WILDAN | 18

1.9K 130 3
                                    

[Attention: Any incidents/situation stated in this chapter is from author's imagination only. Do not relate with real places and stories.]

Phuket, Thailand.

   Nafas segar ditarik dalam-dalam. Matanya memandang sekeliling vila yang didudukinya. Bibirnya pula mengukirkan senyuman lebar. What a view!

   Alisa dan kakaknya, Aqila selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi lewat petang semalam. Terdapat lebih kurang dua puluh orang pekerja syarikat tempat kakaknya bekerja turut sama mengikuti rombongan percutian ini. Ada yang membawa plus one dan ada juga yang tidak.

   Mereka ditempatkan di vila percutian yang berdekatan kawasan pantai sepanjang percutian ini. Setiap vila diduduki  oleh tiga orang pekerja bersama pasangan yang dibawa. Untuk yang membawa suami atau isteri pula diberi bilik berasingan.

   Pekerja lain yang bermalam di vila yang sama dengan Alisa pula semuanya perempuan dan turut membawa plus one perempuan. Sangat melegakan kerana tidak perlu menutup kepala semasa berada di dalam vila kecil ini.

   Laut biru yang terbentang di hadapannya diperhatikan. Sangat cantik! Tidak pernah lagi dia melihat pantai secantik itu. Di Malaysia pun jarang dia ke pantai. Petang nanti dia mahu ajak Aqila ke sana. Cuma perlu berjalan kaki tidak sampai lima minit.

   Dia perlu berterima kasih kepada Aqila kerana memaksanya untuk datang. Jika tidak, pasti dia akan menyesal seumur hidup kerana melepaskan peluang keemasan ini. Once in the whole life!

   "Adik!" Panggilan Aqila dari dalam vila membuatkan lamunan Alisa terhenti. Dia segera masuk ke dalam biliknya yang dikongsi dengan Aqila. Pintu gelangsar yang menghubungkan biliknya dengan balkoni ditutup rapat.

   "Yes?" Tanyanya sebaik sahaja masuk ke dalam. Tudung hitam di kepala ditanggalkan sebelum disangkut di atas kerusi.

   "Mama call. Nak cakap dengan adik," jawab Aqila sambil menghulurkan telefon bimbitnya. Kemudian dia bangun dan keluar dari bilik untuk ke dapur.

   Alisa segera mengambil telefon itu sebelum menghadap kamera hadapan gajet itu memandangkan Puan Faridah menggunakan video call.

   "Assalamualaikum, adik," ucap Puan Faridah.

   "Waalaikumussalam. Hai, mama!" balasnya teruja.

   "Macam mana dekat sana? Best?" Tanya Puan Faridah. Melihat muka berseri-seri anaknya itu sahaja, dia pasti Alisa berasa seronok di sana.

   "Best sangat! Tempat ni cantik sangat, ma! Accommodation pun bagus," jelas Alisa dengan bersemangat.

   "Alhamdulillah. Lega mama dengar. Takut adik menangis-nangis nak balik je," usik Puan Faridah.

   Alisa mencemberutkan mukanya. Pantang ada peluang mesti mamanya hendak mengenakannya.

   "Mana ada! Adik dah besar la," balasnya lagi. Dah dua puluh satu tahun, kecil lagi ke tu?

   "Yalah, adik. Ni mama nak pesan, duduk negara orang, jaga diri, jaga perlakuan. Jangan buat benda pelik-pelik dekat tempat orang. Keselamatan lagi. Paling penting, jangan skip makan. Faham?" pesan Puan Faridah. Sudah banyak kali pesanan yang sama diberi namun dia tetap mahu mengingatkan. Tersilap langkah, susah jadinya. Lebih-lebih lagi di negara orang.

   "Ya, ma. Adik faham dan adik ingat," balas Alisa. Dia tidak mahu Puan Faridah terlalu risau. Mamanya sudah tua, ada penyakit darah tinggi pula tu. Bahaya untuk kesihatannya kalau terlalu tertekan atau risau.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now