Iris Lutfiya|34

9.1K 284 21
                                    

Beberapa hari kemudian,

Mereka menuju ke KLIA untuk menghantar Iris Lutfiya yang akan berangkat ke negara Korea.

"Ris betul ke ni nak tinggalkan tok mummy ni?" ujar Puan Sri Irma yang berat hati mahu melepaskan cucu kesayangannya itu pergi.

"Ris pergi sekejap je.Nanti Ris balik.Okay?"

Tubuh neneknya itu dipeluk erat.Puan Sri Irma membalas pelukan Iris Lutfiya.Tidak lama kemudian,pelukan dileraikan.

"Kau sure tak nak aku teman sekali?" soal Sarah Aliya.

"Sure.Lagipon,aku tak nak susahkan kau.Kau kan ada butik kat sini.."

"Habis galeri kau tu?"

"Galeri aku tu,aku dah suruh anak buah aku jagakan.Aku yakin dorang takkan kecewakan aku dan aku amanahkan kau jagakan sekali,boleh?"

"Okay.."

Mereka dua juga berpelukan.Sempat Iris Lutfiya menyampaikan pesanan.

"Kalau Qis dah bersalin nanti,roger kat aku eh?"

"Ye lah.." balas Sarah Aliya perlahan.

Dia kagum dengan sikap Iris Lutfiya.Langsung tidak berdendam.Kalau dia,entah lah.

Pelukan dileraikan.

Iris Lutfiya menyalam tangan papanya.Tubuh papanya dipeluk erat bagaikan tidak mahu lepas.

"Ris pergi dulu,pa.." ujarnya.

"Ye lah.Hati-hati kat sana.Kalau ada yang berkenan di hati,bawa dia jumpa papa.Okay?"

Iris Lutfiya hanya diam apabila papanya mengutarakan soal itu.Dia tidak mahu berfikir soal itu lagi buat masa ini.

Dia bergerak ke arah Tan Sri Umar pula.Dia menyalam Tan Sri Umar dan memeluk tubuh atuknya itu.

"Ris pergi dulu,tok daddy.Jagakan tok mummy dengan papa untuk Ris,okay?"

"Okay,sayang.Ris hati-hati kat sana.Selalu ingatkan kami.Jaga diri,jaga solat,okay?"

"Okay.."

Tiba disaat itu,kedengaran pengumuman yang menyatakan penerbangan ke Korea bakal berlepas tidak lama lagi.

Iris Lutfiya terasa berat hati mahu meninggalkan bumi Malaysia itu.Kenangan ada di situ satu persatu berlayar di kepalanya.

Betulkah keputusannya itu?

🌻🌻🌻

Dia mengambil tempat duduknya.Kelihatan seorang lelaki sudahpun duduk di  bahagian tepi tingkap.

"Kau pun nak ke Korea juga ke?" soal lelaki yang berada di sebelahnya itu.

Tanpa bersuara,Iris Lutfiya hanya menganggukkan kepalanya.

"Tak de suara ke?Sakit tekak?" soal lelaki itu lagi.

Tidak puas hati apabila soalannya tidak dibalas gadis yang duduk di sebelahnya itu.

Manis.

Tapi sombong.

"You tak nampak ke I angguk tadi?" kata Iris Lutfiya.

Suka hati dia lah nak bersuara ataupun tidak.Apa masalah lelaki itu?

Nak bergaduh ke?

"Ada suara rupanya.Ingatkan bisu tadi.."

"Encik tak tahu nama,suka hati I lah nak keluarkan suara ke tak.Encik tak puas hati ke?" soal Iris Lutfiya sedikit sinis.

"Okay,fine.Sorry kalau kau rasa aku desak kau untuk keluarkan suara.Aku bosan lah.Aku pergi Korea ni sebab nak jumpa abang aku.Dia menetap kat sini.By the way,aku Razeen Fiqri.Panggil aku Fiq je.."

"Iris.Iris Lutfiya.."

Razeen Fiqri tersengih selepas mendapat tahu nama gadis itu.

"Iris?Iris tu bukan ke kat bahagian mata tu?"

Iris Lutfiya memandang lelaki yang berada di sebelahnya itu dengan pandangan yang agak tajam.Suka hati je kutuk nama dia.

"I rasa sedap je nama I tu.Arwah mama I yang bagi nama I.."

Razeen Fiqri mematikan sengihan apabila mendengar kata-kata Iris Lutfiya.

"Sorry,aku gurau je.Jangan ambil hati.."

Iris Lutfiya mengalihkan pandangannya ke arah lain.Dia berpeluk tubuh.

🌻🌻🌻

Qisya Elza mengusap perlahan perutnya yang kian membesar di atas katil.Dia sebenarnya sedang menghitung hari untuk bersalin.

"Sayang.."

Qisya Elza tersenyum ke arah suaminya.

"Abang,abang sayang Iris tak?Abang pernah tak rasa bersalah buat Iris macam tu?" soal Qisya Elza ingin tahu.

"Tipulah kalau abang cakap abang tak pernah rasa bersalah atas apa yang dah berlaku.Iris seorang gadis yang sangat baik.."

"Iris memang baik.Qis beruntung sebab dapat seorang sahabat macam dia tu.."

Irhan Hakimie hanya mengiyakan apa yang diperkatakan isterinya itu.Sungguh dia tidak boleh menafikan.Iris Lutfiya seorang gadis yang memang baik.

Dia berdoa semoga gadis itu dapat menemukan kebahagiaan di luar sana.

"Abang,Qis takut lah nak bersalin.Qis takut kalau Qis.."

Kata-kata Qisya Elza dipintas oleh suaminya.

"Shh.Kita sama-sama doa okay?Abang tak suka lah sayang cakap yang bukan-bukan macam ni.." pintas Irhan Hakimie.

Tubuh isterinya itu didakap perlahan.Tidak lama kemudian,dapat dirasakan tubuh longlai isterinya.

"Qis?"

Dalam hati dia berdoa semoga isterinya dalam keadaan baik-baik sahaja.Dia segera mendukung isterinya untuk dibawa ke hospital.


28 Jun 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now