WILDAN | 43

1.8K 139 14
                                    

Telefon dipandang buat sekian kalinya. Membaca satu persatu aksara yang tertera pada skrin itu. Dipandang pula kawasan di hadapan mata.

"Kau biar betul, Sa?" Suara Sarah bergema di dalam ruangan kereta yang sunyi itu.

"Kalau ikut alamat ni, memang betullah. Takkanlah Mel nak bagi wrong address pula," balas Alisa. Sekali lagi kediaman yang tersergam di hadapan dipandangnya.

"Besar duh rumah dia. Mana kau kenal diorang ni?" Tanya Sarah kagum.

Pagar batu setinggi hampir tiga meter itu dipandangnya takjub. Di sebalik celah-celah lubang yang terukir pada pagar itu kelihatan sebuah banglo tiga tingkat yang tersergam gah.

"Berapa kali aku nak bagitahu? Aku kenal Mel sebab dia tolong aku masa dekat mall haritu, umi dia pula aku kenal pagi tadi," jelas Alisa buat kesejuta kalinya. Penatlah cakap benda sama.

"Baru jumpa sekali dah ajak datang rumah dah? Bukan biasa-biasa ni," komen Sarah.

Alisa tidak membalas. Malas mahu melayan. Lagi dilayan lagi banyak soalannya.

Pintu kereta dibuka sebelum badannya di bawa keluar dari perut kenderaan itu. Kawasan sekeliling dipandang. Sememangnya kawasan perumahan orang kaya. Lihat sahaja rumah-rumah lain yang berdekatan, semuanya tampak sangat mewah dan besar-besar belaka. Kereta-kereta yang diparkir juga bukan dari jenama yang biasa-biasa. Lamborghini, Peugeot dan Audi. Malahan Porsche dan Ferrari pun ada.

Tiba-tiba rasa rendah diri. Keretanya hanyalah Proton Iriz yang sudah bertahun digunakan. Malahan kereta yang tersadai di tepi jalan pun jauh lebih mahal dan berharga berbanding dengan keretanya.

'Astaghfirullah al azim! Cuba bersyukur, Lisa. Ramai lagi yang lagi susah dari kau. Entah ada kenderaan ke tidak orang dekat luar sana tu,' tegur hatinya.

"Jom," ajak Sarah yang baru sampai di tepinya.

"Jom."

Pintu pagar yang besar itu diintai-intai. Cuba mencari sesiapa yang ada di luar rumah. Mahu memanggil, segan pula sementelah kawasan itu sememangnya sangat sunyi.

"Cuba kau call," cadang Sarah. Hampir seminit juga mereka tercegat di hadapan pintu pagar tersebut.

Alisa akur. Telefon dikeluarkan dari beg tangannya untuk membuat panggilan. Nama Mellisa dicari lalu panggilan dibuat.

"Ya, akak dah sampai dah ni."

"Ha'ah, yang pagar coklat ni, kan?"

"Okay, okay."

Telefonnya disimpan kembali ke dalam beg selepas talian diputuskan.

"Macam mana?"

"Lepas ni Mel keluar."

Tidak sampai beberapa minit menunggu, pintu pagar besar di hadapan mereka terbuka secara tiba-tiba. Alisa dan Sarah terperanjat. Terundur setapak mereka ke belakang dibuatnya.

"Akak!" Jerit Mellisa teruja. Tubuh tinggi Alisa dipeluknya erat. Alisa pula hanya membalas pelukan tersebut sebelum mereka saling bersalaman.

Seakan baru menyedari kehadiran Sarah di situ, Mellisa pantas menyantuni gadis yang tidak dikenalinya itu.

"Ni ke kawan akak?" Tanyanya.

Alisa angguk. "Perkenalkan, ni Sarah. Sarah, ini Mellisa," ujarnya.

Sarah dan Mellisa saling mengangguk dan berbalas senyuman.

" Jomlah masuk. Umi dah nak siap masak dah," ajak Mellisa. Tangan Alisa ditariknya ke dalam.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now