WILDAN | 01

6.7K 277 6
                                    


┏━━━━━━༻❁༺━━━━━━┓

I: Secret

┗━━━━━━༻❁༺━━━━━━┛


Beberapa tahun sebelumnya,

Tup! Tup! Tup!

   Satu persatu suis elektrik ditutupnya. Sebelum pulang, Alisa akan pastikan semua suis kipas dan lampu ditutup untuk mengelakkan pembaziran elektrik. Lagi-lagi apabila dialah orang yang terakhir meninggalkan kelas.

   Nak buat macam mana,  mamanya kerja dan hanya sempat mengambilnya pada pukul 3 petang. Solat pun di pejabat sahaja. Orang lain dah sampai rumah sejam yang lepas, tapi dia masih tersekat di sekolah dengan masih berbaju sekolah yang merimaskan. Takpe, dia redaaa!

   Langkah kaki diatur ke pagar sekolah yang terletak tidak sampai 100 meter dari kelas. Sememangnya bangunan kelas tingkatan 5 dibina berhampiran pintu pagar kerana mereka perlu datang ke sekolah seawal 6:45 pagi untuk kelas pagi. Jadi, untuk menjamin keselamatan murid, bangunan yang sebelum ini menempatkan murid tingkatan 3 ditukar kepada blok tingkatan 5.

   Dari jauh dia sudah nampak Perodua Viva kelabu milik mamanya di luar kawasan sekolah. Yes! Mama dah sampai! 

   Jam tangan di sebelah kiri dikerling. Baru pukul 2:45 petang.  Awal pulak mama balik hari ni? Hmm...

   Pintu penumpang hadapan dibuka sebelum dia memboloskan badannya ke dalam kenderaan itu. Tangan mamanya disalami sebelum memakai tali pinggang keledar. Perlahan-lahan Perodua Viva itu meluncur di atas jalan raya ke rumah mereka yang terletak lebih kurang 15 kilometer dari sekolah.

   "Awal mama balik hari ni?" Soalnya sambil memerhatikan jalan raya yang agak lenggang.

   "Tadi ada meeting. Lepas tu bos lepas balik awal la. Kenapa? Selalunya nak balik awal je selalu, sampai merengek-rengek minta mama ambil awal," Soal Puan Faridah kehairanan. Anak bongsunya itu walaupun sudah mencecah umur 17 tahun namun masih bersikap kebudak-budakan. Manja sangat!

   "Hehe, takdelah. Cuma adik pelik lah.  Selalunya pukul 3 suku macam tu baru sampai. Ni belum pukul tiga lagi," Jawab Alisa sambil memejamkan matanya. Nikmat terasa apabila angin sejuk menyapa tubuhnya.

   "Lah, baguslah mama ambil awal. Ke awak nak mama hantar balik kat sekolah pastu ambil pukul 3 suku nanti?" Usik Puan Faridah.

   "Eh! Jangan, jangan! Jom kita balik. Adik saja je. Isk!" Balasnya, kalut. Haru jadinya nanti kalau mama betul-betul U-turn balik. Bukan boleh dibuat main mamanya ni. Kalau dia cakap nak buat, dia akan buat. Perangai degilnya itulah yang menurun kepada anak-anaknya lagi-lagi yang bongsu ni.

   "Tahu takut," Cebik Puan Faridah. Pemanduannya diteruskan dengan cermat ke rumah. Alisa pula sudah terlena kepenatan seharian di sekolah.

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

     Sesampainya saja di rumah, Alisa segera membersihkan diri di dalam biliknya. Tadi dia dah solat di surau sekolah. Dia paling tak suka solat pada akhir waktu. Rasa terkejar-kejar dan nak buat kerja lain pun rasa macam tak tenang.

     Usai mandi dan menyarung baju T-shirt santai, Alisa segera ke dapur untuk mengisi perut. Kali terakhir dia makan adalah semasa rehat pukul 10:30 tadi.

   "Adik!" Bahu Alisa terhenjut sedikit apabila disergah sebegitu. Dia berpaling ke kiri dan melihat abangnya yang tersengih tanpa riak bersalah.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now