Iris Lutfiya|28

7K 269 52
                                    

Malam itu,Iris Lutfiya duduk di birai katil.Dia cuba untuk tidak menangis.Perbualan antara Irhan Hakimie dan Akmal Wafiey terngiang-ngiang di telinganya.

Ya.

Dia dengar semuanya.

Dia sebenarnya sudah lama tiba di pejabat itu namun disaat dia ingin membuka pintu bilik suaminya,dia terdengar perbualan mereka.

Dia cuba berlagak kuat disaat masuk ke dalam bilik itu walaupun dia hampir sahaja mahu rebah disaat dia terdengar kenyataan dari si suami tercinta yang mengatakan dia sebagai isteri kedua lelaki itu.

Air matanya mula bertakung di tubir matanya.Bibirnya bergetar.Turun naik nafasnya.

Perlahan-lahan air matanya jatuh membasahi pipinya.Tangannya menyentuh perutnya yang masih belum kelihatan.

Bayi di dalam kandungannya itulah kekuatannya sekarang.

Dia kembali menenangkan dirinya.Air mata yang mengalir dilapnya agak kasar.

🌻🌻🌻

Keesokkan harinya,Iris Lutfiya mengambil keputusan untuk bertemu dengan Aqif Iman.

Dia mahu tahu apa yang telah terjadi sebenarnya.

Mereka bertemu di sebuah tasik.Iris Lutfiya duduk di kerusi yang tersedia di situ.

"Ris.." ujar Aqif Iman yang baru tiba.

Iris Lutfiya mula berdiri.Dia berpeluk tubuh sambil memansang air tasik di hadapannya.

"I nak you jujur dengan I.."

Berkerut sedikit dahi Aqif Iman dengan kata-kata Iris Lutfiya.

"Maksud you?"

Iris Lutfiya tersenyum sinis.

"You tak faham atau buat-buat tak faham?Kenapa you tak jadi kahwin dengan Qis?You tahu I terlalu cintakan Irhan tapi disebabkan you,I jadi isteri kedua dia!Ke you dengan Qis dah rancang awal-awal hal ni?"

"Ris,you salah faham ni.Seminggu sebelum majlis I dengan Qis,doktor sahkan I ada kanser.I berbelah bahagi sama ada nak teruskan majlis ataupun tidak.I tak nak Qis merana bila I tak de nanti.So,waktu majlis tu berlangsung,I tak datang.I wasap Qis,I tak boleh teruskan majlis pernikahan kami.Tak lama lepastu,I dapat tahu I tak de kanser.I happy sangat-sangat.Beberapa hari lepas tu,I jumpa dengan Irhan atas urusan kerja.Waktu tu dia bagitahu Qis isteri dia.I jadi marah.I tumbuk dia.I tak boleh terima perempuan yang I cinta dan sayang jadi milik orang lain.You fahamkan apa yang I rasa?" panjang lebar Aqif Iman menerangkan situasi yang sebenar kepada Iris Lutfiya.

Iris Lutfiya meraup wajahnya.Dia teringat kejadian di mana Irhan Hakimie pulang ke rumah Datin Hasna dengan keadaan lebam di wajahnya.

Dia menoleh ke arah Aqif Iman.Dipandangnya wajah lelaki itu.

"Habis I?I betul-betul tak sangka Han dengan Qis sanggup buat I macam ni.Dorang ingat I ni tak de perasaan ke?Selama ni Han pura-pura je ke sayang pada I?Dia pura-pura je ke cintakan I?" kata Iris Lutfiya dengan suara yang sudah bergetar.

"I tak boleh hidup tanpa Han.I terlalu sayangkan dia tapi kenapa dia sanggup buat I macam ni?"

Aqif Iman turut bersimpati dengan Iris Lutfiya.

"I tak tahu apa hikmah semua ni terjadi.Kalau I tahu dari awal perkara ni,I takkan teruskan majlis I dengan Irhan.You sepatutnya bagitahu I,Qif.It's okay.I dah tahu kebenaran ni walaupun perit untuk I terima.Terima kasih sebab luangkan masa you untuk I.I minta diri dulu.Assalamualaikum.."

Iris Lutfiya mula mencapai handbagnya.Dia segera beredar dari situ.

Pintu kereta terus dibuka.Dia menangis semahu-mahunya di dalam kereta.

Dia berasa dirinya terlalu bodoh kerana jatuh cinta pada lelaki yang langsung tidak mencintai dirinya.

🌻🌻🌻

Dia tiba di rumah agak lewat pada hari itu.Kelihatan Irhan Hakimie ada di rumah.Dia jadi tertanya-tanya.Tidak busykah lelaki itu?

Irhan Hakimie memerhati Iris Lutfiya yang terus menuju ke anak tangga tanpa menegurnya seperti selalu.

Dia jadi hairan dengan sikap Iris Lutfiya pada hari itu.Selalunya kalau berjumpa dengan dirinya,pasti gadis itu akan teruja.Tetapi tidak pada hari itu.

Dia segera menuju ke bilik.Kelihatan isterinya itu sedang menanggalkan shawl yang menutupi kepala.

"You pergi mana,Ris?Lewat you balik.." ujarnya.

"Tak ke mana pun.I ada je.." balas Iris Lutfiya tanpa memandang sedikit pun ke arah Irhan Hakimie.

Dia sebolehnya tidak mahu bertentang mata dengan lelaki itu.Hatinya menjadi sakit apabila melihat wajah lelaki itu.

Irhan Hakimie perasan yang Iris Lutfiya seakan dingin dengannya.Dia mendekati isterinya.

Tubuh isterinya dipusingkan bagi menghadapnya.

"You nak apa?"

"You kenapa ni?Lain macam je hari ni.."

"Tak de pape.Dah lah.I nak mandi.You tak pergi 'ofis' ke hari ni?Don't worry,I faham kerja you.." kata Iris Lutfiya sedikit menekan.

"Tak.I tak pergi hari ni.."

Dia tidak pergi malam ini pun kerana Qisya Elza sudahpun tinggal bersama keluarga mertuanya.Jadi,dia tidak lah risau.

Wajah Iris Lutfiya diangkat sedikit.Pelik dia dengan isterinya itu yang dari tadi menunduk.

Terkejut sedikit dia kerana melihat mata Iris Lutfiya sedikit sembab.

"You menangis ke,Ris?Sebab papa ke?Kan I pernah cakap,kalau you nak jumpa papa,jangan sorang-sorang.Tengoklah apa dah jadi?"

Iris Lutfiya memandang wajah Irhan Hakimie dengan penuh kekecewaan.Dia hanya mengiyakan sahaja apa yang lelaki itu katakan walaupun yang buat dia menangis sehak semalam bukan papanya tetapi lelaki di hadapannya itu.

"Tak pe.I dah biasa.I rasa lepas ni you tak payah ambil tahu lagi tentang I.You ambil tahu je pasal diri you.."

Irhan Hakimie semakin pelik dengan kata-kata Iris Lutfiya.Ada yang tidak kena ke?

Segera Iris Lutfiya mencapai tuala dan beredar ke dalam bilik air.Dia merenung dirinya di dalam cermin.

Dia menekup mulutnya sambil menangis teresak-esak.



22 Jun 2020

IRIS LUTFIYAWhere stories live. Discover now