Iris Lutfiya|22

6.2K 217 7
                                    

Memandangkan hari itu hari minggu,Iris Lutfiya menemani ibu mertuanya membeli-belah.

Irhan Hakimie tidak ikut sekali kerana katanya ada urusan kerja.Datin Hasna tidak mempercayai kata-kata anak lelakinya.

Dia dapat rasakan yang anak tunggalnya itu meluangkan masa bersama Qisya Elza.Disebablan itu,dia membawa menantu kesayangannya itu keluar.

Sedang mereka memilih blouse di sebuah butik,Datin Hasna terpandang ke arah pasangan yang amat dikenalinya.

Turun naik nafasnya melihat pasangan itu yang sedang membelek baju bayi di sebuah kedai barangan keperluan bayi yang berhadapan dengan butik yang dia dan Iris Lutfiya berada.

Mujur sahaja kedai barangan keperluan bayi itu jauh dari mereka kerana di tengah-tengah mereka ada eskalator.

Sakit hati Datin Hasna dengan perangai mereka berdua.Dia memandang Iris Lutfiya yang masih membelek-belek blouse.

"Mummy,mummy okay tak?Ris tengok macam pelik je mummy ni.." ujar Iris Lutfiya apabila memandang ibu mertuanya.

"Tak de pape lah,Ris.Ris dah pilih ke?"

"Belum lagi lah,mummy.Rambang mata pula Ris tengok blouse kat sini.Tak tahu nak pilih yang mana.Semua cantik.." balas Iris Lutfiya sambil tersengih.

Dia sememangnya susah sikit kalau dah rambang mata.Nanti semua dia nak borong.

"Kalau Ris berkenan,ambil je.Mummy belanja.."

"Tak pe lah,my.Segan lah.." tolak Iris Lutfiya.

"Ris menantu mummy.Tak payah nak segan-segan.Ambil je.."

Iris Lutfiya terpaksa mengalah apabila ibu mertuanya berkata begitu.Sebolehnya dia tidak mahu namun Datin Hasna masih berkeras mahu membelanja dirinya.

"Terima kasih,mummy.."

🌻🌻🌻

Malam itu,Irhan Hakimie berada di rumahnya bersama Iris Lutfiya memandangkan mummynya mahu tidur di rumah mereka.

Irhan Hakimie memeluk tubuh sambil berdiri menghadap kolam renang.

Datin Hasna pantas mendekati anak tunggalnya itu.

"Mummy tak suka apa yang Han buat siang tadi.Tipu Iris katanya ada kerja kat ofis sedangkan pergi teman Qisya cari baju baby.Apa ni,Han?" ujarnya tidak puas hati.

Terkejut Irhan Hakimie apabila mummynya tiba-tiba berdiri di sebelahnya dan berkata sebegitu.

"Mummy nampak?"

"Kamu dengan Iris,kamu boleh lah simpan elok-elok apa yang kamu buat belakang dia tapi dengan mummy,kamu tak boleh,Han.Cuba kamu fikir.Kalau Iris yang nampak kamu berdua tadi,apa dia rasa?Tolong lah,Han.Mummy kesiankan Iris.."

Iris Lutfiya menatang dulang ke luar rumah.

"Mummy,you.Jom minum.Ris dah sediakan ni.." katanya sambil mendekati mereka.

Mereka berdua berpaling ke arah Iris Lutfiya.Mereka mula berlalu ke arah kerusi dan meja yang berdekatan dengan kolam renang itu.

Iris Lutfiya menuang minuman yang dibancuhnya tadi ke dalam setiap cawan.

"Jemput minum,mummy,you.." pelawanya.

"Terima kasih,Ris.." ucap Datin Hasna.

🌻🌻🌻

Iris Lutfiya membetulkan tali leher suaminya.Dia tersenyum.

"Hensem dah husband I ni.." ujarnya setelah siap mengikat tali leher Irhan Hakimie.

"I gerak dulu ye?"

"Sarapan you?I dah sediakan.." kata Iris Lutfiya sedikit kecewa apabila suaminya berkata begitu.

"I rasa tak sempat lah,Ris.Pagi ni, I ada meeting penting.." balas Irhan Hakimie sambil mencapai fonnya.

"Okay lah kalau macam tu.You janhan lupa sarapan,okay?Nanti perut you masuk angin.." pesan Iris Lutfiya.

Irhan Hakimie mengangguk.Mereka berdua mula keluar dari bilik dan berlalu turun ke tingkat bawah.

Datin Hasna yang sedang enak bersarapan itu memandang ke arah anak menantunya yang baru turun.

"Han,mari sarapan.." ajaknya.

"Tak sempat,my.Han ada meeting penting.." balas Irhan Hakimie kemudian dia menyalam Datin Hasna.

Iris Lutfiya mengikuti langkah suaminya ke luar rumah.Irhan Hakimie menghulurkan tangan kanannya kepada Iris Lutfiya.Iris Lutfiya menyambut dan menyalam penuh hormat suaminya itu.

"I pergi dulu.."

"Take care.."



12 Jun 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now