Iris Lutfiya|41

8.8K 302 31
                                    

Sebulan kemudian,

Setelah membuat perbincangan antara kedua belah pihak,mereka membuat keputusan mahu bernikah terus.Tidak mahu bertunang.

Majlis diadakan dalam keadaan yang serba sederhana.Itupun atas permintaan Iris Lutfiya.Razeen Fiqri tidak kisah.Dia hanya menurut apa yang bakal zaujahnya inginkan.

Ramai juga yang hadir.Tidak ketinggalan Aqif Iman dan Akmal Wafiey.Iris Lutfiya turut mengajak Qisya Elza dan Irhan Hakimie namun dia faham,Qisya Elza sedang berpantang.

Tangan Razeen Fiqri berjabat dengan tangan Encik Irham.

"Razeen Fiqri bin Raimie.."

"Saya.."

"Aku nikahkan kau dengan anakku Iris Lutfiya binti Irham dengan mas kahwinnya tiga ribu ringgit tunai.."

"Aku terima nikah Iris Lutfiya binti Irham dengan mas kahwinnya tiga ribu ringgit tunai.."

"Sah?"

"Sah.."

"Sah.."

Semua hadirin mengucap syukur.Bacaan doa didengari.

🌻🌻🌻

Selesai sahaja solat zohor secara berjemaah buat kali pertama bersama,Iris Lutfiya baring di atas katil.Dia ingin merehatkan diri sebentar.

Razeen Fiqri pula hanya memerhati isteri yang baru dinikahinya beberapa jam tadi.Dia membelek fon kepunyaannya.

Tepat jam hampir 4.30 petang,Iris Lutfiya mula tersedar dari lena.Berkerut dahinya melihat Razeen Fiqri berada di dalam biliknya.Satu katil dengannya.

Dia mula memikirkan perkara yang bukan-bukan.Dia bangun lalu mengambil selimut menutupi rambutnya yang terdedah.

Razeen Fiqri pelik melihat tindak tanduk isterinya.

"Kau buat apa ni?" soalnya.

"You tanya I,I buat apa?You tu buat apa?Macam mana you boleh masuk rumah papa I?You masuk ikut tingkap eh?"

Bantal yang berada berdekatannya diambil lalu memukul tubuh lelaki itu.

"You keluar!"

Selimut yang menutupi kepalanya mula longgar disebabkan tangannya yang memegang bantal.Ye lah,mana nak pegang selimut,mana nak pegang bantal?

Tangan kan ada dua je.

Tangan Iris Lutfiya yang mahu memukulnya lagi cepat-cepat dihalang.Apasal perempuan ni?

"Kau kenapa ni?Mengigau eh?Aku suami kau lah.." ujar Razeen Fiqri.

Iris Lutfiya cuba mengingati apa yang telah berlaku.Majlis tengahari tadi berlayar di ingatan.

Dia mula melepaskan bantal yang dipegangnya.Mukanya membahang akibat malu dengan tindakannya sendiri.

"Dah ingat dah?Elok lah tu,baru beberapa jam kahwin dah dera suami.Nak jadi isteri derhaka ke?" perli Razeen Fiqri.

Iris Lutfiya mula memandang wajah suaminya.Dia menyentuh lengan suaminya lalu dikuis-dikuis perlahan.

"Sorry lah.I tak sengaja.Sakit ke?"

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now