Iris Lutfiya|6

7.8K 325 19
                                    

Seorang wanita yang berusia sekitar 60-an memerhati Iris Lutfiya.Wanita itu memerhati di dalam kereta.

Segala tentang anak muda itu semua dia ambil tahu.

"Puan Sri.." ujar Encik Mahmud selaku pemandu Puan Sri Irma.

"Jalan.."

"Baik,Puan Sri.."

Kereta mewah itu mula bergerak meninggalkan perkarangan galeri milik Iris Lutfiya.

🌻🌻🌻

Iris Lutfiya masuk ke dalam sebuah kafe.Kafe siapa lagi kalau bukan kafe milik sahabatnya,Qisya Elza.

"Sorry,aku lambat.Ramai customer tadi.." ujarnya memohon maaf.

Mereka bertiga sudah berjanji mahu bertemu di kafe Qisya Elza.

"Tak pe.Aku pon baru je sampai.Qis tu pon tengah kerja.." kata Sarah Aliya.

Sedang Qisya Elza ingin menghantar pesanan kepada seorang customer,seseorang telah terlanggarnya dan menyebabkan baju salah seorang customernya kotor.

Semua mata memandang tepat ke arah mereka berdua.

"Eh,sorry.Saya tak sengaja.." ucap Qisya Elza sedikit kalut dan serba salah.

Iris Lutfiya dan Sarah Aliya mendekati sahabat mereka.

"Qis,kau okay tak?" soal Sarah Aliya.

"Aku okay tapi encik ni.."

Iris Lutfiya memandang gerangan yang Qisya Elza sebut.Terkejut serta teruja kerana dapat bertemu lagi dengan gerangan itu.

"You?" ujarnya.

Irhan Hakimie turut memandang Iris Lutfiya.

"Korang kenal ke?" soal Qisya Elza.

"Ni lah Irhan Hakimie.Yang aku cerita hari tu.."

"Ohh.."

"You tak apa-apa?" soal Iris Lutfiya prihatin.

"Err..I okay.Sikit je ni.." balas Irhan Hakimie kemudian dia memandang ke arah gadis yang membuat kemejanya kotor.

Terpegun seketika dia melihat gadis itu.

"Erm..you jangan lah pandang Qis lama-lama.Dia tunang orang tau.." tegur Iris Lutfiya.

"Ohh,ye ke?Sorry.."

Terpancar sedikit riak wajah kecewa apabila mendapat tahu gadis di hadapannya itu sudah bertunang.

"By the way,ni sahabat-sahabat I. Yang tunang orang ni,Qisya Elza.Panggil dia Qis je and yang ni Sarah Aliya.Panggil dia Liya.."

Iris Lutfiya mula memperkenalkan sahabat-sahabatnya.

Irhan Hakimie hanya mengangguk.

"Err..I minta diri dulu lah.."

"Kemeja you?" soal Iris Lutfiya.

"It's okay.."

Irhan Hakimie mula beredar dari situ.

🌻🌻🌻

Hujung minggu itu,Iris Lutfiya tiba di rumah Encik Irhan dan Puan Laura.

Puan Laura memeluk erat puterinya.Rindu.

Encik Irham hanya memerhati dua beranak itu melepaskan kerinduan.

"Ris,mama dah masak makanan kegemaran Ris tau.." kata Puan Laura.

Iris Lutfiya tersenyum.

"Thanks,ma.."

Selesai sahaja makan tengahari,mereka berkumpul di ruang tamu.

"Ris,happy je mama tengok muka.Ada apa-apa nak share dengan mama dan papa?"

"Tak de pape lah.."

"Ye ke ni?Tah-tah dah ada calon tak?"

"Calon apa ni?" soal Iris Lutfiya tidak mengerti.

"Bakal suami kamu?"

"Aku harap dia bolehlah jaga kau.Jangan susahkan dia macam mana kau susahkan kami berdua sudah.." sampuk Encik Irham.

Iris Lutfiya hanya tersenyum nipis walaupun dia terasa dengan kata-kata papanya.

"Jadi,Ris dah ada lah ni?" kata Puan Laura.

"Insya-Allah,kalau dia betul yang terbaik untuk Ris,tak ke mana,ma.."

"Baguslah tu.Cepat sikit.Tak de lah aku kena tanggung kau lagi.." sekali lagi Encik Irham bersuara.

"Erm..Ris balik dulu lah,ma,pa.."

Iris Lutfiya mula berdiri.Dia menyalam Puan Laura dan Encik Irham.

Selepas bersalam,Encik Irham cepat-cepat melepaskan tangannya dari terus dipegang Iris Lutfiya.

"Hati-hati drive tu.." pesan Puan Laura.

Iris Lutfiya menganggukkan kepalanya.Enjin kereta auto itu mula dihidupkan dan mula meninggalkan perkarangan rumah itu.



21 May 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now