WILDAN | 49

1.8K 150 22
                                    

   Siling putih ditenungnya tanpa berkelip dengan tajam seperti hendak tembus. Fikirannya sesak dengan pelbagai perkara.

   Fateh.

   Fateh itu sepupu Mellisa dan Adam.

   Wildan.

   Wildan pernah menipu namanya ialah Fateh.

   Bagaimana jika Fateh itu sebenarnya Wildan? Atau Wildan itu ialah Fateh?

   Cara mereka sama.

   Sama tapi tidak serupa.

   Alisa mengusutkan rambutnya. Serabut kepalanya, terasa bagai mahu pecah.

   Dia rindukan Wildan. Tapi jika benar Fateh itu ialah Wildan, mengapa Fateh tidak menyebut pertemuan mereka empat tahun yang lalu?

   Adakah semudah itu dia dilupakan?

   Dan, Fateh tidak habis-habis memanggilnya dengan panggilan beautiful. Sampai diusik oleh Sarah dan Mellisa malam tadi.

   Fikirannya menerawang ke masa lalu. Empat tahun lepas.

   "Girl, dia still ada minyak lebih tahu? Cuma tak sempat sampai ke jeti yang sepatutnya kita sampai je. Dan kita akan lambat gerak sebab higher speed costs more fuel to move. Faham?"

   "Girl..."

   "Jangan tenung aku macam tu, girl. Iman aku tak selalunya kuat."

   Tidak. Wildan memanggilnya dengan gelaran lain. Bukan beautiful, tapi girl.

   Tetapi gelaran itu seperti biasa didengari. Familiar.

   Tapi di mana?

   Ah, tak kisahlah!

   Dia malas mahu memikirkannya lagi. Yang penting sekarang, dia seratus peratus yakin bahawa Fateh itu bukan Wildan. Semuanya hanya kebetulan sahaja. Ya!

   Fateh bukan Wildan.

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

   Alisa ternganga. Liur ditelan payah.

   Apa yang dikhabarkan oleh Mellisa tadi benar-benar membuatkan pendiriannya goyah. Adakah..Fateh itu memang Wildan?

   "Abang Fateh memang selalu pergi bercuti. Dalam tiga ke empat tahun lepas, dia ada pergi Phuket kalau tak silap. Dalam dua minggu macam tu. Masa pergi dia pergi dengan sepupu-sepupu lelaki kitorang tapi masa balik seorang. Tak tahulah apa jadi. Kenapa?"

   Alisa mula berkira-kira di dalam kepala. Ikutkan hatinya mahu sahaja nombor Fateh didail untuk mendapatkan kepastian.

   Dia buntu. Mengapa sangat susah untuk mengetahui identiti seorang lelaki bernama Wildan?

   Adakah dia sebenarnya silap? Adakah Fateh itu benar-benar Wildan?

   Telefon di tangan dipandang. Contact number Fateh yang sudah disimpan dua hari yang lalu sudah terpampang pada skrin. Masih dia ingat betapa malunya dia untuk meminta nombor telefon lelaki itu daripada Mellisa.

   Cuma dia yang masih ragu-ragu.

   Nak call atau tidak?

   Jika ya, macam mana kalau Fateh itu bukan Wildan?

   Dan jika tidak pula, macam mana kalau Wildan itu memang Fateh sebenarnya?

   Dilemma 3.0.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now