WILDAN | 05

3.2K 202 1
                                    

Hari yang biasa buat Alisa. Pagi ada kuliah jadi dia perlu ke universiti pada awal pagi. Tak terlalu awal sebenarnya, lebih kurang pukul 8:30 pagi, Proton Iriz kesayangannya sudah terparkir elok di kotak parkir yang disediakan.

Teman-teman serumahnya yang lain akan ke kampus sedikit lewat memandangkan jadual kelas mereka tidak sama. Hanya Annisa yang datang pada awal pagi untuk berjumpa dengan pensyarah jurusannya.

Disebabkan malas menaiki pengangkutan awam, Annisa memilih untuk menumpang kereta Alisa ke kampus.

Sekarang, waktu kuliah belum bermula manakala waktu untuk Annisa berjumpa dengan pensyarahnya masih lambat lagi.

"Kafe, jom?" ajak Annisa. Dia mahu membeli secawan kopi panas untuk menghilangkan dahaga. Alang-alang masih ada setengah jam sebelum temu janji dengan Dr. Maz, lebih baik kalau mereka ke kafe dahulu. Kelas Alisa pun bermula pada pukul sembilan.

"Okeyyy," itu sahaja balasan Alisa. Kunci kereta diambil sebelum keluar dari kereta. Beg galas berisi laptop dan bahan-bahan kuliah serta beg tangannya disangkut pada bahu.

Selepas kereta dikunci, Alisa dan Annisa berjalan beriringan ke kafe.

Di kaunter kafe, Annisa memesan secawan kopi panas kurang gula manakala Alisa pula memesan secawan Milo panas tanpa susu. Sememangnya dia kurang gemar minum kopi apatah lagi pada waktu pagi. Lebih-lebih lagi kopi yang pahit berwarna hitam, erk! Pahit sangat, memang tak boleh ditelan. Satu-satunya kopi yang boleh diterima tekaknya hanyalah Nescafe. Itupun perisa selain daripada yang original. Yang lain, semua out!

Selepas membeli minuman masing-masing, Alisa dan Annisa berpecah haluan. Annisa ke bangunan tenaga pengajar untuk berjumpa Dr. Maz, manakala Alisa pula bergerak ke dewan kuliahnya.


≿━━━━༺❀༻━━━━≾


Setelah kelas pagi tamat, Alisa tidak pulang ke rumah sewanya terus. Sebaliknya, langkah kaki dibawa ke arah perpustakaan.

Kad ID pelajar diimbas di pintu masuk sebelum Alisa masuk ke dalam perpustakaan tersebut.

Rak yang menempatkan bahan-bahan rujukan bidang farmasi ditujunya. Dia memerlukan beberapa bahan bacaan untuk mendapatkan maklumat tambahan yang akan digunakan dalam projek kumpulan.

Setelah menjumpai beberapa buah buku yang diingini, Alisa segera mencari tempat duduk kosong. Dia merancang untuk menyiapkan tugas itu sebelum pukul satu petang. Jika tidak sempat, terpaksalah datang semula pada hari esok.

Matanya tertancap pada sebuah meja yang masih kosong. Langkah kaki dilajukan, takut tempat itu dirampas orang. Apatah lagi kawasan perpustakaan agak penuh dengan pelajar, maka tempat kosong memang susah untuk dicari. Alisa kurang suka berkongsi meja dengan orang lain untuk belajar. Lebih fokus dan tenang. Lagipun kebanyakan pelajar di perpustakaan ini tidak dikenalinya.

Satu persatu buku tebal yang diambil dari rak buku tadi dibelek-belek sambil mencatit nota-nota penting yang diperlukan di atas helaian buku notanya. Earphones juga disumbat ke dalam kedua-dua belah telinga membuatkan Alisa langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

"Duk!"

Disebabkan oleh earphones yang dipakainya, Alisa langsung tidak sedar akan kehadiran seseorang di hadapannya.

Individu itu melabuhkan duduk di hadapan Alisa tanpa rasa bersalah. Buku-bukunya diletakkan di atas meja sederhana panjang itu.

"Hai," tegur lelaki tersebut.

Tiada balasan.

Lelaki itu mengerutkan dahinya apabila sapaannya tidak dibalas.

"Hai!" cubanya lagi.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now