Iris Lutfiya|12

6.5K 238 36
                                    

Satu tamparan hinggap di pipi kanan milik Qisya Elza.Turun naik nafas Datin Hasna menahan amarah.

"Mummy!" jerit Irhan Hakimie.

"Apa kamu dah buat ni,Han?Kamu sedar tak kamu tu tunang orang?Lagi beberapa bulan je nak kahwin tapi kamu kahwin pulak dengan kawan baik dia?Otak kamu ni letak kat mana,Han?!"

"My,Han tak cintakan Iris.Tolonglah putuskan pertunangan tu.Qisya isteri Han.Han tak nak dia dimadukan,my.Please?" rayu Irhan Hakimie.

Dia berharap mummynya boleh bertolak ansur dengannya.

"Kamu dah kecewakan mummy,Han!Kamu membelakangkan mummy hanya disebabkan perempuan ni?Qisya,aunty tak tahu macam mana semua ni boleh jadi.Kamu sendiri tahu Han ni tunang Iris tapi sanggup kamu khianati sahabat baik kamu sendiri?Aunty tak boleh terima semua ni!Han,ceraikan Qisya sekarang juga!"

Qisya Elza tercengang.Usia perkahwinan mereka baru seminggu.Dia memandang lelaki yang sudahpun bergelar suami kepadanya.

Dia tiada hak untuk menghalang Irhan Hakimie jika hari ini lafaz talak itu jatuh.

Mujur juga mereka sudah berpindah ke rumah sendiri.Jika tidak pasti umi dan walidnya akan masuk campur urusan hari ini.

"Tak,my!Han takkan ceraikan Qisya!" balas Irhan Hakimie melawan.

"Baik!Mummy pon takkan anggap Qisya sebagai menantu dan pernikahan kamu dengan Iris tetap akan diteruskan!"

Sejurus berkata begitu,Datin Hasna beredar keluar dari rumah.

Irhan Hakimie menatap wajah isterinya yang menunduk.

"Qis,walaupun yang terjadi.Awak tetap isteri saya.Sampai bila-bila.."

"Han,awak tak patut nikahi saya.Saya tak dapat bayangkan betapa kecewanya Iris terhadap saya sebab dah rampas awak dari dia.Saya tak nak persahabatan kami putus disebabkan hal ni.."

Air mata Qisya Elza jatuh berguguran membasahi pipinya.Irhan Hakimie pantas menyeka air mata isterinya.

"Qis,saya tetap akan ada bersama awak.Saya janji lepas saya kahwin dengan Iris,saya akan berlaku adil pada awak dan dia.."

"Takkan ada seorang perempuan yang sanggup bermadu,Han.."

Irhan Hakimie mengeluh.

🌻🌻🌻

Puan Laura sudahpun dibenarkan pulang ke rumah.Iris Lutfiya mengambil cuti untuk menjaga mamanya.

Bubur nasi yang sudah siap dimasak diangkat ke dalam mangkuk kaca.Dia tersenyum sendirian.

Nanti bila sudah berumahtangga,masa Irhan Hakimie sakit,bolehlah dia sediakan bubur seperti ini.

Tidak sabar mahu bergelar isteri kepada lelaki itu.Masa,cepatlah tiba.

Senyuman tidak lekang dari bibirnya.Dia mengangkat dulang yang berisi mangkuk dan segelas air masak lalu menuju ke anak tangga.

Dia yang baru ingin memijak anak tangga itu,terus disapa papanya.

"Biar aku hantar kat mama kau.Kau hantar kejap lagi,entah virus apa pulak yang kau bawa.Elok-elok mama kau sihat,sakit balik dia nanti.Lagi satu,bubur ni pon tak tahu kau letak apa.Harap kau tak menyihir lah keluarga ni.."

"Papa ni kenapa?Ris masih tahu halal haram lah.." balasnya tidak puas hati dengan percakapan papanya.

"Kalau kau tak buat,kenapa nak melenting?Takut lah tu rahsia kau bocor.."

Encik Irham segera mendaki anak tangga.

Puan Laura sempat mendengar perbualan dua beranak itu.Suaminya itu kalau bercakap memang nak satu rumah dengar suaranya.

Encik Irham memasuki bilik.Kelihatan isterinya sedang duduk di atas katil sambil memandangnya.

"Kenapa pandang saya macam tu?" soalnya pelik.

"Abang ni tak penat ehh gaduh dengan Iris hari-hari?Saya yang dengar ni pon penat tau tak?Iris tu takkan buat benda-benda syirik macam yang abang tuduh tu.."

"Awak ada bukti ke?"

"Suka hati abanglah.Sini,bubur tu.Saya lapar.."

🌻🌻🌻

Sarah Aliya dan Iris Lutfiya keluar pada malam itu.Sempat mereka pusing satu mall.

Mereka berhenti seketika di secret recipe untuk makan.

"Qis tengah buat apa lah sekarang kan?" kata Sarah Aliya.

"Mesti lah tengah layan husband dia.." balas Iris Lutfiya sambil tersengih.

"Bila Qis start kerja ehh?Aku rindu nak jumpa dia.Dah lah waktu nikah dia aku tak de.."

"Aku pon tak de,okay?Ingat sikit.."

"Ohh,ye.Persiapan majlis kau dah siap?"

"Almost done.." kata Iris Lutfiya tersenyum.

Tiba disaat itu,makanan yang dipesan tiba.Mereka mula menjamu selera.







28 May 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now