Iris Lutfiya|49

9K 281 15
                                    

"Mana bomboloni yang I pesan?" ujar Iris Lutfiya tidak puas hati apabila melihat suaminya itu pulang dengan tangan kosong.

Razeen Fiqri menepuk perlahan dahinya.Dia benar-benar terlupa akan pesanan isteri kesayangannya itu.

"Sorry,honey.Sayang.."

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya,Iris Lutfiya terlebih dahulu memintas.

"You memang tak sayangkan I dengan baby.You tahu I mengidam bomboloni tu tapi you sengaja tak nak beli.You memang sengaja nak uji kesabaran I kan?" kata Iris Lutfiya bernada kecewa.

Kecewa apabila apa yang diidamkan tidak dapat.Semenjak berbadan dua ini,dia memang seorang yang mudah dan cepat terasa hati.

"Siapa cakap sayang tak sayangkan honey dengan baby?Sayang betul-betul terlupa.Sayang minta maaf eh?"

Iris Lutfiya menggelengkan kepalanya.Baginya itu alasan yang sangat tidak munasabah dan tidak dapat diterima dek akal fikirannya padahal lelaki itu brjumpa rakannya di kafe viral yang menjual bomboloni.

Takkan itu pun boleh lupa?Bomboloni itu depan mata kan?Bukannya dia suruh cari.

Dia beredar ke dapur.

Razeen Fiqri mengeluh.Dibiarkan hati isterinya itu sejuk dahulu.Dia menuju ke bilik tidur.

Selesai membersihkan tubuh dan menunaikan solat isyak,dia berlalu turun ke bawah.

Kelibat isteri kesayangan dicari.Dia menuju ke dapur apabila di ruang tamu tiada.

Kelihatan isterinya itu sedang menikmati maggie goreng.Baru isterinya itu mahu menyuap ke dalam mulut,garfu yang dipegang isterinya ditarik.

Terkejut Iris Lutfiya dibuatnya.Dia memandang geram ke arah suaminya.Nak makan pun tidak senang.

"Kenapa you ni?"

"Honey,kenapa makan maggie?Tak bagus untuk baby.Kalau marahkan sayang sekali pun,ni bukan caranya.."

"Dah you tak belikan bomboloni yang I nak,I makan je lah maggie goreng ni.Maggie goreng ni pun sedap apa.."

Garfu yang dipegang suaminya diambil kembali.Dia menyambung makan.

"Degilnya mak buyung sorang ni.Tak pe,sayang akan pastikan ni kali terakhir honey makan maggie.Lepas ni,no more stock maggie in this house!"

Razeen Fiqri memberikan amaran.Iris Lutfiya hanya membuat muka selamba.Seolah-olah tidak kisah akan amaran suami tercinta.

🌻🌻🌻

Qisya Elza membuka almari baju yang menempatkan baju si kecil.Tangannya menyentuh satu persatu baju si kecil.

Terasa sebak dadanya.

Terbayang wajah si kecil memakai semua baju itu.

Irhan Hakimie memasuki bilik itu.Dia pantas mendekati tubuh si isteri.

"Sayang,sayang kena redha.Jangan seksa diri sayang dengan arwah anak kita.Biarkan dia tenang kat sana.." pujuknya.

Qisya Elza memeluk tubuh suaminya.Tangisannya menjadi-jadi.Irhan Hakimie membalas pelukan isterinya.

"Abang,saya izinkan abang kahwin lagi.Abang cakap je siapa,saya akan pinangkan dia untuk abang.." kata Qisya Elza bersungguh-sungguh setelah pelukan dileraikan.

Dia sudah tidak kisah tentang perasaannya lagi.Janji suaminya itu bahagia.

"Sayang,abang pernah cakap kan?Abang takkan duakan sayang.Abang tak kisah kita ada zuriat atau tak.Yang penting sayang sentiasa ada di sisi abang.Itu sudah cukup bagi abang.."

"Tapi saya nak abang bahagia.Saya nak abang ada zuriat.Saya tak kisah siapa pun madu saya janji abang bahagia sebab saya tak mampu bahagiakan abang.."

"Shh.Tak,abang bahagia bersama sayang.Kalau sayang nak ada anak,kita boleh ambil anak angkat.." cadang Irhan Hakimie.

"Takkan sama dengan anak sendiri.."

Irhan Hakimie mengeluh perlahan.Tidak tahu bagaimana lagi cara untuk menyakinkan istrrinya yang dia tidak kisah ada zuriat mahupun tidak.Dia sudah redha dengan ketentuan Allah.

🌻🌻🌻

Tersenyum Iris Lutfiya apabila Sarah Aliya membawa bomboloni disaat singgah ke rumahnya.Macam tahu-tahu sahaja yang dia sedang mengidam makanan itu.

"Kau ni memang betul-betul faham aku lah,Liya.Tak macam orang tu.Kita suruh dia beli,dia tak beli pun.Alasannya lupa.." sempat dia memerli Razeen Fiqri yang duduk bersebelahannya.

"Apa pula cakap macam tu kat laki kau,Ris?Aku tak faham kau pun.Aku beli sebab laki kau yang bagitahu kau mengidam.Tak baik cakap Fiq macam tu.." kata Sarah Aliya tifak puas hati apabila sahabatnya itu memerli suami sendiri.

Jika Razeen Fiqri tidak memberitahunya yang sahabatnya itu mengidam bomboloni itu,memang dia tidak beli.

Iris Lutfiya terdiam.Dia memandang wajah suaminya.Serba salah pula berkata seperti tadi.Tidak menyangka suaminya itu tetap berusaha untuk dapatkan apa yang diidamkannya.

Dia meletakkan tangannya di atas tangan suaminya.Razeen Fiqri pantas mengalihkan tangan isterinya itu.

Tahu isterinya itu pasti sedang berasa bersalah terhadapnya.Dia harus berpura-pura sedang marah.Sengaja mahu tunjuk protes.

"Ris,aku nak pinjam toilet kejap boleh?" kata Sarah Aliya meminta izin.

"Boleh.Pergilah.."

Sarah Aliya segera beredar ke tandas.

Iris Lutfiya melentokkan kepalanya ke bahu suaminya.Razeen Fiqri menolak lembut kepala isterinya itu.

"Sayang,sorrylah.I tahu I tak sepatutnya cakap macam tadi tu pada you.." kata Iris Lutfiya seakan memujuk.

"Tak pe.Sayang naik bilik dulu lah.Ada kerja sikit nak buat.."

Razeen Fiqri segera berdiri.Dia tersengih kemudian beredar menuju ke anak tangga.

Di tangga itu,dia curi-curi melihat reaksi isteri kesayangan.Dia tersengih lagi.Mesti isterinya itu sedang memikirkan cara untuk memujuknya.

Kemudian,dia meneruskan langkahnya  menuju ke bilik.



9 Julai 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now