Iris Lutfiya|36

8.6K 272 28
                                    

Penjelajahan Iris Lutfiya diteruskan lagi di bumi negara Korea itu.

Dia menuju ke tempat bersejarah di negara itu yang diberi nama sebagai Gyeongbokgung Palace yang merupakan sebuah istana.

Dia menuju ke tempat bersejarah di negara itu yang diberi nama sebagai Gyeongbokgung Palace yang merupakan sebuah istana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Istana itu terletak di sebelah utara kota Seoul,Korea Selatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Istana itu terletak di sebelah utara kota Seoul,Korea Selatan.Istana itu juga termasuk dari lima istana besar dan merupakan yang terbesar yang dibangunkan oleh Dinasti Joseon.

Iris Lutfiya terpegun melihat kecantikan istana itu.Dia mengambil beberapa gambar untuk dijadikan sebagai kenangan apabila dia pulang ke Malaysia nanti.

Perjalanannya diteruskan lagi ke Lotte World yang terletak di Timur Seoul.Lotte World merupakan taman tema indoor terbesar dan dibuka sepanjang tahun.

Lotte World merupakan taman tema indoor terbesar dan dibuka sepanjang tahun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terdapat dua permainan indoor iaitu Dragon Wild Shooting dan Desperados II.

Dragon Wild Shooting ini sebuah permainan yang para pemain akan menaiki kereta memburu naga tersembunyi di dalam istana.Walaupun hanya 10 minit,permainan ini memang menyeronokkan.

Desperados II pula permainan yang para pemain akan memakai cermin mata 3D untuk memburu penjenayah dengan menaiki kuda.

Desperados II pula permainan yang para pemain akan memakai cermin mata 3D untuk memburu penjenayah dengan menaiki kuda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di kawasan outdoor pula terdapat dua juga permainan iaitu Comot Express dan Atlantis.

Comot Express adalah sebuah train meneroka angkasa lepas dengan konsep glo in the dark.

Atlantis pula merupakan sebuah roller coaster yang berkonsepkan air dan kelajuan.

Hampir semua permainan yang ada,Iris Lutfiya cuba.Memang memyeronokkan.

Tidak sabar untuk berkongsi cerita dengan Sarah Aliya.Pasti sahabatnya itu cemburu dengannya.

🌻🌻🌻

Qisya Elza selamat melahirkan seorang bayi lelaki pagi tadi.Sungguh dia terkejut.Sepatutnya due datenya lagi beberapa hari tetapi dia bersyukur bayinya itu selamat dilahirkan.

Dia tersenyum melihat Irhan Hakimie mendukung bayi mereka yang sedang nyenyak tidur itu.

Tiba disaat itu,pintu terkuak.Terjengul wajah Sarah Aliya.

Sarah Aliya meluru memeluk tubuh Qisya Elza.

"Tahniah,beb.." ujarnya.

"Terima kasih.Err..Ris tak datang sekali ke?" soal Qisya Elza sambil mencari kelibat sahabatnya yang seorang lagi.

"Erm..aku nak dukung nak kau boleh?"

Sarah Aliya tidak mahu menjawab pertanyaan Qisya Elza sebaliknya terus menukar topik perbualan.

Dia sebolehnya tidak mahu menganggu kegembiraan Iris Lutfiya yang berada di Korea.

Dia mahu sahabatnya yang seorang itu mendapatkan ketenangan dan keseronokkan sahaja di sana.

Qisya Elza hanya mengangguk.Irhan Hakimie memberikan si kecil pada Sarah Aliya.

Sarah Aliya mendukung berhati-hati si kecil itu.Dia mengucup dahi dan pipi bayi lelaki itu.

"Dah ada nama ke?"

"Belum lagi.." kata Irhan Hakimie.

Sarah Aliya hanya mendengar.Bayi kecil itu mula bergerak-gerak.

🌻🌻🌻

Pada petang itu,Encik Irham,Puan Sri Irma dan Tan Sri Umar duduk di halaman rumah sambil minum petang.

"Rindunya kat Iris.." luah Puan Sri Irma.

"Simpan je lah rindu awak tu,Irma.Ris bukan pergi lama pun.Setiap hari dia video call dengan awak kan?Lagi beberapa hari dia balik lah tu.." ujar Tan Sri Umar.

Encik Irham hanya mendengar perbualan kedua ibu bapanya.

"My,jadi ke plan nak satukan Ris dengan cucu kawan mummy tu?" soalnya tidak lama kemudian.

Dia risau jika anak gadisnya itu tidak bersetuju dengan rancangan mereka.Dia sebolehnya biarlah anak gadisnya itu membuat pilihan sendiri.

Dia tidak mahu memaksa.

"Kita doa je lah supaya Ris terima cucu kawan mummy tu.Mummy bukan nak suruh dorang tu kawin terus,cuma nak kenal hati budi masing-masing je.Kalau ada jodoh,ada lah.Kalau tak de,mummy terima.." kata Puan Sri Irma.

Dia pun tidak mahu mendesak cucu kesayangannya itu.Kebetulan sewaktu perjumpaan dengan persatuan,salah seorang sahabatnya menanyakan tentang Iris Lutfiya.

Dia pun setuju sahaja tetapi awal-awal lagi dia sudah katakan jika cucunya itu tidak menerima,janganlah dipaksa.



30 Jun 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now