WILDAN | 21

1.9K 139 11
                                    

[Attention: Any incidents/situation stated in this chapter is from author's imagination only. Do not relate with real places and stories.]

   "I followed you."

   Jawapan lelaki bertopeng itu mengejutkan Alisa buat kali ke berapa entah. Banyak betul kejutan dia dapat hari ini.

   Sorry to say, but today is not her birthday!

   "Benda tu tak penting. Sekarang, kita kena keluar cepat sebelum diorang perasan," tekan lelaki bertopeng itu. Kepalanya sudah terjengul-jengul ke luar pintu untuk memastikan tiada orang yang datang atau berada di kawasan berhampiran.

   Alisa hanya menganggukkan kepalanya. Apa yang penting sekarang, mereka berdua perlu cepat-cepat keluar dari kapal ini. Tapi bagaimana?

   "Macam mana? Kita dekat tengah laut ni," tanya Alisa. Dia tidak pandai berenang.

   "Ikut je aku," balas lelaki bertopeng itu pendek. Kiri dan kanan laluan luar diperhati. Selepas memastikan keadaan selamat, tangan Alisa ditarik lalu mereka berjalan perlahan-lahan ke arah kanan.

   Gelap. Itu yang Alisa nampak. Matanya kurang nampak dalam gelap, oleh itu dia bergantung sepenuhnya kepada lelaki itu. Takut tersepak apa-apa.

   Tangannya masih lagi dipegang lelaki itu namun berlapik. Mereka menyusuri kawasan gelap itu sehingga tiba di hadapan tangga. Lelaki itu mengisyaratkan Alisa supaya senyap. Alisa hanya angguk tanpa membantah.

   Satu persatu anak tangga yang tidak sama tinggi itu didaki. Kaki diletak perlahan-lahan agar tidak menghasilkan sebarang bunyi. Risau menarik perhatian orang-orang jahat itu.

   Selepas itu, mereka tiba di kawasan atas kapal yang terbuka. Kawasan sekeliling dipandang. Kosong. Tiada orang langsung. Hanya ada barang-barang seperti kotak dan kerusi.

   "Mana penjahat tu?" bisik Alisa kepada lelaki itu.

   "Tidur. Diorang masuk deck sana," kata lelaki itu sambil menunjukkan arah kanan. Tadi dia nampak lelaki-lelaki itu memasuki tempat itu untuk tidur.

    Lelaki bertopeng itu terus berjalan sehingga mereka tiba di bahagian belakang kapal. Ada satu tali yang terjuntai dari atas kapal ini. Alisa menjenguk ke bawah. Motor boat.

   Kepalanya dipalingkan ke arah lelaki bertopeng itu.

   "Awak naik dari sini ke?" soalnya.

   Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya mengarahkan Alisa supaya turun ke dalam bot  menggunakan tali tadi.

   "Saya takut, macam mana kalau jatuh dalam laut?" Luah Alisa, gusar. Mana pernah dia main panjat turun guna tali ni, paling ekstrem dia pernah buat pun rock climbing. Itu pun dengan peralatan keselamatan yang lengkap.

   "Don't worry. I'll never let you fall," balas lelaki itu. Alisa terkedu. Ayat itu terasa menusuk ke dalam hati. Mereka berpandangan namun hanya seketika. Ini bukan masa untuk jiwang!

   Perlahan-lahan Alisa turun dari kapal menggunakan tali tersebut dengan bantuan lelaki itu. Agak susah kerana perlu bergantung sepenuhnya kepada kekuatan otot tangan. Tangannya pula jenis yang jarang workout. Dimanjakan setiap masa.

   Selepas beberapa minit, kaki Alisa akhirnya mencecah lantai bot itu. Ada seorang lelaki separuh umur yang berada di bahagian belakang. Mungkin jurumudi yang mengemudi bot laju tersebut.

   Langkahnya kemudian diikuti oleh lelaki bertopeng tadi. Tali yang tersangkut pada kapal tadi dibiarkan saja di tempatnya.

   "Move," arah lelaki bertopeng itu sebelum bot laju yang mereka naiki menderum laju membelah lautan. Mereka semakin jauh dari kapal tersebut sebelum mendengar bunyi jeritan dari sana.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now