Iris Lutfiya|30

9.3K 269 33
                                    

Iris Lutfiya bersarapan seorang diri di meja makan walaupun dia sebenarnya tiada selera namun bila difikirkan keadaannya yang sedang berbadan dua,dia tidak boleh pentingkan dirinya sahaja.

Irhan Hakimie turun ke bawah.Dia hanya berpakaian t-shirt yang berkolar dan berseluar slack memandangkan hari itu hari minggu.

Dia mendekati isterinya yang sedang bersarapan.Belum sempat Irhan Hakimie tiba di meja makan,Iris Lutfiya segera mengangkat pinggannya dan segera beredar ke dapur.

Irhan Hakimie sedikit terasa dengan perbuatan isteri keduanya itu.Hari berganti hari,sikap Iris Lutfiya semakin menjadi-jadi.

Dia sendiri tidak tahu apa punca isterinya bersikap begitu.

Selepas selesai bersarapan,dia mendekati pula Iris Lutfiya yang berada di ruang tamu sambil menonton televisyen.

Iris Lutfiya yang terasa ada seseorang di sebelahnya,terus berdiri.Irhan Hakimie segera mencapai tangan isterinya supaya pergerakkan isterinya itu terhenti.

"Iris,kenapa you ni?Bila I datang kat you je,you jauhkan diri you dari I.Kenapa?"

Iris Lutfiya sedaya upaya melepaskan pegangan tangannya yang dipegang agak kemas oleh lelaki itu.

Disebabkan itu,tangannya laju menampar pipi Irhan Hakimie.Dia sudah tidak tahan dengan semua ini.Dia sudah tidak mampu untuk berlakon seperti dia tidak tahu apa-apa.

"Iris!You ni kenapa?!"

Suara Irhan Hakimie sedikit meninggi.Terkejut dengan tindakan berani Iris Lutfiya.Selama ini,mana pernah gadis itu menaikkan tangan terhadapnya.

"You tanya I kenapa?I nak you berhenti berlakon.."

"I berlakon?Bila masa I berlakon?"

Tidak faham dengan kata-kata Iris Lutfiya.Bila masa dia berlakon?

"I nak you berhenti berlakon macam I seorang je isteri you.." kata Iris Lutfiya sedikit menekan.

Irhan Hakimie kehilangan kata-kata apabila mendengar balasan Iris Lutfiya.

"Kenapa you diam?Terkejut?Terkejut macam mana I boleh tahu?Sampai bila you nak simpan kenyataan yang I ni isteri kedua you?"

Mata Iris Lutfiya mula berkaca.

"Sampai hati you buat I macam ni,Han.Apa salah I pada you?Apa lebihnya Qis?Apa yang kurangnya pada I?"

Iris Lutfiya mencengkam kolar baju Irhan Hakimie.Dibiarkan air mata yang jatuh mengalir.

"I tanya ni jawablah!" desak Iris Lutfiya.

Dia mula melepaskan kolar baju lelaki itu.Dia bergerak menuju ke sofa lalu duduk kemudian meraup wajahnya.

"I tak sangka lelaki yang I cinta dan sayang selama ni seorang lelaki yang kejam.Terlalu kejam.Kalau you tak ada apa-apa perasaan pada I,you sepatutnya berterus terang dengan I.Kita tak perlu teruskan pernikahan kita.You pun boleh hidup bahagia bersama Qis.."

"I tak tahu apa hikmah di sebalik pernikahan kita ni,Han.Kalau you jujur dari awal,I takkan cintakan you.I takkan letak nama you dalam hati I.Memang perit untuk I terima tapi I akan cuba.I akan cuba untuk lupakan you tapi sekarang,terlalu susah,Han.You akan faham apa yang I rasa bila you hilang Qis.I bukan nak mendoakan tapi I nak you tahu apa perasaan I sekarang.." kata Iris Lutfiya kecewa.

"Ris.."

Irhan Hakimie mendekati Iris Lutfiya lalu memeluk tubuh kecil itu.

Iris Lutfiya hanya membiarkan.Dia tersedu sedan dalam pelukan lelaki itu.

"Maafkan I.." ujar Irhan Hakimie sambil mengusap rambut isterinya.

"Bukan maaf yang I nak dengar dari you.I cuma nak tahu kenapa you buat I macam ni?"

Iris Lutfiya meleraikan pelukan.Air matanya diseka.

"I tak nak kecewakan mummy.."

"Jadi..jadi mummy tahu dari awal?" soal Iris Lutfiya seakan tidak percaya apa yang didengarinya.

Tidak menyangka ibu mertuanya awal-awal lagi sudah tahu.Kenapa perit sangat apa yang dilaluinya?Kenapa susah sangat dia ingin merasai kebahagiaan?

"Mummy tahu beberapa hari lepas Qis jadi isteri I.."

"Han,I nak lepas I bersalin nanti,kita berpisah.I tak nak lagi you berpura-pura dengan I tentang perasaan you.Maafkan semua kesilapan I selama I bergelar isteri you.I jugak nak minta maaf kalau selama ni I banyak susahkan you.I tak nak lagi Qis berkorban demi kebahagiaan I.Dia layak bahagia.I perasan dia semakin bahagia lepas dia kahwin tapi I tak sangka suami dia tu you.I tak nak orang gelarkan I sebagai pemusnah rumahtangga you all berdua.Lepas ni,jangan sorok-sorok jumpa dia lagi.Dia isteri you.Dia ada hak ke atas you.I ni cuma isteri kedua you.."

Iris Lutfiya mula berdiri.Tidak sanggup untuk meneruskan kata-kata.Dia menuju ke bilik.Pintu ditutup lalu dikunci.Dia berdiri di belakang pintu sambil menekup mulutnya.Air matanya kembali tumpah.

🌻🌻🌻

Puan Sri Irma dan Tan Sri Umar tiba di rumah anak tunggal mereka.

Encik Irham terkejut dengan kehadiran kedua orang tuanya.Dia cuba berlagak selamba.

"Ada apa Puan Sri dan Tan Sri datang ke rumah saya ni?Rasanya kita tak de apa-apa urusan.." ujarnya sinis.

"Irham,ni mummy dan daddy.Kenapa Irham layan kami macam ni?" kata Puan Sri Irma sambil memeluk anak tunggalnya itu.

"Maaf,Puan Sri.Saya rasa Puan Sri dan Tan Sri salah orang.Orang tua saya dah lama buang saya.Mereka pun tak mengaku saya ni anak dorang.."

Encik Irham meleraikan pelukan.Puan Sri Irma hanya menurut.

"Kami jumpa Irham sebab nak minta maaf.Sebelum-sebelum ni,kami ada jumpa Iris.Cantik dia.Pandai hormat orang tua.Kami berdua bangga dengan kamu,Irham.." kata Tan Sri Umar pula.

"Saya minta jasa baik Puan Sri dan Tan Sri.Jangan pernah munculkan diri lagi depan anak saya.Dia tak de atuk dengan nenek.Dia cuma ada saya!"

Encik Irham masuk ke dalam rumah.Pintu utama ditutup agak kuat.

Puan Sri Irma ingin mengejar namun Tan Sri Umar menghalang.

"Biarkan dia dulu.Dia tengah marah tu.Nanti dia dah sejuk,kita jumpa dia lagi.." ujar Tan Sri Umar.

"Tapi saya rindukan anak dan cucu saya,bang.Saya tak sempat minta maaf pada menantu kita.Saya menyesal,bang.Irham,maafkan mummy.."

"Saya tahu tapi sekarang ni kita balik dulu.Nanti kita datang semula.."

Puan Sri Irma hanya mengangguk.Mereka berdua masuk ke dalam kereta dan beredar dari situ.

24 Jun 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now