WILDAN | 16

2K 136 4
                                    

   Rumahku syurgaku!

   Alisa tiba di rumahnya semasa waktu hampir menginjak senja. Penat tak usah cakaplah, siapa yang pernah memandu dalam jam saja yang faham.

   Sebaik sahaja tiba, Alisa mencium tangan mama dan abahnya sebelum terus naik ke biliknya. Mahu membersihkan diri sebelum turun makan malam.

   Mujur dia sudah menunaikan solat Asar dan Zohor secara jamak di pertengahan jalan. Kurang sedikit penatnya.

   Usai mandi, Alisa duduk di atas katilnya sambil mengelap rambut yang basah. Semerbak bau syampu di seluruh bilik.

   "Ting!" Bunyi dari telefon bimbit mengejutkannya. Segera objek segi empat itu dicari. Sudahlah warna hitam, cadar pun warna gelap. Sampai teraba-raba nak cari. Dengan mata tak nampak lagi.

   Seketika tangannya tersentuh sesuatu yang keras. Jumpa pun! Telefon bimbitnya diambil sebelum aplikasi WhatsApp dibuka. Ada mesej baharu daripada teman serumahnya.

SaSaLaLa.com 🐹🐥🐸🐰

Bella-san 🐸
—Assalamualaikum guys! Dah sampai rumah ke?

Annisa-san 🐹
—Waalaikumussalam. Lambat lagi rasanya sampai. Sekarang baru dekat Perak.

—Waalaikumussalam. Dekat sejam dah rasanya.

Annisa-san 🐹
—Penat la tunggu kakak aku ni. Bersiap mengalahkan anak raja. 😑

Laila-san 🐰
—Tunggu apa?

Annisa-san 🐹
—Kitorang singgah solat dekat RnR. Aku kan period. Nak dekat sejam dah tunggu ni. 😤

Chill la weh. Kakak aku pun sama. Kadang-kadang nak je aku tinggal dia. 😂

Bella-san 🐸
—Mesti pernah kan? Kalau ikutkan perangai jahat kau tu, tak pelik pun 😝

—Memang pernah pun. Masa kitorang pergi Terengganu tahun lepas, lambat sangat aku tinggal dia sorang-sorang. Padan muka 😂😂😂😂😂

Laila-san 🐰
—Bapak jahat 😨 Lepas tu kau biar dia balik sorang² ke macam mana?

Bella-san 🐸
—Kan aku dah cakap 😛 tengok muka pun dah tahu 😇

—Baik kau senyap sebelum ada bom atom terbang pergi rumah kau, Bel 😶

Bella-san 🐸
—Hehe ampun nenek kebayan 🙏

—😒😒😒 Abaikan katak tu.

—@Laila-san🐰aku pergi parking kereta tempat lain je. 😁 gelabah dia call aku tanya dekat mana 😹

Laila-san 🐰
—😂😂😂 jahat siot

Bella-san 🐸
Confirm bila dia jumpa kereta tu kau kena maki

—Haha, kisah apa aku. And from that day, dia dah tak berani-berani lambat-lambat dah. Serik! 😎

—Jadi anak-anak, lain kali jangan lambat eh kalau tak nak kena macam tu 😳

Annisa-san 🐹
You know what, Lisa? Kau baru je bagi aku idea nak kenakan kakak aku 😏

Bella-san 🐸
No Nisa No! Jangan contohi Lisa!

Laila-san 🐰
—Nisa! Jangan, berhenti! 😹

Annisa-san 🐹
—@Laila-san🐰 kau jangan memandai ubah lirik 😅 jangan mencuri lah mak cik!

WILDAN ✓Where stories live. Discover now