Iris Lutfiya|5

8.5K 343 0
                                    

10 tahun kemudian,

Iris Lutfiya sudah berumur 27 tahun.Dia sudah menamatkan pembelajarannya hingga ke peringkat degree.

Dia kini membuka sebuah galeri seni miliknya sendiri.Alhamdulillah,ini semua berkat usaha dan doa mamanya.Dia berharap kejayaannya juga turut dari doa papanya.

Sedang dia memerhati keadaan  galeri seni miliknya,dia terpandang ke arah seorang pemuda.Bibirnya menguntum senyuman.

"Hensem.." ujarnya perlahan.

Irhan Hakimie memerhati lukisan yang digantung di galeri seni itu.Dia tertarik pada lukisan itu.

Iris Lutfiya mendekati pemuda itu.

"Berminat dengan lukisan tu?" soalnya ramah.

Irhan Hakimie memandang gadis yang menegurnya.

"Err..berapa harga lukisan ni kalau I nak beli?"

"Kalau I cakap I bagi you free?"

"Kenapa nak bagi I free pula?" kata Irhan Hakimie pelik.

"Sebab I rasa you macam tak pernah datang sini je.I cam lah my customer.."

"Ohh.I baru je datang sini hari ni.I baru balik dari overseas.."

"I see.So,I bagi you free.You anggaplah ni sebagai hadiah dari I sebab you sudi datang galeri I ni.."

"Thanks.."

Iris Lutfiya mengangguk.

"By the way,I Iris Lutfiya.You?"

"Irhan Hakimie.."

🌻🌻🌻

Qisya Elza dan Sarah Aliya masuk ke dalam rumah bujang mereka bertiga.Maklumlah sudah bekerjaya.

Seorang pengurus kafe dan seorang lagi pengurus butik.Mereka bertiga sememangnya suka bekerja sendiri.Tidak suka bekerja dengan orang.

"Senyum je sahabat aku sorang ni.." ujar Sarah Aliya.

"Senyum lah sebab aku jumpa mamat hensem tadi.." balas Iris Lutfiya tersengih.

"Mamat hensem?" kata Qisya Elza pula.

"Ye,weyh.Dia datang galeri aku tadi.Irhan Hakimie.."

Sarah Aliya dan Qisya Elza turut tersenyum.Suka mereka melihat sahabat mereka yang seorang itu gembira.

"Nampak macam kita nak makan nasi minyak je,Qis.Semoga berjodoh lah.." doa Sarah Aliya.

"Thanks,Liya.Aku harap mulut kau masin.Aaminn.."

"Erm..aku naik solat dulu lah.Tak solat Asar lagi.Korang dah solat belum ni?" ujar Qisya Elza sambil mula berdiri.

"Dah.." balas Iris Lutfiya dan Sarah Aliya serentak.

Qisya Elza mula memanjat anak tangga.

"Kau dah makan belum?" soal Iris Lutfiya.

"Sempat lunch je tadi.." balas Sarah Aliya.

Iris Lutfiya mengangguk faham.Dia bermain fon yang berada di tangan.

Tiba disaat itu,whatsapp dari mama tercinta muncul.

Mama❤
Ris,bila nak balik sini?Mama rindu😘

You
InsyaAllah,ma.Kalau Ris tak busy,hujung minggu ni.Ris pon rindu mama😍

"Aku naik dulu lah.Badan melekit.Nak mandi.." ujar Sarah Aliya sebelum meminta diri ke bilik.

"Okay.."

🌻🌻🌻

Malam itu,Irhan Hakimie merengangkan otot-ototnya di dalam bilik.Walaupun hari ni dia belum start bekerja sepenuhnya di syarikat mummynya,badannya masih terasa penat.

Setelah itu,dia turun ke bawah.Kelihatan mummynya,Datin Hasna sedang duduk di ruang tamu sambil bermain fon.

Dia mendekati mummynya.

"My.."

"Apa,Han?Han nak kahwin ehh?" sengaja Datin Hasna berkata begitu.

"Apa my ni?"

"Habis tu?"

"Han tak biasa lah kerja kat ofis mummy tu.." ujar Irhan Hakimie berterus terang.

"Biasalah tu.Han kan baru lagi.Han,Han ni harapan mummy dan arwah daddy tau.Ingat tu.Syarikat tu akan jadi milik Han.."

"Han tahu.." kata Irhan Hakimie lemah.

"Han,bila Han nak kenalkan seorang perempuan kat mummy?Mummy tak sabar nak dapat menantu.Boleh teman mummy.."

"My,Han baru balik.Baru start kerja.Sabar sikit,okay?"

Datin Hasna sudah tersengih.Takut sangatlah anak terunanya yang seorang itu.Dia sengaja je mahu mengusik.

20 May 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now