Iris Lutfiya|16

6.3K 230 13
                                    

Selesai bersiap,dia menuju ke tingkat bawah.

"Ris,nak ke mana lawa-lawa ni?" tegur Datin Hasna yang baru tiba dari dapur.

"Ris ingat hari ni Ris nak balik rumah papa.Nak jenguk papa.." balas Iris Lutfiya.

"Hah,Han.Pergi lah hantar Ris ni.." cadang Datin Hasna apabila terlihat anak terunanya yang baru tiba.

"My,Han tak boleh lah.Han.."

Belum sempat Irhan Hakimie menghabiskan kata-katanya,Datin Hasna sudah mencelah.

"Han,please.."

"Tak pe,aunty.Ris boleh drive sendiri.Lagipun,Ris faham Han busy.."

"Erm..yelah kalau kamu dah cakap macam tu.."

"Ris pergi dulu.."

Iris Lutfiya menyalam tangan Datin Hasna.Datin Hasna memeluk erat tubuh anak muda itu serta mencium kedua-dua belah pipi Iris Lutfiya.

"Drive elok-elok.Take care.."

"Okay,aunty.."

🌻🌻🌻

Iris Lutfiya tiba di rumah kedua orang tuanya.Dia ternampak bayang arwah mamanya yang setiap kali dia pulang ke rumah ini pasti mamanya yang menyambut kepulangannya.

Kadang-kadang sampai tolong bukakan pintu kereta.Terharu dia apabila mamanya berbuat sebegitu.Namun kini,tiada lagi.

Lamunannya terhenti.Dia membuka pintu kereta dan menuju ke pintu utama.

"Assalamualaikum.." ujarnya.

Encik Irham yang sedang menonton televisyen itu segera ke pintu utama.

Dia tahu itu siapa kerana tadi dia terdengar bunyi enjin kereta.Dia pun melihat dari sebalik langsir.

"Tahu jalan balik.Ingatkan dah tak tahu.Aku rasa mama kau dah cukup bagi kau ajaran agama.Lepas mama kau meninggal,kau dah berani tunjuk belang kan?Asal time ada mama kau,kau tak berani?"

Iris Lutfiya hanya mendengar.Tidak lama kemudian,dia membalas.

"Pa,kalau papa tak suka dengan kedatangan Iris sekalipun,jawablah salam dulu.."

"Kau tak payah nak mengajar aku lah.Ni,asal kau balik sini?Bukan kau tinggal kat rumah tunang kau ke?Setahu aku,kau ada rumah dengan kawan kau kan?Asal rumah tunang kau juga yang kau nak duduk?Dah tak de maruah ke?Harga diri kau,kau letak mana?"

"Pa,Ris bukan tinggal berdua dengan Han.Ada Aunty Hasna sekali lah.Pa,Ris tahu Ris tak arif sangat pon tentang agama tapi Ris masih sedar siapa diri Ris.Ris takkan malukan keluarga kita,pa.Ris masih ingat arwah mama dengan papa.."

"Aku rasa pernikahan kau dengan Irhan kena dipercepatkan supaya orang tak mengata yang aku ni tak pandai jaga anak.Dah lah,masuk lah.Aku lupa nak bentang karpet merah untuk kau.Kau pun bukan nak bagitahu nak balik.."

Encik Irham segera beredar kembali ke sofa.Iris Lutfiya melangkah masuk ke dalam rumah.

🌻🌻🌻

Qisya Elza yang baru keluar dari supermarket menuju ke kereta.Dia mula membuka bonet kereta lalu memasukkan barang-barang yang dibelinya.

Setelah itu,dia masuk ke dalam kereta.Tiba disaat itu,fonnya berbunyi menandakan ada whatsapp masuk.

Aqif Iman
Qis,boleh abang nak jumpa Qis sekarang?

Abang cuma nak terangkan perkara yang sebenar..

Abang janji ini kali terakhir kita jumpa..

Kalau Qis sudi datang,jumpa kat tempat biasa..

Qisya Elza melepaskan keluhan.Dia kemudian menghantar whatsapp kepada sang suami untuk meminta izin.

Abang❤

You
Assalamualaikum,abang.Saya nk jumpa Aqif sekejap boleh?Dia nak jumpa buat kali terakhir.Boleh tak?

Waalaikumussalam,okay.Take care tapi jangan lama sangat😍

Qisya Elza menarik nafas lega.Mujur suaminya memberikan keizinan.

Kereta dipandu ke sebuah tasik.Tempat itulah semua kenangan tercipta oleh mereka.

Kelihatan Aqif Iman telah pun sampai.Perlahan-lahan kakinya diatur mendekati lelaki itu.

"Qis.."

Aqif Iman tersenyum apabila terlihat Qisya Elza.

"Ada apa awak nak jumpa saya?" ujarnya tanpa memandang lelaki itu sebaliknya pandangannya hanya terarah ke air tasik.

"Qis.."

"Saya nak cepat.Tolong,jangan buang masa saya.."

"Sebab apa?Qis nak jumpa Irhan kan?Sebab tu nak cepat.."

Qisya Elza mula memandang Aqif Iman.

"Irhan suami saya.."

"Dah juga tunang sahabat baik awak,Qis!Saya tak faham kenapa awak boleh terima dia sedangkan awak tahu dia tunang Iris.Awak memang sukakan Irhan ke?"

"Mungkin dia yang terbaik untuk saya.Bukan awak.Sebab tu Allah takdirkan awak tak datang majlis kita.."

"Qis,waktu tu saya terpaksa buat macam tu sebab doktor sahkan saya ada kanser hati.Saya tak nak awak menderita bila dah jadi isteri saya.Sebab tu saya tak datang majlis kita.."

"Apa pun alasan awak.Dah terlambat,Aqif.Saya dah pun jadi isteri orang.Saya balik dulu.Assalamualaikum.."

Qisya Elza segera beredar dari situ.Aqif Iman meraup wajahnya.







1 Jun 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now