❝ EPILOG ❞

4.4K 225 44
                                    

✴✴✴

"Don't worry about searching your soulmate"

مكتوب
'It's written.'

'The ink has dried and the pen has been lifted.'

✴✴✴

≿━━━━༺❀༻━━━━≾


Klik!

"Nah."

Alisa angkat kepala memandang suaminya. Gugusan kunci yang diletakkan di atas tapak tangannya digenggam.

"Apa ni?"

"Kunci rumah kita," jawab Adam selamba namun hanya Allah saja yang tahu betapa terujanya dia untuk tinggal di rumah sendiri bersama Alisa.

Mata Alisa membulat teruja. Tangan naik menekup mulut yang terlopong luas.

"Iya?! Bila siap?" Tanyanya dengan teruja. Gugusan kunci itu dipandang tidak percaya. Sumpah! Setahunya pembinaan rumah itu baru sahaja dimulakan. Bagaimana sudah siap?

"Tiga hari lepas saya pergi tengok. Memang dah siap semua, cuma perabot dengan kabinet yang belum pasang. Saya nak tanya awak dulu," terang Adam.

"Bila lagi start sebenarnya? Hari tu awak cakap baru je start," tanya Alisa aneh. Tak akan rumah mereka cuma disiapkan dalam masa sebulan sahaja?

Adam tersengih bersalah.

"Taklah. Dari tiga bulan lepas lagi."

"Patutlah," balas Alisa. Kemudian matanya dipicing perlahan ke arah Adam yang sedang memandu di sebelah.

"Jadi awak tipulah maksudnya?" Tanyanya geram.

"Well, surprise." Adam angkat bahu tidak bersalah.

Alisa membuat muka. Nasib sayang.

"Habis tu, bila nak bawa saya ke sana?" Soal Alisa tidak sabar. Matanya membulat teruja. Iyalah, siapa yang tidak teruja melawat rumah baharu? Apatah lagi Adam memang merahsiakan sepenuhnya hal mengenai rumah baru mereka. Di mana? Rumah jenis apa? Berapa tingkat? Semuanya tidak diberitahu.

"Sekarang."

"Sekarang?!" Alisa menjerit kecil.

Adam tergelak kecil. Kepala Alisa yang berbalut tudung diusap sebentar. Terujanya dia.

"Ya, sayang. Sekarang. Sepuluh minit lagi sampailah," jawab Adam mengiakan.

"Wah! Tak sabarnya!" Alisa tekup muka dengan kedua-dua tapak tangan.

Yeay! Boleh tengok rumah baru!

Adam kulum senyum. Senang melihat Alisa yang gembira.

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Klik!

Zass!

Badannya ditunduk laju. Saat itu, kuat bunyi desiran angin kedengaran di telinga apabila sebatang kaki melalui kepalanya laju. Hampir-hampir sahaja dia terkena libasan laju itu.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now