Iris Lutfiya|50

10.1K 299 21
                                    

Iris Lutfiya tidak dapat tidur pada malam itu.Beberapa kali juga dia memaksa dirinya untuk tidur namun masih sama.

Dia sekejap mengiring ke kanan,sekejap mengiring ke kiri.Adakah disebabkan dia sakitkan hati suaminya menjadi penyebab dia tidak boleh tidur?

Dia mula memikirkan cara untuk memujuk kembali suaminya.Dia menatap wajah si suami.

Sedang dia memikirkan cara untuk memujuk Razeen Fiqri,tekaknya tiba-tiba terasa mual.

Sedaya upaya dia menahan.Sayangnya bomboloni yang yang diidamkan terpaksa dimuntahkan.

Disebabkan sudah tidak tahan,dia berlari menuju ke bilik air.

Razeen Fiqri yang berpura-pura tidur membuka mata apabila terdengar isterinya itu muntah.

Dia hanya menunggu isterinya itu keluar.Namun pada masa yang sama,dia risau takut isterinya itu pengsan seperti di rumah tok ma dan tok pa.

Apabila lampu bilik air dipadam,dia kembali memejamkan matanya.Dalam hati dia mengucap syukur kerana isterinya itu tidak pengsan.

Iris Lutfiya duduk di atas katil.Dia memandang sekilas suaminya yang nyenyak tidur.Dia sedikit terasa hati apabila suaminya itu langsung tidak sedar disaat dia dalam keadaan sebegitu.

Namun,bila difikirkan kesalahannya,dia membuang jauh-jauh perasaan itu.Hati suaminya lagi sakit dengan kata-katanya siang tadi.

Dia mula membaringkan tubuhnya di atas dada bidang suaminya.Tangan kanannya diletakkan di atas perut suaminya.Mata dipejamkan.

Setelah memastikan isterinya itu lena,Razeen Fiqri mengukirkan senyuman di bibir.Tangan kirinya mengusap perlahan kepala si isteri.

Dia mula memejamkan matanya.

🌻🌻🌻

Pagi itu,Iris Lutfiya menyediakan sarapan seperti biasa.Mujurlah hari itu hari Sabtu.Suaminya pun tidak ke pejabat.Jadi bolehlah dia menjalankan misi memujuk si suami.

"Sayang.." ujarnya disaat terlihat suaminya yang baru turun dari anak tangga.

Dia mendekati suaminya.Lengan suaminya dipaut mesra.Razeen Fiqri hanya membiarkan.

Dia ingin melihat sejauh mana isterinya itu dapat memujuknya.

"Jom sarapan.I masak nasi lemak.You suka kan?"

Razeen Fiqri tidak membalas.Iris Lutfiya geram melihat reaksi suaminya.Macam tengah bercakap dengan robot atau lebih tepat patung.

Dia membawa suaminya ke meja makan.

"Sayang,malam tadi kan I muntah.You tak sedar pun.." katanya sambil menceduk nasi lemak ke pinggan suaminya.

Razeen Fiqri masih sama.

Iris Lutfiya sedaya upaya menahan dirinya untuk terus bersabar.Dia yang mulakan jadi dia kena tanggung.Jangan merungut.

Sambal udang,timun dan telur rebus yang sudah dipotong dua diletakkan ke dalam pinggan suaminya.

"Dah,sayang dah boleh makan.." ujarnya sambil menghadiahkan senyuman manis buat suami tercinta.

Razeen Fiqri menadah tangannya untuk berdoa.Iris Lutfiya yang melihat turut menadah tangan.Dia tersenyum apabila dapat mendengar suara si suami.

Baca doa pun boleh lah.Janji dapat dengar suara Razeen Fiqri.

🌻🌻🌻

Selesai sahaja bersarapan,Razeen Fiqri menuju ke ruang tamu.Iris Lutfiya yang sudahpun siap mengemas meja makan,turut ke situ.

Dia duduk di sebelah suaminya.

"Sayang,you ni sombong lah.." ujarnya tidak lama kemudian.

Razeen Fiqri menyembunyikan senyuman.Suka mendengar isterinya itu merungut.

"Tak pe lah kalau you tak nak cakap dengan I.You dengar pun I dah bersyukur walaupun you diam.Suara I kan sedap?"

Razeen Fiqri sedaya upaya untuk tidak ketawa.Sejujurnya,dia sudah tidak tahan.

"Sayang,sayang rasa baby kita lelaki ke perempuan?I kalau boleh nak baby lelaki.Mesti dia hensem macam you.Kalau perempuan dia mesti cantik macam I?Betul tak?"

Melihat suaminya yang seakan tidak berminat dengan apa yang diperkatakan,dia mula berdiri.

Sakit hati cakap seorang diri.Dia mula melangkah dari situ.

Akhirnya terlepas juga ketawa yang ditahan oleh Razeen Fiqri setelah memastikan isterinya itu sudah tiada di ruang tamu.

Iris Lutfiya yang berdiri di sebalik anak tangga itu mendengar ketawa suaminya.Pelik dia.

Jadi suaminya itu pura-pura sahaja merajuk dengan dia?Bertuah punya suami.

Dia keluar dari tempat persembunyiannya.Terkejut beruk Razeen Fiqri dibuatnya.Serta-merta ketawanya mati.

Dia sempat membuat tanda peace kepada Iris Lutfiya.

Iris Lutfiya meluru ke arah suaminya lalu dicubitnya pinggang suaminya.

"Sayang ni jahatlah!" ujarnya geram.

"Sorry,honey.."

Iris Lutfiya melepaskan pinggang suaminya.Dia memeluk pinggang suaminya lalu disembamkan wajahnya ke dada suaminya.

"Jangan merajuk lagi tau.." pesan Iris Lutfiya.

"Sayang merajuk honey berkira?Bila honey merajuk,sayang okay je.Mana adil macam tu.." kata Razeen Fiqri tidak puas hati.

Pelukan dileraikan.

"I normal lah kalau merajuk.I perempuan.Nampak comel gitu kalau merajuk.Sayang tak boleh sebab sayang lelaki.Tak hensem kalau merajuk.Nampak buruk.."

Iris Lutfiya ketawa.

"Elok lah tu kutuk suami sendiri.Honey ni memang suka dapat dosa free ke macam mana?" perli Razeen Fiqri.

Iris Lutfiya tersentap dengan kata-kata suaminya.

"Okay-okay.Tak kutuk dah.Maafkan I eh?"

"Tahu takut.."






9 Julai 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now