Iris Lutfiya|13

6.3K 240 51
                                    

Iris Lutfiya menyedut minuman yang dipesannya.Telinganya terngiang-ngiang cerita tentang perkahwinan mama dan papanya yang tidak direstui keluarga papanya.

Dalam hati dia mengucap syukur kerana hubungan dia dan Irhan Hakimie direstui oleh keluarga lelaki itu.

Tidak menyangka juga ibu kepada lelaki itu ada sangkut paut dengan kisah mama dan papanya.

Sedang dia mengelamun,satu kerusi bersebelahannya ditarik.Tersedar dia dari lamunan.

Dia menghadiahkan senyuman yang sangat manis buat encik tunang.

"Sorry,I'm late.." ucap Irhan Hakimie serba salah.

"Tak pe.I faham you sibuk kerja.Yelah,tak lama lagi kan kita nak kahwin.You mesti kena kerja kuat untuk bagi nafkah kat I kan?"

Irhan Hakimie hanya senyum tawar.

"You tak nak order ke?" soal Iris Lutfiya.

"Ohh,yea.Lupa pula.."

Irhan Hakimie mengangkat tangan kanannya untuk memanggil pelayan.

Beberapa minit kemudian,minuman yang dipesan tiba.

"You,you tahu tak about my parents and your mummy?" soal Iris Lutfiya.

"About what?"

"Erm..dulu kan mama dengan papa I kahwin tak dapat restu dari my grandmother and my grandfather.Sampai sekarang I tak pernah jumpa dorang.Dorang nak mummy you yang jadi menantu dorang not my mom.." cerita Iris Lutfiya.

Irhan Hakimie agak terkejut mendengar cerita itu.Sejujurnya dia berasa agak kena cerita itu dengan dirinya.

Dia berkahwin dengan Qisya Elza tidak mendapat restu Datin Hasna cuma yang lain sedikit ceritanya ialah Datin Hasna masih memaksanya untuk menikahi Iris Lutfiya.

"Mujur kisah kita tak macam tu kan?Mummy you restu hubungan kita.." ujar Iris Lutfiya tidak lama kemudian.

Dia tersenyum.

🌻🌻🌻

Puan Laura memegang kepalanya yang pening secara tiba-tiba itu.

"Awak okay tak ni?" soal Encik Irham bernada risau.

"Saya okay.Pening sikit je.."

"Mari,saya picitkan kepala awak.."

Puan Laura hanya menurut.Kepalanya memang terasa berat ketika itu.

Encik Irham memicit perlahan kepala isterinya.Puan Laura menatap wajah suaminya.

"Awak,terima kasih.Terima kasih atas segalanya.Saya bersyukur awak sudi jadikan saya isteri awak.Awak cinta dan sayangkan saya sepenuh hati awak.Saya minta maaf kalau saya tak dapat jalankan tanggungjawab saya kepada awak dengan sempurna.Mungkin apa yang mummy awak cakap dulu,betul.Pernikahan.."

Belum sempat Puan Laura menghabiskan kata-katanya,Encik Irham pantas memintas.

Tidak mahu mendengar isterinya itu membahas tentang kedua orang tuanya.

"Awak merepek apa ni,Laura?"

"Saya tak merepek awak.Saya cakap benda betul.Sampai sekarang pernikahan kita tak direstui keluarga awak kan?Awak,satu je saya minta sebelum saya tutup mata.Terima Iris.Iris zuriat kita.Permata terindah dalam hidup kita.Bolehkan?"

Mata Puan Laura mula berkaca.Wajah puteri tunggalnya menjelma di ingatan.

"Awak rehatlah.Saya nak turun bawah kejap.."

Encik Irham mula menuju ke arah pintu.Belum sempat dia memulas pintu bilik,Puan Laura bersuara.

"Awak,janji dengan saya.Sayangkan Iris macam mana awak sayangkan saya.."

🌻🌻🌻

Aqif Iman menatap gambar pertunangannya bersama Qisya Elza.

"Qis,maafkan abang.Abang terpaksa batalkan pernikahan kita.Abang tak nak Qis merana bila dapat tahu tentang penyakit abang.." ujarnya sendirian.

Ye,kerana doktor telah mengesahkan yang dia mempunyai penyakit kanser hati,dia membuat keputusan untuk tidak hadir ke majlis pernikahannya bersama Qisya Elza.

Dia tidak mahu melihat wanita yang dia amat cintai menangis meratapi pemergiannya nanti.Dia tidak sanggup.

Dia mula bersiap mahu ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Setelah hampir satu jam setengah di dalam kereta,dia tiba di sebuah hospital kerajaan.

Dia masuk ke dalam bilik doktor yang merawatnya.

"Ohh,Encik Aqif.Saya baru nak hubungi encik.Silakan duduk.." ujar Dr.Amran.

"Kenapa doktor?Penyakit saya makin teruk ke?"

"Sebenarnya,awak sihat.Awak tiada kanser.Maafkan saya sebab dah tersalah.Saya tertukar bagi CT scan pada awak.."

Terkejut Aqif Iman mendengar berita itu.Pada masa yang sama,dia mengucap syukur.

Mujurlah dia sihat.Tidak sabar mahu membetulkan keadaan dan bersatu kembali dengan Qisya Elza.





29 May 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now