Iris Lutfiya|42

8.8K 302 24
                                    

Iris Lutfiya berada di dapur untuk membuat sarapan.Dia menggoreng bihun pada pagi itu.

Puan Sri Irma dan Puan Sri Faiza turut berada di dapur.

"Ris,kamu berdua pergi rumah baru tu hari ni ke?" soal Puan Sri Irma.

Belum sempat Iris Lutfiya membalas,Razeen Fiqri yang baru tiba terlebih dahulu menjawab.

"Ha'ah,tok mummy.."

Pinggang Iris Lutfiya dipeluknya dari belakang.Terkejut Iris Lutfiya dibuatnya.

"You.." kata Iris Lutfiya perlahan sambil menampar perlahan tangan suaminya yang masih belum berganjak dari memeluknya.

"Ya Allah,Fiq!Bagi lah Iris tu masak kejap.Hish,tak boleh berenggang langsung lah kamu ni.." bebel Puan Sri Faiza.

"Mana boleh lepas,tok ma.Nanti isteri tercinta Fiq ni lari.."

Puan Sri Faiza dan Puan Sri Irma sudah tergeleng-geleng kepala mereka.Bertuah punya Razeen Fiqri!

Kemudian,mereka berdua beredar dari situ.Razeen Fiqri tersenyum.Macam faham-fahdm sahaja yang dia ingin berduaan dengan Iris Lutfiya di dapur itu.

"Tak siap lagi ke?Sayang dah tak sabar nak rasa air tangan honey ni.."

Iris Lutfiya hanya membiarkan suaminya itu memanggilnya 'honey' walaupun dahinya sudah berkerut.Buang tebiat agaknya Razeen Fiqri ni.

"Belum lagi.You lepas lah.I tak selesa nak masak.."

"Okay,peluk sikit pun nak marah.." kata Razeen Fiqri sambil melepaskan pinggang isterinya.

"Bila masa I marah?"

"Tadi tu bukan marah ke?"

Iris Lutfiya hanya meneruskan tugasnya.Dia bukan marah cuma dia tidak selesa.Lagi-lagi Puan Sri Irma dan Puan Sri Faiza ada sekali.

Malu lah dia.

Takkan suaminya itu tidak faham?

Beberapa minit kemudian,bihun goreng sudah siap dimasak.Mangkuk kaca yang agak besar diambil lalu diceduk bihun goreng itu.

Mereka berdua berlalu ke arah meja makan.Seperti biasa,Razeen Fiqri membawa mangkuk kaca manakala Iris Lutfiya membawa teko yang berisi air teh'o panas.

"Fiq ni rajin tolong Ris kat dapur.Suami mithali ni.." ujar Encik Irham.

"Mesti lah,pa.Fiq sayang Ris.."

"Kalau betul sayang anak papa,jangan ada niat nak sakitkan dia.Kalau papa tahu,siap Fiq!"

Encik Irham seakan memberi amaran kepada menantu tunggalnya.

"Okay,pa.Fiq janji.." balas Razeen Fiqri sambil mengangkat kelima-lima jarinya seperti sedang berikrar.

"Bang,saya jeles dengan Iris.." ujar Puan Sri Irma tiba-tiba.

"Dah kenapa awak ni?" soal Tan Sri Umar pelik.

"Ye lah.Fiq tolong Ris kat dapur.Tolong itu tolong ini.Abang?"

Mereka yang lain ketawa apabila mendengar kata-kata Puan Sri Irma.

"Abang ada je niat nak tolong awak tapi awak yang kata jangan.Bukan salah abang ye?"

Setelah itu,mereka mula bersarapan.

🌻🌻🌻

Selesai sahaja bersarapan,mereka berdua bersiap-siap mahu berpindah ke rumah baharu.

Razeen Fiqri memasukkan beg mereka berdua ke dalam bonet kereta.Iris Lutfiya sempat berbual dengan yang lain sebelum bertolak.

"Ris jaga cucu tok ma baik-baik tau.." ujar Puan Sri Faiza.

"Okay,tok ma.Doakan kami ye?"

"Mestilah,sayang.Tok ma pasti doakan cucu menantu tok ma ni.."

Puan Sri Faiza dan Puan Sri Irma memeluk dan mencium pipi Iris Lutfiya.

Razeen Fiqri bersalaman dengan Encik Irham,Tan Sri Umar dan Tan Sri Ahmad.

Setelah itu,mereka mula masuk ke dalam kereta dan meninggalkan perkarangan rumah itu.

Mereka tiba di sebuah banglo dua tingkat.Razeen Fiqri menarik handbreak.

"Honey,ni lah rumah baru kita.." ujarnya.

Iris Lutfiya terpesona melihat rumah itu.Kena dengan tastenya.

Razeen Fiqri membuka pintu rumah.Mereka berdua melangkah masuk.

"Perabot ni semua tok ma dengan tok pa yang pilih.Suka tak?"

"Suka sangat!Terima kasih.." ucap Iris Lutfiya.

"Kasih diterima,honey.."

Pipi Iris Lutfiya dikucup mesra.Terpaku Iris Lutfiya dibuatnya.

"Honey pergilah tengok bilik.Sayang nak ambil beg kejap.."

"Tak nak I tolong ke?" soal Iris Lutfiya.

"Tak pe,honey.Dua beg je.Sayang kan kuat.Honey pergilah.."

Iris Lutfiya mengangguk.Dia menuju ke tingkat atas.Pintu bilik utama dibuka.Razeen Fiqri pula berlalu ke luar rumah.

Bonet kereta dibuka.Beg pakaian diambil lalu dibawa masuk ke dalam rumah.





6 Julai 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now