Iris Lutfiya|15

6.8K 230 5
                                    

Irhan Hakimie dan Aqif Iman berjumpa sekali lagi atas urusan kerja.Selepas selesai perbincangan,mereka lunch bersama.

"Aku dengar kau tak jadi kahwin.Betul ke?" soal Irhan Hakimie pura-pura tidak tahu.

"Ha'ah tapi jodoh kami tetap kuat.Aku akan nikahi Qisya semula.Aku akan betulkan balik keadaan.." balas Aqif Iman selepas menyedut minuman yang dipesannya.

"Aku rasa kau lupakan jelah Qisya.." cadang Irhan Hakimie.

Panas hatinya apabila lelaki di hadapannya itu bercadang mahu menikahi isterinya.

"Kenapa pula?Aku sayang dan cintakan dia.Dia pun mesti tak boleh lupakan aku.Aku nak tebus balik kesilapan aku.."

"Kau dah tinggalkan dia waktu majlis tu,pastu senang-senang je kau nak dapatkan dia semula?Takkan semudah tu lah,Aqif!"

Aqif Iman memandang pelik ke arah Irhan Hakimie.Lelaki itu bercakap seolah-olah kenal dengan Qisya Elza.

"Aku ada sebab aku sendiri kenapa aku tinggalkan dia waktu majlis kami.Yang kau nak berapi sangat ni pahal?Kau kenal ke tunang aku?"

"Dia bukan tunang kau lagi lah!Dia isteri aku!"

Tercengang seketika Aqif Iman dibuatnya apabila kenyataan itu dikeluarkan.

"Kau cakap apa?Dia isteri kau?"

"Ye,dia isteri aku!Aku tak nak kau jumpa dia lagi!Aku dapat tahu memang nahas kau aku kerjakan!"

Irhan Hakimie segera berdiri.Dia pantas menuju ke keretanya.Aqif Iman mengejar langkah Irhan Hakimie.Sempat dia meletakkan duit bernot RM 50 di atas meja.

Kolar baju Irhan Hakimie dicengkam kuat.Pantas satu tumbukan hinggap di bibir lelaki itu.

"Kau sedar tak Qisya tu tunang aku?!Yang kau memandai pergi kahwin dengan dia kenapa?!Kau dah ada tunang kan?!Iris Lutfiya kan nama tunang kau?!Kenapa tunang aku juga kau kebas hah?!"

Sekali lagi satu tumbukan hinggap di bibir Irhan Hakimie.Bibir lelaki itu mulai pecah.

"Sebab aku cintakan dia!Aku ingatkan kau sekali lagi.Qisya Elza isteri aku bukan tunang kau lagi.Terima kasih lah atas tumbukan ni.." kata Irhan Hakimie sambil mengesat darah yang mengalir di bibirnya.

"Ceraikan Qisya!"

"Aku takkan ceraikan dia.."

Sejurus berkata begitu,Irhan Hakimie segera masuk ke dalam kereta.Keretanya meninggalkan perkarangan restoran itu.

🌻🌻🌻

"Abang,abang kenapa ni?" kata Qisya Elza yang nyata terkejut dengan kepulangan suaminya dalam keadaan sebegitu.

"Abang okay.Sayang jangan risau ye?"

Sudah beberapa minggu mereka menjadi suami isteri.Panggilan pun sudah bertukar.

"Macam mana saya tak risau?Siapa yang tumbuk abang sampai macam ni sekali?"

"Aqif.."

Terkejut Qisya Elza mendengar nama suami tidak jadinya itu.

"Abang jumpa Aqif?Dia tahu ke pasal kita?"

"Abang dah jujur dengan dia.Abang jumpa dia pun atas urusan kerja je.Sayang jangan nak pergi jumpa dia pulak.Abang takkan izinkan kalau sayang jumpa dia.."

"Tak.Saya takkan jumpa dia lagi.."

Tiba disaat itu,fon Irhan Hakimie berdering menandakan ada  panggilan masuk.

Tertera nama Datin Hasna.

"Hello,my.."

"Kamu kat mana,Han?Balik sekarang!Mummy dengan Iris dah tunggu nak makan malam sama-sama.."

"My,please.."

"Kamu dengan Qisya kan?!Mummy tak kira!Kamu balik sekarang!"

Talian dimatikan oleh Datin Hasna.Irhan Hakimie memandang wajah isterinya.

"Tak pe,abang.Qis faham.." kata Qisya Elza perlahan.

"Sorry,sayang.."

"Mummy abang lagi penting.Iris pon.."

🌻🌻🌻

Irhan Hakimie tiba di rumah mummynya.Terkejut Iris Lutfiya melihat wajah tunang kesayangannya sebegitu apabila menyambut kepulangan Irhan Hakimie di muka pintu.

"Kenapa dengan muka you?Siapa yang buat?" soal Iris Lutfiya bernada risau.

"I okay.Sikit je.." balas Irhan Hakimie sambil meluru masuk ke dalam rumah.

Selesai menjamu selera,Datin Hasna menyuruh Iris Lutfiya merawat luka di bibir anaknya.

Iris Lutfiya mengambil kain yang telah dilitupi dengan ais lalu dituang ke bibir Irhan Hakimie.

Irhan Hakimie merampas kain pegangan Iris Lutfiya.

"It's okay,Ris.I boleh buat sendiri.." tolaknya.

Iris Lutfiya hanya membiarkan.Datin Hasna dan Irhan Hakimie masing-masing membalas pandangan.





31 May 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now