WILDAN | 09

2.5K 170 3
                                    

Hujung minggu itu, Alisa pulang ke rumah keluarganya seperti yang dijanjikan. Tepat pukul sebelas pagi, keretanya sudah terparkir elok di perkarangan rumah.

Salam diberi sebaik tiba di hadapan pintu rumah yang sudah hampir sebulan tidak dijejaki. Tiga kali memberi salam, tiada jawapan yang diterima. Puas menunggu, akhirnya kunci rumah yang disimpan dikeluarkan dari dalam beg silangnya.

Baru sahaja mahu memasukkan anak kunci ke tempatnya, tiba-tiba sahaja pintu gelangsar itu terbuka.

"Adik!" jerit Aqila. Dia segera menarik tangan Alisa untuk masuk ke dalam.

"Eh, eh!"

Alisa yang tidak bersedia hanya mengikut kakaknya ke ruang tamu rumah.

Di ruang tamu, kelihatan abangnya, Aliff yang sedang duduk di atas sofa sambil menonton televisyen.

Aqila mendudukkan adiknya di atas sofa yang masih kosong sebelum naik ke tingkat atas. Dia ada sesuatu untuk ditunjukkan kepada adiknya.

"Adik tunggu situ kejap. Jangan naik lagi, tahu?" pesannya dari atas tangga. Alisa hanya mengangguk.

Alisa meletakkan beg galas yang dibawa balik dari rumah sewanya ke bawah. Bahunya yang sakit ditarik Aqila tadi diurut-urut. Kakaknya itu memang kasar orangnya.

Kemudian Alisa bangun menyalami Aliff sebelum kembali duduk.

"Awal sampai. Dari pukul berapa lagi drive ni?" tanya Aliff.
Jam dinding baru saja menunjukkan pukul sebelas lebih. Selalunya Alisa akan sampai petang di rumah.

"Lepas breakfast terus gerak. Malaslah drive petang. Jam," balas Alisa. Badannya disandar ke belakang. Penat memandu.

Aliff cuma menganggukkan kepala. Alisa nampak penat, sebab itulah dia tidak bercakap sangat. Nantilah borak, masih ada banyak lagi masa.

Seketika kemudian, Aqila turun dari tingkat atas dengan membawa sesuatu. Adiknya yang hampir berbaring itu diterpa.

"Adik!" panggilnya sebelum duduk di sebelah Alisa.

"Apa?" tanya Alisa malas-malas. Matanya terpejam. Dia penat. Sekarang ini dia hanya mahu naik dan berehat di biliknya.

"Baca ni!" Aqila menyerahkan sesuatu kepada Alisa.

Alisa membuka matanya. Sampul surat? Dahinya dikerutkan. Surat untuk diakah? Setahunya, setiap alamat surat-menyurat yang diisi dalam mana-mana borang ialah alamat rumah sewa supaya terus sampai kepadanya.

Sampul surat putih itu diambil. Kakaknya yang kelihatan teruja itu dipandang. Semakin bertambah kerutan di dahi. Kenapa excited sangat kakaknya ini?

Aliff dipandangnya sebelum kening diangkat namun Aliff hanya mengisyaratkannya supaya membaca surat tersebut.

Bahagian hadapan sampul surat itu dibaca. Nur Aqila Zahira binti Zamani. Bukan surat untuknya, tapi untuk kakaknya.

Sehelai kertas di dalam sampul itu dikeluarkan sebelum dibaca. Satu-persatu perkataan bertulisan komputer itu dibaca. Semakin lama semakin besar matanya dibuka.

"...maka dengan ini permohonan cik sebagai pegawai pemasaran syarikat kami diterima..." Tidak sempat surat itu dibaca habis, surat itu dilempar ke tepi sebelum Alisa memeluk kakaknya.

"Qila!!!!" Jeritnya, teruja. Kakaknya diterima bekerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Hampir setahun menunggu tawaran bekerja, akhirnya Allah makbulkan doa mereka sekeluarga.

"Weh, weh! Qila tak boleh bernafas ni!" Jerit Aqila di dalam pelukan Alisa. Ketat sangat dia peluk, sampai tak bernafas dibuatnya. Tahulah teruja, tapi janganlah sampai jadi penyebab kakaknya ini mati muda.

"Hehe, sorry. I'm happy for you," kata Alisa sebelum melepaskan pelukan. Aqila mengutip balik suratnya yang berada di atas lantai.

"Kau ni pun dik, excited pun janganlah sampai buang surat Qila ni. Nyawa ni," kata Aqila. Surat itu dilipatnya kembali sebelum dimasukkan semula ke dalam sampulnya. Hilang nanti merana lah hidupnya.

Alisa dan Aliff sama-sama buat rolling eyes. Over!

"Bila lagi surat ni sampai?" soal Alisa. Penatnya sudah hilang selepas mendapat berita gembira ini.

"Tiga hari lepas. Terkejut Qila buka mailbox tiba-tiba ada surat untuk Qila. Ingatkan surat saman ke apa, rupa-rupanya good news!" jawab Aqila.

"Aliff pun ingat surat saman. Tahulah Qila ni. Bawa kereta macam nak race je," sampuk Aliff. Aqila membaling kusyen sofa tetapi Aliff sempat mengelak. Aliff menjelirkan lidahnya.

Aqila merengus. Geram!

"Dah, dah. Habis tu kenapa tak bagitahu adik awal-awal?," tanya Alisa. Cepat-cepat dihentikan perbalahan antara abang dan kakaknya itu. Kadang-kadang Alisa rasa macam dia pula kakak manakala Aliff dan Aqila pula adiknya. Macam budak-budak nak gaduh pun.

"Saja. Nak buat surprise," jawab Aqila. "Terkejut tak?" sambungnya lagi.

"Mestilah. Ingatkan apa, rupanya tawaran kerja," balasnya sambil tersenyum senang. Aqila tersengih gembira. Siapa saja tak gembira bila permohonan kerja diterima. Sudah hampir setahun dia menganggur. Sekarang, dia boleh menjana pendapatan sendiri tanpa perlu bergantung kepada mama dan abah dah.

"Abang Am dah tahu?" Alisa tiba-tiba teringat akan abang sulung mereka. Kalau dia tak tahu, mestilah yang seorang itu pun tak tahu. Sibuk memanjang.

"Belum. Nanti Abang Am balik baru nak bagitahu. Tak best lah announce guna phone. Tak real," kata Aqila.

Alisa tidak menjawab, dia cuma bersetuju. Berita gembira seperti ini lebih baik dikongsi secara berdepan, lebih bermakna.

"Aah... Finally! Aliff dah tak payah tengok muka monyok orang tu lagi. Hari-hari check mailbox, check emel bagai. Hmm," keluh Aliff lega.

"Iya?" soal Alisa. Sampai hari-hari periksa peti surat macam tunggu surat daripada boyfriend saja.

"Ma..mana ada! Aliff ni memandai je!" Nafi Aqila. Malulah nak mengaku walaupun apa yang dikatakan oleh Aliff itu benar belaka.

"Alah. Jangan tipu lah Qila. Setiap kali Aliff balik, pagi-pagi mesti Qila dah ada dekat luar tunggu posmen," cerita Aliff memecahkan rahsia.

"Ala, Aliff bukannya selalu ada dekat rumah. Kebetulan Aliff balik masa Qila tengah tunggu," dalih Aqila. Alisa dipandang. Adiknya itu sudah membuat muka tidak percaya.

"Mama yang bagitahu Aliff," balas Aliff lagi. Setiap kali bercakap dengan mamanya melalui telefon, setiap kali itu juga mama meluahkan kerisauan melihat Aqila yang semakin hari semakin tidak ceria kerana belum mendapat tawaran kerja.

"Eeee!" Aqila akhirnya mengalah. Tak akanlah nak cakap mamanya tipu pula sedangkan memang betul hari-hari dia menunggu surat daripada posmen sejak tamat pengajian tahun lepas. Rakan-rakannya sudah mula bekerja namun dia belum mendapat apa-apa tawaran kerja. Merata-rata tempat dia pergi untuk temuduga, namun satu pun tidak diterima.

Akhirnya, selepas hampir setahun, penantiannya akhirnya berakhir. Alhamdulillah.

"You know what, Qila? Don't ever try to lie again. You definitely failed miserably," kata Aliff.

Aqila menjuihkan bibirnya. Cakap orang, dia tu lagilah tak pandai menipu. Cakap straight saja!

Alisa cuma ketawa sahaja. Rindunya dia dengan suasana ini. Sudah lama mereka tidak berjumpa kerana semuanya sibuk. Ini belum lagi Abang Amzar dengan keluarganya balik.

Selepas adik-beradiknya sudah besar, semua mempunyai kehidupan sendiri dan impian yang ingin dikejar. Cuma yang diharapkan ukhuwah kekeluargaan ini tak akan terputus sampai bila-bila.

Amin!

WILDAN ✓Where stories live. Discover now