Iris Lutfiya|40

9.7K 294 29
                                    

Iris Lutfiya berdiri di hadapan kolam renang sambil berpeluk tubuh pada malam itu.Dia masih memikirkan kata-kata tok mummynya siang tadi.

Puan Sri Irma sudah terjenguk-jenguk cucu kesayangan dari dalam rumah.Encik Irham dan Tan Sri Umar hanya memerhati gelagat Puan Sri Irma.

"Irma,awak ni.Biarlah Ris tenangkan fikiran dia kat luar tu.." ujar Tan Sri Umar.

"Ris marahkan saya ke,bang?" kata Puan Sri Irma sambil memandang wajah suaminya.

"Tak lah.Dia tak marahkan awak.Dia cuma terkejut lagi tu.Tak payah risaulah.Dia tu dah besar.Pandailah dia buat keputusan yang terbaik untuk diri dia.."

Encik Irham mula berdiri.

"Biar Irham cakap dengan dia.."

Puan Sri Irma menganggukkan kepalanya.Semoga anaknya itu boleh membuatkan cucu kesayangannya itu menerima cadangan mereka.

🌻🌻🌻

Encik Irham tiba di perkarangan kolam renang.Dia berdiri berdekatan dengan anak tunggalnya.

"Ris marahkan kami ke?" soalnya.

Iris Lutfiya tersentak apabila terdengar suara papanya.Dia memandang wajah papanya.

"Ris tak marah cuma Ris tak bersedia lagi dengan semua ni.Ris tak bersedia lagi untuk berumahtangga semula.." jujur dia berkata.

Dia sebolehnya tidak mahu memikirkan soal itu lagi buat masa sekarang.Dia seakan trauma untuk mendirikan rumahtangga kembali.

Pengalaman lalu benar-benar membuatkan dia takut.Dia takut kejadian yang sama berulang lagi.

Itu sebab dia mengambil langkah berjaga-jaga tidak mahu memberikan peluang untuk lelaki memijak kepalanya.

Dia tidak akan mudah jatuh cinta lagi.Hatinya sudah tawar untuk bercinta semula.

"Papa faham tapi papa,tok mummy dengan tok daddy nak Ris bahagia.Kami nak Ris ada family sendiri tapi kalau Ris dah cakap macam tu,tak pe.Kami terima.Kami takkan paksa Ris buat apa yang Ris tak suka.."

Mendengar kata papanya,membuatkan Iris Lutfiya berasa serba salah.

🌻🌻🌻

Razeen Fiqri tiba di galeri milik bakal zaujahnya pada pagi itu.Dia tidak menyangka gadis itu memiliki sebuah galeri.Kagum dia dengan Iris Lutfiya.

Ye lah,bukan semua orang pandai melukis.Dia sendiri pun tangan kayu.Dia tersenyum sendirian.

Pintu masuk galeri itu ditolak perlahan.Dia kelihatan teruja melihat lukisan-lukisan yang digantung pada dinding galeri itu.

Iris Lutfiya yang telah selesai melayan seorang pelanggan terpandang ke arah lelaki yang dikenalinya seminggu dua ini.

Dia pantas mendekati Razeen Fiqri.

"You nak beli lukisan ke?" soalnya.

"Aku nak jumpa bakal zaujah aku.."

"Zaujah?Siapa bakal zaujah you?Sorry ye,kat sini kami jual lukisan.Kami tak jual bakal zaujah you.."

Razeen Fiqri tersengih mendengar kata-kata Iris Lutfiya.Sudah lah cantik.Pandai pula berloyar buruk dengannya.

"Kau ni lawak kan?"

Dahi Iris Lutfiya sedikit berkerut.

"Bila masa I buat lawak?"

"Tadi tu.Erm..jom.Kita borak kat tempat lain.Kat sini tak sesuai lah.Tak de privasi.."

"Tak nak.I tengah kerja and I tak de masa nak layan kerenah you.."

"Jom lah.Sekejap je.Ni soal kita.Masa depan kita.." ajak Razeen Fiqri bersungguh-sungguh.

Iris Lutfiya melepaskan keluhan.Dia dapat rasakan yang lelaki itu mahu berbincang soal rancangan keluarga mereka.

"Ye lah.Tunggu kejap.I nak ambil handbag.."

"Macam tu lah.Good girl.."

🌻🌻🌻

Mereka tiba di sebuah kafe.Selesai memesan,Razeen Fiqri memulakan perbualan.

"Kau setuju tak kita disatukan?Semalam diam je.Tak suka ke?"

Iris Lutfiya memandang wajah lelaki yang duduk berhadapan dengannya.Memanglah semalam dia diam sebab dia tak tahu apa-apa.

"You tak kisah ke dengan status I?I tak sure you tahu ke tak tapi I nak bagitahu you yang I ni janda.You okay ke kahwin dengan seorang janda?"

"Why not?Orang kata orang yang pernah berkahwin ni,banyak pengalaman.." kata Razeen Fiqri selamba.

Tok manya awal-awal lagi telah berterus terang tentang status perempuan yang akan dikenenkan dengannya.

Ye,tipu lah jika dia tidak terkejut.Dia terkejut cuma bagi dia.Itu kisah lama.Tidak perlulah dibahaskan.Semua orang ada kisah silam.Begitu juga dengan dirinya.

"You jangan main-main boleh tak?Hal ni serius tahu tak?I rasa you boleh dapat seorang perempuan atau lebih tepat anak dara untuk dijadikan sebagai isteri.Not me.." ujar IrisLutfiya geram dengan perangai Razeen Fiqri.

"Iris,aku tahu semua pasal kau.Tok ma dah cerita pada aku.Satu je aku nak pesan kat kau,jangan disebabkan kisah silam kau yang perit tu,jadi penghalang untuk kau bahagia.Kau layak bahagia,Ris.Aku akan pastikan kalau kau jadi isteri aku,aku akan jaga kau betul-betul.Aku akan sayang dan cintakan kau sepenuh hati aku.Tak semua lelaki macam bekas suami kau.Percayalah.Aku bukan nak sokong bekas suami kau,tapi aku yakin pasti dia ada sebab kenapa dia buat macam tu.."

"Dia buat macam tu sebab dia cintakan sahabat I.." laju sahaja Iris Lutfiya berkata.

"Ris,aku pun ada kisah silam.Aku dulu ada tunang tapi Allah lebih sayangkan dia.Dia meninggal sebab aku.Aku yang menyebabkan dia tinggalkan aku tapi aku dah redha.Kau bayangkan,kitaorang balik cari hantaran,kitaorang kemalangan.Dia meninggal tapi aku selamat,Ris.Sakit,Ris.Sejak tu,aku dah hilang semangat nak teruskan hidup.Aku asyik salahkan diri aku sampai lah beberapa tahun tu aku duduk rumah abang aku kat Korea tu.."

Iris Lutfiya tidak menyangka lelaki yang ceria seperti Razeen Fiqri mempunyai kisah silam yang amat menyedihkan.

"So,apa jawapan kau?Kau setuju tak jadi zaujah aku?"

"Err..I setuju.." balas Iris Lutfiya perlahan namun masih dapat didengari Razeen Fiqri.

Dia merasakan tidak salah untuk memberikan lelaki itu peluang.Dia berharap keputusannya untuk menerima lelaki itu tepat.

Razeen Fiqri tersenyum mendengar jawapan gadis itu.Syukur,alhamdulillah.




4 Julai 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now