WILDAN | 19

1.8K 134 14
                                    

[Attention: Any incidents/situation stated in this chapter is from author's imagination only. Do not relate with real places and stories.]

   Selepas mengunjungi Teluk Phang Nga dengan bot besar tadi, Alisa, Aqila dan Maya pulang ke vila penginapan mereka. Semasa bot yang mereka naiki tadi berlabuh di jeti, jam sudah menunjukkan pukul empat petang lebih.

   Di vila, mereka berehat di bilik masing-masing sebelum membersihkan diri dan solat.

   Selepas solat, Alisa terbaring di atas katilnya sambil merenung siling. Mindanya menerawang ke saat mencemaskan tadi. Bersyukur kerana Allah panjangkan nyawanya. Sudahlah dia tak reti berenang, life jacket pun tak dipakai tadi.

   Lelaki bertopeng itu. Nampaknya Alisa sudah tersalah faham terhadapnya. Ingatkan orang jahat, tapi at the end lelaki itulah yang menyelamatkan nyawanya tadi.

   Lain kali Alisa, jangan memandai menilai orang hanya berdasarkan penampilan luaran semata-mata. Bak kata orang Inggeris, don't judge a book by its cover.

   Namun apa yang musykil di sini ialah bila masa pula lelaki bertopeng itu ada di belakangnya. Seingatnya lelaki itu berada di bahagian kanan bot manakala Alisa pula berada di bahagian kiri.

   Dan yang paling penting, kenapa susuk tubuhnya nampak agak familiar?

   Kepalanya diramas kasar. Serabut!

   "Hoi, adik," suara Aqila menghentikan perbuatan Alisa yang menzalimi kepala sendiri. Kepalanya dipaling ke katil kakaknya di sebelah.

   Setiap bilik di dalam vila ini mempunya dua single bed, jadi mereka tidak perlu berkongsi katil.

   "Hmm, apa?" Tanya Alisa malas. Rambutnya yang kusut dibiarkan. Malas nak betulkan balik.

   "Apahal ramas kepala macam tu sekali?" Soalan dibalas dengan soalan. Situasi yang biasa untuknya bila bercakap dengan Aqila.

   "Stres," jawab Alisa sepatah.

   "Dah kenapa pula nak stres?" Tanya Aqila lagi. Orang datang Phuket nak relieve stress, dia datang dapat stres. Pelik-pelik la adiknya itu.

   Alisa kemudiannya menceritakan perkara yang menghantui mindanya sejak turun dari bot tadi.

   "Lah, suka hati dialah nak pergi mana-mana pun. Bot tu bukannya adik punya," komen Aqila selamba. Baginya normallah kalau lelaki itu bergerak-gerak di atas bot itu. Dia pun nak tengok pemandangan juga. Pelik ke? Dia tak rasa macam itu pun.

   "Habis tu takkanlah dia terbang ke tempat adik?" tanya Alisa lagi. Dia tak boleh nak percaya lagi kejadian tadi. Cannot brain la!

   "Adik," kata Aqila sebelum memegang bahu adiknya. "Adik patutnya bersyukur tau Allah gerakkan dia pergi belakang adik. Bukannya mempersoalkan macam mana boleh jadi apa. Kalau tak adik tak ada dalam vila ni sekarang, tapi dekat hospital tu," sambung Aqila. Baginya adiknya ini stres benda tak logik. Sebab tu dia cakap adiknya itu pelik. Tambah overthinking satu lagi!

   Alisa masih berfikir. Inilah masalahnya. Dia bukan seperti kakaknya berfikir simple, jadi dia tak boleh nak let go macam itu saja.

   "Tapi dia pakai mask. Qila tak pelik ke?"

   "Biarlah dia, dik. Style dia lah kut macam tu," sekali lagi jawapan mudah diberi oleh Aqila.

   Alisa mengeluh. Rasa macam tak ada function lah pulak cerita dekat kakak dia. Bukan boleh membantu pun.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now