Iris Lutfiya|35

9.1K 278 21
                                    

Qisya Elza dimasukkan ke dalam wad setelah selesai pemeriksaan.Kata doktor,Qisya Elza baik-baik sahaja.

Irhan Hakimie seakan tidak percaya dengan kata doktor itu.Kalau baik,kenapa isterinya itu boleh pengsan.

Doktor berkata lagi,mungkin isterinya itu penat atau mungkin tidak cukup rehat.

Irhan Hakimie mengenggam erat jari jemari isteri kesayangannya.Melihat isterinya yang terbaring kaku di atas katil,membuatkan hatinya bertambah resah.

Beberapa minit kemudian, jari jemari Qisya Elza bergerak-gerak.

"Sayang?"

Perlahan-lahan anak mata Qisya Elza terbuka.Dia menghadiahkan senyuman buat suami tercinta.

"Sayang ni.Buat abang takut je.Risau abang tahu tak?"

"Abang ni.Qis okay.Jangan lah risau.." balas Qisya Elza dengan bibir yang agak pucat.

"Macam mana abang tak risau?Sayang tiba-tiba je pengsan.."

Qisya Elza tersenyum lagi.

"Erm..umi dengan walid tahu ke pasal Qis?"

"Dorang tahu.Esok dorang datang lah tu.."

Qisya Elza mengangguk tanda faham.Tangannya mengusap perlahan kandungannya.

"Abang,baby kita okay?"

Risau takut jadi apa-apa terhadap kandungannya.Sungguh dia sayangkan bayi itu.

"Baby kita okay je.Dia kuat macam papa dia.."

"Alhamdulillah.."

Qisya Elza mengucap syukur.Mujurlah bayinya okay.

"Sayang rehat.Abang teman.."

"Okay.."

🌻🌻🌻

Keluar sahaja dari hotel,Iris Lutfiya segera ke Nami Island.Kata orang,tempat itu cantik dan rugi kalau datang ke Korea tetapi tidak singgah.

Iris Lutfiya tiba di Nami Island dengan menaiki teksi.Walaupun tidak berapa mahir berbahasa korea,dia cuba tetapi selebihnya dia bercakap dalam bahasa inggeris.

"Gomawo,samchon..(terima kasih,pak cik..)" ujar Iris Lutfiya sebelum dia membuka pintu teksi.

)" ujar Iris Lutfiya sebelum dia membuka pintu teksi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now