Iris Lutfiya|31

8.9K 284 33
                                    

Entah di mana silap Iris Lutfiya menuruni anak tangga,dia terjatuh.Mujur di dua anak tangga terakhir.

Dapat dirasakan hentakan yang agak kuat.Dapat juga dirasakan perit di bahagian perutnya.Sakit yang teramat sangat.

Irhan Hakimie yang telah bersiap untuk ke pejabat terkejut melihat Iris Lutfiya yang sudah terduduk dengan kaki berlunjur ke depan sambil memegang perut di lantai itu.

"Iris!"

Dia segera mendapatkan Iris Lutfiya.

"Han,tolong I.." ujar Iris Lutfiya sambil menahan sakit.

Irhan Hakimie segera mengangkat Iris Lutfiya.

🌻🌻🌻

Datin Hasna tiba di hospital setelah mendapat panggilan dari Irhan Hakimie.

"Han,macam mana boleh jadi macam ni?" katanya setelah mendapatkan anak tunggalnya itu di ruangan menunggu.

"Han pun tak tahu.Bila Han nak turun tangga,nampak Iris dah jatuh.."

"Mummy dah suruh Han jaga Iris kan?Kenapa boleh jadi macam ni pula?Ni mesti sebab Han sibuk dengan belah sana sampaikan belah sini,Han tak ambil peduli.." bebel Datin Hasna.

"Qisya tak salah lah,mummy.." bantah Irhan Hakimie.

Dia tidak boleh terima jika ada yang menyalahkan Qisya Elza.Dalam hal ini,dia yang salah.

"Suka hati kamu lah.."

Datin Hasna malas berkata lagi.Nanti anaknya itu membantah lagi.

Beberapa minit kemudian,seorang doktor perempuan keluar dari ruangan kecemasan itu.

Doktor itu memberi penerangan tentang keadaan Iris Lutfiya.

🌻🌻🌻

Mereka berdua tiba di bilik yang menempatkan Iris Lutfiya.Iris Lutfiya terbaring lemah di atas katil dan masih belum sedarkan diri.

"Puas hati kamu tengok keadaan Iris macam ni?" ujar Datin Hasna melepaskan ketidakpuasan hatinya.

"Mummy cakap apa ni?" balas Irhan Hakimie tidak mengerti.

"Mummy tahu kamu faham apa maksud mummy.."

Iris Lutfiya mula sedarkan diri.Dia memandang sekeliling.Wajah ibu mertua dan lelaki itu menjengah matanya.

"Mummy.." ujarnya perlahan.

Datin Hasna dan Irhan Hakimie memandang ke arah Iris Lutfiya yang sudah sedarkan diri.

"Ris.."

Datin Hasna menyentuh tangan menantunya.

Iris Lutfiya bergerak sedikit untuk bangun dari pembaringan.Datin Hasna pantas menghalang pergerakan menantunya.

"Ris,Ris kena berehat.Ris tak kuat lagi.."

"My,perut Ris sakit.Baby Ris okay kan?" kata Iris Lutfiya dengan suara yang bergetar.

Dia kembali teringat kejadian yang dia terjatuh tadi.

"Ris,baby Ris dah tak de.." ujar Datin Hasna sambil mengusap lembut bahu menantunya.

Irhan Hakimie hanya diam tidak berkutik.Sejujurnya perasaan bersalah terhadap Iris Lutfiya semakin menebal di dalam dadanya.

Setelah lama di situ,Datin Hasna mula ingin meminta diri.

"Han,stay here.." pesan Datin Hasna kemudian menuju ke pintu lalu melangkah keluar.

Iris Lutfiya melepaskan keluhan.Perasaan sakit hatinya semakin kian terasa apabila bayi yang berada di dalam kandungannya sudah tiada.

"Puas hati you sekarang?Anak yang I jaga 'seorang diri' selama ni dah tinggalkan I.Berapa lama lagi you nak seksa diri I?!" ujarnya geram.

Dia perlahan-lahan mengiring ke kiri membelakangi Irhan Hakimie.Air matanya mula tumpah.

"Keluar.I tak perlukan you lagi.."

"Ris,I pun sedih atas kehilangan bayi kita.."

"Cukup lah,Han!Cukup berpura-pura dengan I.I tak rasa you sedih atas kehilangan dia.You cuma nak sedapkan hati I je!"

Irhan Hakimie masih belum berganjak mahu keluar.

"You tak faham apa yang I cakap ke?!Sebelum I menggila kat sini,baik you keluar!I tak perlukan you lagi sebab I terlalu bencikan you!You memang tak layak dapat cinta I!" kata Iris Lutfiya tidak puas hati selagi lelaki itu masih belum keluar dari biliknya.

"Oh,ye.I tak sabar nak berpisah dengan you.Dah tak de sebab untuk kita bersama lagi.Kan?" sengaja dia berkata begitu sedangkan dia tidak sanggup namuj bila difikirkan tentang Qisya Elza,dia terpaksa merelakan.

Iris Lutfiya tersenyum walaupun hatinya sungguh terguris.Dia tidak mahu tunjuk lemah lagi.Dia harus kuat.Tapi mampukah dia?

Dia boleh menipu semua orang tetapi dia tidak boleh menipu dirinya sendiri.Walaupun kebenaran sudah diketahui,perasaannya pada Irhan Hakimie masih ada.

Irhan Hakimie hanya menurut keinginan Iris Lutfiya.Dia mula melangkah ke pintu lalu keluar.

Pintu ditutup kembali.

Iris Lutfiya memandang pintu yang sudah ditutup kembali.Tangannya mengusap perlahan perutnya.


25 Jun 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now