?

🌻🌻🌻

Iris Lutfiya memandang wajah mamanya yang pucat itu.Syukur mamanya sudah sedar.

"Ris,Qis kahwinkan hari ni?" soal Puan Laura.

"Ha'ah,ma.Tadi Qis sempat hantar gambar dia tengah bersiap.Cantik.Tengok baju kahwin dia,buat Ris tak sabar nak kahwin.." balas Iris Lutfiya sedikit teruja.

"Gatal lah anak mama ni.."

Puan Laura tersenyum melihat puterinya.

"Ma,kenapa mama tak pernah bagitahu tentang penyakit mama?Ris tak berhak tahu ke?"

Puan Laura terdiam seketika mendengar soalan yang diajukan.

"Bukan macam tu,Ris.Mama perlukan masa yang sesuai untuk bagitahu.."

Iris Lutfiya sudah tergeleng-geleng kepalanya.Mamanya masih dengan alasan yang sama iaitu 'perlukan masa yang sesuai'.Sudak muak dia mendengar ayat yang sama.

"Ma,bila masa yang sesuai tu?Ris dah penatlah dengar ayat tu.Dulu,hal pernikahan mama dan papa.Sampai sekarang mama tak sambung cerita pasal hal tu.Ni,sekarang pasal sakit mama.Mama pon dah jadi macam papa ke?Tak anggap Ris sebagai anak?Macam tu?Kalau mama dah tak anggap Ris sebagai anak,sepatutnya mama gugurkan Ris dari dulu!Biar Ris tak payah hidup!"

Tangan Puan Laura melekat di pipi kiri anaknya.Tergamam Iris Lutfiya dibuat.

Puan Laura juga terkejut dengan tindakan drastiknya tadi.

"Ris,mama minta maaf.Mama tak sengaja.." ujarnya kesal.

"Tak pe,ma.Ris okay.Mungkin salah Ris juga sampaikan buat mama naik tangan pada Ris.."

"Bagus,Laura.Patutnya dari dulu awak naik tangan pada dia supaya dia tak pijak kepala kita.Ini tak.Awak manjakan dia sangat.Apa yang dia nak,semua awak bagi.." sampuk Encik Irham yang baru tiba di dalam bilik itu.

"Erm..Ris keluar dulu.Ada masa lebih nanti,Ris lawat mama lagi.." ujar Iris Lutfiya sambil berura-ura mahu keluar dari bilik yang menempatkan Puan Laura.

Baru sahaja dia memulas tombol pintu,dia terdengar Encik Irham berkata.

"Tak payah datang terus pon tak pe.."

Sejurus selepas itu,dia melangkah keluar.




25 May 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now