WILDAN | 62

2K 150 35
                                    

Imbas kembali...




   Adam tidak tahu apa tidak kena dengan dirinya. Rasa seperti orang gila juga ada. Dia tahu, dia sedar yang mereka sekarang berada dalam keadaan bahaya, namun entah mengapa, bahaya itu tidak terasa.

   Mungkin, kerana dia sedang bahagia.

   Mungkin, kerana hatinya sedang bergembira.

   Mungkin, ya, dia sudah gila.

   Senyuman lebar tidak dapat disorokkan. Jenuh dia menahan, namun terlepas juga ketawa perlahan.

   Hai, mungkin inilah jadi bila seorang Adam sudah jatuh cinta.


≿━━━━༺❀༻━━━━≾


   Adam ketap bibir menahan geram. Rasa mahu tarik saja telinga budak pendek di hadapannya sekarang.

   "Degil kau, kan?" Marahnya.

   Sejenak rasa seronok menerpa. Nampak muka gadis itu ketakutan apabila dimarahi. Namun matanya tetap berani menentang sepasang mata Adam yang mencerlung tajam.

   Muka dah cuak, still tunjuk berani. Kalau adik aku ni, memang kena piat telinga.

   "Pak cik tu," pinta Alisa tidak mahu mengalah. Kali ini cara halus digunakan. Matanya dikelip-kelipkan meraih simpati.

   Adam mengeluh lemah. Please jangan goda dia macam ni please.

   "Girl, dia still ada minyak lebih tahu? Cuma tak sempat sampai ke jeti yang sepatutnya kita sampai je. Dan kita akan lambat gerak sebab higher speed costs more fuel to move. Faham?" Terangnya panjang lebar. Kalau tak faham juga, jangan salahkan dia kalau ada budak kena heret lepas ini.

   Buat seketika Adam terdiam berfikir mengapa dia memanggil gadis itu seperti itu. Namun hanya sementara sebelum bibirnya diketap menahan sengih.

   Sekarang aku dah tahu nak panggil kau dengan nama apa.

   Ya, dia tahu overthink tapi dia tak kisah. Hmm.

   Usai berkata sedemikian, jelas pada matanya gadis itu terdiam. Mulutnya yang terlopong kecil menyebabkan Adam tersenyum nipis di sebalik topeng.

   Cute.


≿━━━━༺❀༻━━━━≾


   "Awak." Gadis di sebelahnya bersuara buat pertama kalinya sejak mereka mula memasuki hutan ini tadi.

   "Hmm," sahutnya dingin. Tidak sengaja sebenarnya kerana dia sedang sibuk memerhati keadaan sekeliling. Parang yang diambil dari bot Sam tadi sudah tersedia di tangan kanannya. Kalau ada yang menyerang, hayun saja. Senang!

   Teragak-agak gadis itu hendak bersuara.

   Adam hanya senyap menunggu. Dia tahu gadis itu ada soalan untuk ditanya.

   "Ermm, betul ke jalan ni?"

   Langkah kaki yang lancar tadi terbejat. Adam mengerutkan keningnya sebelum berpusing ke sebelah.

   "Kau tak percayakan aku?" Adam tak tahu kenapa dia rasa sensitif. Kecewa pun ada. Mungkin sebab si dia yang nampak ragu-ragu dengannya.

   Sudahlah Adam, memanglah dia tak percaya. Kenal pun tidak, jumpa pun baru sekali dua. Huhu, kecewa hati daku!

   Erk?

   "Eh, tak! Saya percaya. Cuma..." gadis tersenyap sebelum tersengih. "...cuma awak macam yakin je jalan ni jalan betul," sambungnya perlahan.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now