Iris Lutfiya|23

6.3K 223 26
                                    

Iris Lutfiya keluar dari bilik air sambil memegang pregnancy test.Mata dipejamkan seketika.Berharap double lines.

Perlahan-lahan matanya dibuka.Teruja dia melihat keputusan pada pregnancy test itu.Double lines!

Disebabkan sudah lebih dua minggu dia tidak datang bulan,dia mengambil keputusan mahu memeriksa sama ada dia berbadan dua mahupun tidak.

Tidak sabar mahu memberitahu semua orang terutama suaminya.Dia tidak ke galeri pada pagi itu.

Dia mahu berjumpa papanya.Mesti papanya gembira dengan berita kehamilannya.Dia tiba di rumah Encik Irham.

Buka sahaja pintu kereta,dia terus memeluk tubuh Encik Irham yang sedang berdiri di halaman rumah itu.

Terkejut Encik Irham dengan tindakan Iris Lutfiya.

"Kau kenapa ni?!"

Iris Lutfiya segera melepaskan pelukan.Terkejut dia dengan tengkingan papanya.

"Datang-datang peluk orang!Psiko ke?!"

"Err..tak salah kan Ris nak peluk papa?Ris happy sangat.Papa bakal dapat cucu tak lama lagi.." ujarnya bersama senyuman manis terukir di bibirnya.

Encik Irham sedikit tercengang dengan berita itu.

"Papa tak happy ke?Ke papa takkan mengaku anak Ris sebagai cucu papa?" soal Iris Lutfiya apabila papanya seakan tiada reaksi dengan berita kehamilannya itu.

"Han dah tahu?"

"Belum.Papa orang pertama yang Ris bagitahu.."

"Jagalah kandungan kau tu elok-elok.."

🌻🌻🌻

"Hurm..nak masak apa eh malam ni?" ujar Iris Lutfiya sambil berfikir-fikir di dapur.

Dia kemudian mencapai fon yang berada di atas meja.Nombor suaminya didail.

"Ada apa,Ris?"

"You,boleh tak you balik rumah malam ni?I nak masak special malam ni.." pintanya.

"Err..sorry,Ris.."

Belum sempat Irhan Hakimie menghabiskan kata-katanya,Iris Lutfiya segera memintas.

"Tak pe lah kalau you busy.I faham.Lagipon,dalam minggu ni you dah luangkan masa dengan I kan?I letak dulu lah.Assalamualaikum.."

Talian segera dimatikan.Keluhan dilepaskan.Dia sendiri tidak tahu kenapa dia sangat terasa hati apabila suaminya itu tidak dapat pulang malam itu.

Selalunya,dia okay sahaja.Mungkin kesan daripada dia yang sudah berbadan dua.Cepat dan mudah terasa hati.

Nampak gayanya dia tidak dapat berkongsi berita kehamilannya itu bersama Irhan Hakimie.Tidak mengapalah,esok kan ada?

Tidak lama kemudian fonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Dia kembali tersenyum.Pasti suaminya sudah berubah fikiran.Dia melihat si pemanggil.Rupanya Sarah Aliya.

Punat hijau pantas ditekan.

"Hello.."

"Assalamualaikum,Ris.."

"Waalaikumussalam,Liya.Liya,aku ada surprise untuk kau.Kau bakal jadi mak cik tak lama lagi.."

"Weh,serius lah?!Tahniah beb.Qis dah tahu ke belum ni?"

"Terima kasih.Erm..Qis belum tahu lagi.Nanti aku bagitahu dia.Han pun belum tahu lagi ni.."

"Han belum tahu?Kenapa tak bagitahu dia lagi?Tak baik tau kau sorok kandungan kau dari dia.Dia suami kau.Ingat tu.Apa-Apa berkaitan kau,dia kena tahu.." nasihat Sarah Aliya di talian.

"Aku ingatlah.Dia busy hari ni.Aku malas lah kacau dia.Erm..kau teman aku malam ni boleh?Bosan lah.."

"Boleh.Lepas maghrib aku pergi rumah kau.."

"Okay.Thanks,Liya.Sayang kau.."

"Sayang kau juga.."

🌻🌻🌻

Malam itu,Irhan Hakimie duduk di ruang tamu.Qisya Elza yang sudah mula sarat itu perlahan-lahan mendekati suaminya.

"Abang kenapa ni?Fikir pasal kerja ke pasal Iris?" soalnya ingin tahu.

"Iris minta abang balik malam ni.." balas Irhan Hakimie.

"Kalau macam tu,abang balik lah.Qis okay.."

"Sayang,minggu ni baru hari ni abang balik sini.Apa salahnya abang luangkan masa dengan sayang?"

Dia tidak dapat bertemu Qisya Elza kerana kehadiran mummynya di rumahnya bersama Iris Lutfiya.

Agak lama juga Datin Hasna bermalam di rumah mereka.

"Ye,Qis faham tapi setiap kali abang balik sini,Qis rasa bersalah sangat pada Ris.Abang faham kan?"

"Abang faham tapi sayang pun isteri abang.Sayang pun ada hak ke atas abang.Sama macam Ris.."

Tiba disaat itu,Qisya Elza mengaduh.Irhan Hakimie mula cuak.Risau takut terjadi apa-apa terhadap Qisya Elza.

"Sayang,kenapa?"

"Baby kick.."

Irhan Hakimie mengusap lembut perut Qisya Elza.Mereka berdua tersenyum.




13 Jun 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now