Iris Lutfiya|21

6.4K 217 35
                                    

Iris Lutfiya tiba di rumah Encik Irham bersama suami tercinta.Mereka berkumpul di ruang tamu.

"Ada apa datang rumah ni,Iris?Aku ni dah tak penting dalam hidup kau.Kau kan dah berlaki.Buat apa datang sini lagi?" sinis Encik Irham berkata.

Iris Lutfiya cuba memaniskan wajahnya.

"Ris datang ni nak lawat papa.Walaupun Ris dah berumahtangga,Ris tak pernah lupakan papa.Papa lah satu-satunya papa Ris.." balasnya.

Irhan Hakimie memandang wajah isterinya.Sungguh dia berasa simpati terhadap isterinya yang cuba menagih kasih dari bapa mertuanya.

"Betul cakap Iris tu,pa.Walaupun Iris dah jadi isteri Han,Iris tetap anak papa.Tetap takkan berubah apa-apa.." ujarnya pula.

"Kau jaga je lah rumahtangga kau,Han.Tak payah nak ajar aku.Aku tahu apa yang aku buat.Kau didik lah dia.Semoga rumahtangga korang kekal hingga ke jannah.."

Encik Irham mula beredar naik ke bilik.Irhan Hakimie mengusap lembut bahu isterinya.

"You tak payah lah ambil hati apa yang papa cakap.." ujarnya.

"I tak tahu apa punca papa tak suka I.Han,I harap sangat you akan selamanya ada bersama I.You adalah kekuatan I,Han.."

Tangan Iris Lutfiya mengenggam erat tangan suaminya.

"Ye,I takkan tinggalkan you.." kata Irhan Hakimie bersama senyuman nipis terukir di bibirnya.

🌻🌻🌻

"Ris,I pergi dulu.Anything call me,okay?" ujar Irhan Hakimie di muka pintu utama rumah.

"Okay,you kerja elok-elok okay?I kesian lah pada you.You kan boleh je buat kerja kat rumah ni.Perlu ke pergi ofis malam-malam ni?" kara Iris Lutfiya seakan tidak mahu lepas suaminya itu ke pejabat pada malam itu.

"Ris,I lagi selesa buat kerja ofis.Kalau I bawa balik kat rumah,nanti I tak de masa nak layan you.Mesti you bosan kan?"

"Hurm..yelah.Take care.I love you.."

Irhan Hakimie hanya mengangguk.Dia membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam.

Disaat dia menggerakkan keretanya,Iris Lutfiya melambai-lambai tangan kepadanya.

Beberapa minit kemudian,dia tiba di rumahnya bersama Qisya Elza.Kelihatan isteri pertamanya itu sedang duduk termenung di halaman rumah.

Dia pantas mendekati Qisya Elza.

"Sayang,buat apa kat luar ni?" tegurnya.

Qisya Elza tersedar dari lamunan.Terkejut sedikit dengan kehadiran Irhan Hakimie.

"Abang.."

"Sayang tak jawab lagi soalan abang.."

"Err..abang datang sini,Ris tahu?"

Irhan Hakimie melepaskan keluhan.

"Sayang,dah beberapa malam abang teman sayang kat sini kan?Lupa lah tu.Kan abang cakap abang bagi alasan abang pergi ofis kat Ris.Ris faham.."

"Abang,sampai bila kita nak menipu Ris?Qis serba salah lah.Qis jadi tak selesa bila jumpa Ris.Qis dah tak rasa Ris tu sahabat Qis bila Qis jadi isteri abang.Qis dah tak nak menipu Ris.Kesian dia.."

Irhan Hakimie meraup wajahnya.Sejujurnya dia juga rasakan apa yang Qisya Elza rasa.Dia tidak tahu sampai bila dia harus menipu Iris Lutfiya.

"Sayang,abang pun tak nak menipu Ris.Sepanjang dia bergelar isteri pada abang,dia seorang isteri yang baik.."

"Jadi apa tindakan abang?"

Irhan Hakimie hanya diam.Tidak lama kemudian,dia kembali bersuara.

"Kita tunggu masa yang sesuai ye?"

🌻🌻🌻

Sedang Iris Lutfiya mencari barang lukisannya,dia ternampak kelibat yang amat dikenalinya.Irhan Hakimie pula hilang entah ke mana.

"Aqif?"

Aqif Iman kelihatan agak terkejut melihat gerangan yang menegurnya.

"You sorang je?Qis mana?"

Iris Lutfiya tercari-cari kelibat sahabat baiknya itu.

"Err.."

Belum sempat Aqif Iman menghabiskan kata-katanya,dia terpandang Irhan Hakimie yang mula mendekati mereka.

Mereka mula bersalaman sesama sendiri.Kemudian,masing-masing hanya berlagak selamba.Seperti tiada apa yang berlaku.

"You tak jawab lagi soalan I,Qif.Qis mana?You ada masalah ke dengan dia?Yelah,majlis kami pun you tak datang.Erm..by the way,tahniah.Jaga Qis dengan anak you baik-baik,okay?"

Mendengar ayat terakhir Iris Lutfiya membuatkan mata Aqif Iman terbuntang.Qisya Elza mengandung?

Dia memandang tajam ke arah Irhan Hakimie.Kenapa lelaki itu tidak berterus terang tentang Qisya Elza?Kenapa tidak bagitahu Iris Lutfiya hal yang sebenar?

"Ris,you tak tahu lagi ke?"

Irhan Hakimie mula kelihatan cuak.

"Ris,you dah siap cari barang lukisan you kan?Jom balik.I lapar lah.."

Iris Lutfiya hanya mengangguk.

"Kami pergi dulu.."

Tangannya sudah ditarik oleh Irhan Hakimie untuk beredar dari situ.

Pelik dia dengan tindakan suaminya.

Masuk sahaja ke dalam kereta,Iris Lutfiya mula bertanya.

"You,kenapa ni?Aqif tak habis cakap lagi.."

"Dia saja nak mengurat you lah tu.." laju sahaja Irhan Hakimie membalas.

Iris Lutfiya tersenyum.

"Are you jealous?"

"Dah lah,jom gerak.."

Irhan Hakimie tidak membalas pertanyaan Iris Lutfiya sebaliknya mula menggerakkan kereta.



11 Jun 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now