Iris Lutfiya|8

6.5K 281 33
                                    

Iris Lutfiya tersenyum melihat kereta yang amat dikenali diparkir elok berhampiran dengan galerinya.

Irhan Hakimie melangkah keluar dari kereta.Dengan berbaju kemeja yang disinsing hingga ke paras siku menjadikan lelaki itu lagi kelihatan tampan di mata para wanita.

Iris Lutfiya buat-buat sibuk apabila lelaki itu masuk ke dalam galerinya.Dia pura-pura tidak perasan akan kehadiran lelaki itu.

"Iris.." ujarnya.

Iris Lutfiya mula berhenti buat apa yang dia sedang buat.Matanya kini tertumpu ke arah Irhan Hakimie.

"Ehh,you?What are you doing here?" balasnya pura-pura terkejut dengan kehadiran lelaki itu.

Senyuman nipis terukir di bibirnya sudah sedia nipis.

"Mummy I suruh jenguk you.You dah sihat?I mean your demam?"

"Ohh.I okay.Don't worry.."

"Err..you busy ke?I ada benda nak bincang sikit dengan you.Tapi bukan kat sini.."

"Tak,I tak busy.." laju sahaja Iris Lutfiya membalas.

Teruja apabila jejaka idaman ingin berjumpa dengannya.Mungkin mahu melamarnya.

"Okay,jom.Erm..ambil lah handbag you.."

Iris Lutfiya yang ralit memandang Irhan Hakimie kembali sedar ke bumi yang nyata.

"Err..okay.."

🌻🌻🌻

Mereka tiba di sebuah tasik yang berdekatan.Mereka sempat membeli air tin kegemaran masing-masing.

"Err..you nak apa?" soal Iris Lutfiya tidak sabar.

Irhan Hakimie berdehem seketika sebelum meneruskan perbualan.

"You tahu kan mummy suka you?Kalau tak de pape,hujung bulan ni mummy akan merisik you sekaligus kita akan bertunang.."

Berat sebenarnya dia ingin mengatakan hal itu kerana dia tidak mencintai Iris Lutfiya.

Dia buat semua itu hanya kerana Datin Hasna.Hatinya masih berpaut pada Qisya Elza.

Dia berharap perasaannya pada gadis itu dapat dibuang secepat yang mungkin dan dia sudah bernekad mahu belajar cintakan Iris Lutfiya setelah gadis itu bergelar isterinya.

Mata Iris Lutfiya seakan bersinar-sinar apabila mendengar kata-kata Irhan Hakimie.

"Thank you sebab you sudi terima I.I janji I akan jadi isteri yang terbaik untuk you.." ucapnya.

"Sama-sama,Ris.I pon akan berusaha jadi suami yang terbaik buat you.."

🌻🌻🌻

Pada hari itu,Datin Hasna dan Irhan Hakimie tiba di rumah keluarga Iris Lutfiya.

Puan Laura yang menyambut di muka pintu terkejut melihat gerangan yang berkunjung ke rumahnya.

"Hasna?"

Datin Hasna juga begitu.Tidak menyangka mereka bertemu kembali setelah berpuluh tahun tidak bertemu.

"Mummy kenal ke?" ujar Irhan Hakimie pelik.

"Err..jemput lah masuk.." kata Puan Laura.

Mereka berkumpul di ruang tamu.Encik Irham terkedu melihat bakal besannya.

Walaupun kekok,Datin Hasna sedaya upaya berlagak selamba.Tarikh pertunangan dan perkahwinan telah ditetapkan.

Iris Lutfiya tersenyum.Bersyukur kerana semuanya dipermudahkan.Dia dan Irhan Hakimie berduaan di halaman rumah.

🌻🌻🌻

"Tak sangka kita jumpa lagi,Hasna.." ujar Encik Irham.

"I lagi tak sangka Iris tu anak you all.Apa pon,I nak minta maaf.."

Encik Irham menggeleng.

"Bukan salah you.Semua ni,salah I.."

Puan Laura hanya mendengar perbualan pasangan pengantin yang tidak jadi berkahwin itu.

Ye,Hasna ialah perempuan pilihan Puan Sri Irma.Disebabkan Irham memilih dirinya untuk dijadikan isteri,Puan Sri Irma telah membuang Irham dan menganggap Irham sudah mati.

"Erm..husband you mana?" soal Encik Irham.

"Dia dah meninggal setahun yang lepas sebab accident.I ada Irhan je sekarang.." balas Datin Hasna sambil tersenyum nipis.

Tidak sangka tidak lama lagi mereka bakal berbesan.

Setelah agak lama berada di situ,Datin Hasna dan Irhan Hakimie meminta diri.

Iris Lutfiya berada di dapur mencuci pinggan mangkuk.

"Kalau saya jadi kahwin dengan Hasna,mesti saya dapat anak lelaki kan?" ujar Encik Irham.

"Kalau abang rasa macam tu,kenapa dari dulu abang tak terima je pilihan mummy abang tu?" kata Puan Laura sakit hati dengan kata-kata suaminya.

"Sebab saya sayang awak lah saya kahwin dengan awak tapi tak sangka pulak anak awak tu banyak menyusahkan kita.."

Iris Lutfiya yang sudah selesai mengemas di dapur terdengar percakapan papanya.

"Pa,Ris minta maaf kalau selama ni Ris banyak susahkan papa dan mama.." ujarnya sedikit sebak.

"Bagus lah kalau kau sedar.Nanti lepas dah kahwin,jangan susahkan suami dan keluarga suami kau.Mentang-mentang lah dapat kahwin dengan anak orang kaya.."

Encik Irham mula berdiri dan memanjat anak tangga.Puan Laura mengusap belakang puterinya.

"Ris,Ris tak pernah susahkan mama dan papa.." ujarnya.

"Ma,sampai bila-bila ke Ris takkan dapat rasa kasih sayang seorang papa?" rintihnya perlahan.





23 May 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now