Iris Lutfiya|9

6.2K 270 6
                                    

Beberapa bulan kemudian,

Iris Lutfiya dan Irhan Hakimie sudahpun mengikat tali pertunangan.

Bunyi panggilan telefon menyentakkan Iris Lutfiya yang sedang melukis.Tertera nama papanya.Dia pantas menekan butang hijau.

"Hello,budak.Datang hospital sekarang.Mama kau ada kat sini.."

Belum sempat Iris Lutfiya ingin membalas,talian sudah diputuskan.Hatinya mula resah apabila mendengar khabar berita tentang mamanya.

Dia mula mengemas barang-barangnya.Kunci kereta dan handbag segera dicapai.

Dia tiba di hospital beberapa minit kemudian.Kelihatan papanya sedang duduk di ruangan menunggu.

"Pa.."

Encik Irham memandang Iris Lutfiya dengan penuh kebencian.Pipi anak muda itu terus ditampar laju.

Terkaku Iris Lutfiya dibuatnya.Dia memegang pipinya yang terasa perit.

"Ni semua salah kau!Kalau tak disebabkan mama kau tu nak jumpa sangat kau,dia takkan kemalangan!Tengoklah apa yang kau dah buat!" kata Encik Irham.

"Mama nak jumpa Ris?Mama tak cakap pape pon pada Ris.." balasnya sedikit terkejut dengan pernyataan papanya.

"Dia nak jumpa kau sebab hari ni hari lahir kau!Dia nak surprisekan kau!Aku dah halang tapi dia tetap degil nak jumpa kau!Kau ni memang menyusahkan betul lah!"

Leher Iris Lutfiya yang ditutupi shawl itu dicekik agak kuat dan Encik Irham menolak tubuh anak muda itu ke dinding.

"Pa..pa.."

Air mata Iris Lutfiya mula mengalir jatuh membasahi pipinya.

"Aku benci kau!Kau tak sepatutnya hidup,Iris!Sepatutnya dari kau lahir lagi aku dah bunuh kau!Kau memang suka bagi kesusahan pada aku kan!"

Iris Lutfiya sudah meronta-ronta mahu dilepaskan.

"Ya Allah,pak cik!"

Sarah Aliya dan Qisya Elza segera mendekati mereka dua beranak.Sebelum Iris Lutfiya tiba di hospital itu,dia sempat menghubungi Irhan Hakimie dan dua sahabatnya.

"Nasib kawan kau datang.Kalau tak,memang mati aku kerjakan kau!"

Encik Irham melepaskan Iris Lutfiya.Iris Lutfiya sudah terbatuk-batuk.

"Ris,kau okay?" soal Qisya Elza sedikit cemas.

Iris Lutfiya hanya mengangguk.Tidak mampu untuk berkata-kata.

Seorang doktor perempuan keluar dari ruangan kecemasan itu.Encik Irham segera mendekati doktor itu.

"Doktor,isteri saya okay kan?"

"Encik,bawa bersabar.Puan Laura baru sahaja jalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku yang ada di kepalanya.Lagi satu,berdasarkan pemeriksaan yang saya lakukan ke atas Puan Laura,kami dapati Puan Laura menghidap penyakit kanser pangkal rahim stage 4.Encik tahu apa-apa tak pasal ni?"

"Tak,doktor.Doktor salah check kot.Isteri saya sihat je selama ni.Tak mungkin dia ada kanser.."

Iris Lutfiya juga terkejut mendengar berita itu.Selama ini,dia melihat mamanya baik-baik sahaja.Tiada tanda-tanda sakit.

"Mungkin Puan Laura tak nak encik dan semua susah hati.Kalau tak de pape,saya minta diri dulu.."

Doktor itu segera beredar dari situ.Irhan Hakimie yang baru tiba sempat mendengar penerangan doktor itu.

"Puas hati kau?!" jerkah Encik Irham.

"Pa,Ris tak tahu apa-apa.Kenapa papa nak salahkan Ris?"

"Sebab kau isteri aku ada kat sini.Sebab kau!"

🌻🌻🌻

Iris Lutfiya dan Irhan Hakimie duduk di kafe memandangkan mereka telah selesai memesan dan membayar makanan.

Iris Lutfiya hanya mendiamkan diri.Matanya masih merah disebabkan air mata yang masih belum berhenti mahu bergenang di tubir matanya.

Dia hanya membeli sebotol air mineral.Langsung tiada selera mahu makan.

"Iris,makan sikit.." ujar Irhan Hakimie.

"Tak pe.You makanlah.Sorry,kalau I susahkan you.."

"Tak.You tak susahkan I.I kan tunang you.."

Walaupun Irhan Hakimie belum sepenuh hati menerima yang kini dia telah bergelar tunangan orang,dia cuba untuk menyesuaikan diri.

Iris Lutfiya memandang wajah Irhan Hakimie yang bersih tanpa sebarang jerawat.

"You akan tetap bersama dengan I kan?You takkan tinggalkan I kan?"

"You cakap apa ni?"

"I tak boleh bayangkan kalau mama tinggalkan I.Kalau mama tinggalkan I,I dah tak de sesiapa dah.I cuma ada you je.."

"Apa you cakap ni?Kita doakan yang terbaik untuk mama ye?Lagi satu,kalau betul mama tinggalkan you,you takkan keseorangan Ris.You ada I dengan mummy,you ada papa you.Okay?" pujuk Irhan Hakimie.

Iris Lutfiya melepaskan keluhan.





24 May 2020

Selamat hari raya guys😍

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now