WILDAN | 44

1.8K 155 18
                                    

   Makan malam di rumah Puan Mardhiah sangat meriah dengan adanya kesemua anak-anak dan menantunya. Malahan dengan kehadiran Alisa dan Sarah menambahkan lagi kemeriahan semasa makan malam itu.

   "Akak, akak. Yang ni, Mel buat. Cuba rasa," kata Mellisa teruja. Mangkuk berisi daging black pepper diletakkan di sebelah pinggan Alisa.

   "Oh, okay. Thank you," balas Alisa. Beberapa keping daging yang sudah dipotong nipis disudu lalu diletakkan ke dalam pinggannya. Nasi digaul perlahan. Sesuap dimasukkan ke dalam mulut. Emm! Sedap!

   "Macam mana?" Tanya Mellisa tak sabar.

   "Sedap. Pandai Mel masak," puji Alisa ikhlas. Sesuap lagi masuk ke dalam mulut.

   Mellisa tersenyum bangga. Kening diangkat ke arah Kak Longnya di hadapan. Sebagai balasan, Natasha mencebikkan bibirnya. Tak kisah! Nasinya kembali disuap sambil memegang Rais di atas pangkuan.

   Puan Mardhiah berdehem. Semua yang ada di meja makan itu berpaling.

   "Rasanya, aunty belum kenalkan lagi anak aunty yang ini," kata Puan Mardhiah kepada Alisa dan Sarah.

   Alisa terkebil-kebil. Kepalanya diangguk perlahan. Sarah di sebelah dijeling sekilas.

   "Aunty kenalkan satu-satunya anak lelaki aunty, Adam," katanya. Anak lelakinya yang duduk di sebelahnya ditunjuk.

   Alisa memandang Adam yang duduk di kepala meja dengan separa ikhlas. Kepala diangguk sedikit. "Saya A-Alisa."

   Lelaki itu juga mengangguk sebelum bersuara. "Adam," katanya sepatah.

   "Uhuk! Uhuk!"

   Terkejut seisi meja makan itu apabila Mellisa tiba-tiba terbatuk. Alisa yang duduk di hadapan Mellisa pantas menghulurkan segelas air kosong. Laju gelas itu diambilnya lalu isinya diteguk rakus.

   Habis segelas air itu diminumnya. Tekak yang terasa perit di sebalik tudung diusap perlahan. Tersedak den!

   "Mel ni kenapa? Boyfriend sebut nama, eh?" Usik Natasha.

   "Jangan nak mengarut, eh! Boyfriend-boyfriend jangan sebut. Cucuk dengan garfu kang!" Ugut Mellisa. Sebatang garfu diangkat lalu ditunjuk ke arah kakaknya.

   "Ololo, orang tengah broken. Tak ingat," kata Natasha. Dia kemudiannya ketawa kejam. Rais di dalam pangkuan memandangnya pelik.

   "Seriously?" Kedengaran suara Adam dari hujung meja.

   "Mana ada. Angah jangan percaya," nafi Mellisa. Mukanya sudah cemberut.

   "Alah, kau mana tahu, ngah. Budak ni tengah broken ni," usik Natasha lagi. Suaminya, Raziq menepuk lembut tangannya.

   "Dah dahlah tu usik adik," katanya. Namun bibir turut tersungging senyuman yang tertahan-tahan.

   Natasha mencebirkan bibirnya. Nak back up Mel pula! Hmph!

   "I know," kata Adam. Bibirnya tersenyum senget.

   Mellisa ternganga.

   "A-Angah tahu? Ma-macam mana angah tahu?" Tanyanya tidak percaya. Oh my darkest secret!

   "Angah adalah cara angah tu. Jangan ingat angah jarang ada dekat rumah, angah tak tahu apa-apa, eh?"

   Mellisa mencemberutkan mukanya. Fine! Angahnya itu memang perahsia pun. Tapi yang penting sekarang ialah rahsianya sudah ramai yang tahu. Nasib baik hanya ahli keluarga sahaja. Kalau tidak...

WILDAN ✓Where stories live. Discover now