Iris Lutfiya|48

9K 294 31
                                    

Iris Lutfiya menolak troli ke bahagian bahan mentah.Dia pergi supermarket seorang diri kerana Razeen Fiqri berjumpa klien.

Sedang dia memilih bahan mentah,fonnya berdering menandakan ada panggilan masuk.

Laju dia meraba tas tangannya.Tertera nama bekas ibu mertuanya.Dia menekan punat hijau.

"Ada apa,my?

"Ris datang rumah boleh?"

"Err.."

Serba salah Iris Lutfiya ingin menjawab.Tambahan pula,rumah itu ada bekas suaminya.Dia tidak mahu menimbulkan salah faham.

"Ris,please?"

"My,Ris bukan tak nak tapi kat situ ada Han.Ris tak nak suami Ris salah faham dengan Ris.Mummy faham kan?"

"Mummy faham tapi mummy rindu sangat kat Ris.."

"My,nanti ada masa kita jumpa lagi.Mummy,jangan salah faham dengan Ris tau?Ris cuma nak cakap.Ris tak nak ada kena mengena lagi dengan keluarga mummy.Ris tak benci keluarga mummy tapi Ris cuma nak jaga hati suami Ris.Mummy tak terasa hati kan?"

Agak lama Datin Hasna mendiamkan diri.

"Tak pe lah kalau Ris dah cakap macam tu.Mummy cuma rindu hubungan kita yang dulu tapi nak buat macam mana kan?Kamu dengan Han tak de jodoh.Mummy minta maaf eh kalau selama ni mummy susahkan kamu.."

"Tak de lah.Ris okay je.Okaylah,my.Ris kat luar ni.Beli barang daput sikit.Nanti kita jumpa lagi ye?Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.."

Iris Lutfiya segera mematikan talian.Dia kembali mencari bahan mentah.

🌻🌻🌻

"Mummy cakap dengan siapa?" soal Irhan Hakimie.

"Dengan Ris.." balas Datin Hasna.

"Ohh.."

"Han,mummy nak minta maaf.Apa yang berlaku sebelum ni semuanya disebabkan mummy.Sebab mummy,kamu terpaksa mengambil keputusan untuk nikahi Iris.Mummy tak pernah tanya pun siapa yang kamu suka,yang kamu cinta.Maafkan mummy eh?"

"Tak,mummy.Semua ni salah,Han.Han yang dah buat hidup Ris merana.Han akui dia seorang isteri yang baik.Sentiasa taat pada Han tapi Han tak boleh tipu diri Han.Han berasa bersalah sangat pada dia.."

Datin Hasna menepuk perlahan belakang badan putera tunggalnya.

"Mummy yakin Ris tak simpan dendam pada kamu dan Qis.Dia seorang yang sangat baik dan kuat yang pernah mummy jumpa.Sekarang ni,fokus kamu pada Qis.Dia perlukan kekuatan kamu.."

Irhan Hakimie menganggukkan kepalanya.Sepanjang dia di hospital,mummynya sentiasa bercerita mengenai isterinya itu.

Walaupun luaran nampak okay,tetapi dalaman hanya isterinya itu sahaja yang tahu.Siapa sahaja yang tidak sedih atas kehilangan anak ditambah lagi rahim dibuang?

🌻🌻🌻

Hujung minggu itu,mereka berdua tiba di rumah tok pa dan tok ma Razeen Fiqri.Rumah itu lagi meriah dengan kedatangan Tan Sri Umar,Puan Sri Irma dan Encik Irham.

Macam tahu-tahu sahaja mereka mahu ke situ hujung itu.

Sedang mereka berbual sambil mengopek buah durian di ruang tamu rumah,Iris Lutfiya menekup mulutnya kemudian berlari ke dapur.

Sungguh dia tidak tahan dengan bau durian itu.Sungguh meloyakan tekaknya.

Razeen Fiqri hanya beriak selamba.Dalam fikirannya mungkin isterinya itu tidak tahan dengan bau durian.Normal lah kan?

Bahu anak muda itu ditampar Puan Sri Faiza.Geram apabila cucunya itu selamba sahaja.Langsung tiada reaksi risau akan cucu menantunya.

"Apa tok ma ni?" kata Razeen Fiqri sambil menggosok-gosok bahunya yang ditampar secara spontan tadi oleh tok manya.

Pedih.

Bisanya pukulan tok ma.

"Kamu ni.Pergi lah tengok Iris tu kenapa.Boleh buat tak tahu je?Ish,budak ni.." bebel Puan Sri Faiza.

"Ris okay je tu.Biasalah tu kalau muntah.Mungkin dia tak tahan bau durian.Tok ma ni risau sangat lah.."

"Pergi lah tengok sekejap.Hei,budak ni.."

"Ye lah-ye lah.."

Dengan malasan,Razeen Fiqri melangkah ke dapur.Alangkah terkejutnya apabila dia melihat Iris Lutfiya terbaring di lantai dapur itu.

"Honey!"

Pipi isterinya ditepuk-tepuk.Risau takut terjadi apa-apa pada isteri tercinta.Dia segera mendukung isterinya lalu dibawa ke depan.

"Ya Allah,Ris!"

Terkejut Puan Sri Irma melihat cucu kesayangan yang tidak sedarkan diri.

"Tengok apa jadi?!Kamu ni.Sekarang ni,hantar Ris ke bilik.Tok ma nak panggil doktor.." arah Puan Sri Faiza.

🌻🌻🌻

Iris Lutfiya membuka kelopak matanya.Pening di kepala masih kian terasa.

Dia memandang sekeliling.Dia mula bangun dari pembaringan.

"Hei,honey!Slow-slow.." ujar Razeen Fiqri kalut kemudian dia membantu isterinya itu bangun.

"Kenapa dengan I?"

Sungguh dia tidak ingat apa yang berlaku tadi.

"Honey pengsan tadi.Doktor cakap honey akan jadi seorang ibu tak lama lagi.Thank you,honey.."

Razeen Fiqri segera mengucup dahi dan kedua-dua belah pipi Iris Lutfiya.Dia gembira dengan berita yang disampaikan oleh doktor tadi.

Teruja pun ada.

Iris Lutfiya membalas pelukan suaminya.Air mata kegembiraannya jatuh membasahi pipinya.

Dalam hati dia mengucap syukur yang tidak terhingga.








8 Julai 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now