Iris Lutfiya|44

8.6K 293 34
                                    

Iris Lutfiya baring membelakangi suaminya.Dia masih terasa pasal tadi.Tiba-tiba sahaja kena marah.Kalau tidak suka,tegurlah elok-elok.

Tetapi bila difikirkan semula salahnya juga kerana dia tidak meminta izin untuk melawat mereka.Dia sendiri buntu.

Agak lama juga dia berperang dengan perasaan sendiri.Dia memusingkan tubuhnya menghadap si suami yang sudah lena.

Lama dia menatap wajah Razeen Fiqri.Perasaan bersalah mula timbul di benak hati.

"I'm sorry,sayang.I tak sepatutnya buat you marah.I tahu you marah sebab you sayangkan I.." ujarnya sambil mula memeluk lengan suaminya.

Pipi suaminya dikucup mesra.

"Sayang pun nak minta maaf sebab marahkan honey.Sayang takut honey akan kembali semula pada Irhan.Dia kan tengah sakit.Honey menangis sebab dia kan?Sayang tak boleh terima.Kalau sayang kat tempat Irhan,honey menangis macam tadi tak?"

Iris Lutfiya sedikit terkejut mendengar suara suaminya.Dia fikir suaminya itu sudah tidur rupanya belum.

Razeen Fiqri mengambil tangan isterinya lalu dikucup sayang.Iris Lutfiya membaringkan kepalanya pada suaminya.

Razeen Fiqri mengusap lembut belakang tubuh isterinya.Sebelah tangan lagi membelai-belai rambut Iris Lutfiya.

"I pun nak minta maaf sebab tak minta izin you tadi.I terkejut sangat.."

"Tak pe lah.Yang pastinya sayang sakit hati tengok air mata honey tadi.." jujur Razeen Fiqri berkata.

"Okay tapi jangan lah cakap macam tadi tu.You buat I takut.Kalau betul-betul you kat tempat Irhan,I takkan maafkan diri I.."

"Okay,sayang tak cakap dah.Tahu takut.."

Hidung Iris Lutfiya dicuit.

"Mestilah I takut.."

"Dah,sekarang ni kita tidur.Dah lewat malam ni.Sayang dah mengantuk.."

Iris Lutfiya mengangguk.Mata mula dipejamkan.

"Good night.." bisik Razeen Fiqri.

"You too.."

🌻🌻🌻

Qisya Elza mula sedarkan diri beberapa hari kemudian.Air matanya gugur disaat Datin Hasna memberitahu anaknya yang baru beberapa bulan dilahirkan sudah tiada.

Dia merasakan dia bukanlah seorang ibu yang baik.Dia punca anak kecil itu meninggal dunia.Dia meraung di dalam bilik itu.

Iris Lutfiya,Razeen Fiqri dan Sarah Aliya turut berada.Iris Lutfiya memeluk tubuh Qisya Elza bagi menyalurkan kekuatan.

"Qis,kau sabar eh?"

Belakang badan sahabatnya itu dusap perlahan.

"Semua ni balasan untuk aku.Untuk aku,Ris.Kenapa bukan aku yang meninggal?Kenapa anak aku?" rintih Qisya Elza di dalam pelukan Iris Lutfiya.

"Shh.Tak baik kau cakap macam tu.Semua yang jadi ni ada hikmahnya.Kau kena kuat.Kau tak keseorangan.Kau ada kitaorang.Kau ada Han.Han perlukan kau.." pujuk Iris Lutfiya.

Irhan Hakimie masih belum sedarkan diri.Itu yang membuatkan mereka semakin risau.

"Han mesti salahkan aku sebab aku punca anak kami meninggal.Aku tak jaga anak aku baik-baik.."

"Qis,dah.Kemalangan tu dah ditakdirkan.Bukan salah kau mahupun salah sesiapa.Kau kena redha.."

🌻🌻🌻

Razeen Fiqri memandang isterinya yang sedang mengelap meja makan selepas mereka selesai makan tengahari bersama pada hujung minggu itu.

"Kenapa pandang I macam tu?" soal Iris Lutfiya yang dari tadi perasan suaminya itu asyik memandangnya.

Dia ada buat salah lagi ke?

"Tak de apa,honey.Sayang suka tengok muka honey.Hilang segala masalah.Thank you,my honey bunny.."

"Ye lah tu.."

Iris Lutfiya tersengih.Terasa kembang pula Razeen Fiqri berkata begitu.

"Betul.Kalau tak percaya belah lah dada sayang ni.."

"Okay.Kejap eh?"

Iris Lutfiya berpura-pura mahu mengambil sesuatu untuk membelah dada si suami.Saja mengusik suami tercinta.Sekali sekala.Apa salahnya kan?

"Hei,honey nak pergi mana?" halang Razeen Fiqri.

"Kata tadi bagi izin I belah dada you?I nak pergi dapur.Nak ambil pisau.."

Iris Lutfiya tersengih lagi.

"Sampai hati nak buat dada sayang macam tu.Tak pe lah.Demi Puan Iris kesayangan sayang ni,sayang rela.."

Bahu Razeen Fiqri ditampar perlahan.Geram dengan perangai suaminya itu.

"Tak payah nak merepek!"

"Aduh!Sakit lah,honey.."

Razeen Fiqri menggosok-gosok bahunya yang ditampar.

"Tak baik menipu.I tampar perlahan je tadi.."

"Tak kisah lah perlahan ke kuat,janji tangan yang menampar tu tangan isteri tercinta sayang.."

Iris Lutfiya mencubit pipi suaminya.

"Apasal mulut you ni manis sangat?Geram I tahu tak?"

Razeen Fiqri ketawa.Tangan isterinya dicapai supaya berhenti mencubitnya.Kuat juga isterinya itu mencubit.

"Ni tangan ni kenapa?Dah jadi ibu ketam ke?"

"Ha'ah.." balas Iris Lutfiya selamba.

"Tapi sayang tak nak honey jadi ibu ketam.Sayang nak honey jadi ibu kepada anak anak anak anak anak anak sayang."

Membulat mata Iris Lutfiya.Banyak sangat anak tu.

"You ni.Banyaknya anak-anak you.."

"Biarlah.Baru meriah rumah kita,honey.."

"Tak de-tak de.I tak setuju.." bantah Iris Lutfiya.

"Kena setuju lah.Sayang nak setiap tahun ada baby baru.Best kan?Boleh lah,honey.."

"You jangan mengada eh?Malam ni you tidur luar!"

Iris Lutfiya beredar ke ruang tamu.Malas melayan melayan suaminya.Razeen Fiqri sudah terbahak-bahak ketawa.

Suka dia dapat mengenakan isteri tercinta.Dia tidak kisah pun berapa orang anak.Janji isteri tercinta dan anak yang bakal dilahirkan selamat dan sihat.

Itu sudah cukup baginya.



7 Julai 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now