WILDAN | 46

1.9K 164 21
                                    


Mellisa

Hai akak! Ingat janji kita. Mall XX, 10.30 am. Okay? 💕

   Alisa meletakkan telefon pintarnya ke atas katil selepas membaca mesej WhatsApp daripada Mellisa. Dia sedang bersiap-siap untuk keluar bersama Mellisa selepas ini.

   Jam di dinding dikerling sekilas. Masih ada waktu satu jam sebelum waktu yang dijanjikan.

   Mellisa ada mengajaknya keluar tiga hari lepas mencari baju untuk dipakai semasa majlis di kolejnya nanti. Alisa pula memang sudah lama tidak keluar berjalan-jalan, jadi dia hanya bersetuju.

   Selendang chiffon dililit kemas sebelum dibetul-betulkan sedikit. Selepas itu, beg tangan silangnya diambil sebelum disangkut pada bahu.

   "Uish, lawa-lawa nak pergi mana?" Tanya Sarah sebaik sahaja Alisa turun di tingkat bawah.

   "Mel ajak keluar kejap. Haritu kan dah cakap," jawab Alisa. Stoking dipakai sebelum dia memasuki dapur. Sarah senyap sebentar.

   Televisyen yang memaparkan rancangan Running Man ditinggalkan untuk mengikut langkah Alisa ke dapur.

   Badan disandar pada peti sejuk sambil memerhati tindak-tanduk Alisa.

   "Sejak bila kau rapat dengan Mel ni?" Tanyanya musykil. Balang berisi Koko Crunch dicapai sebelum penutupnya dibuka.

   "Kenapa? Jealous?"

   Sarah ketawa.

   "Jealous? Dah kenapa pula aku nak jealous dengan kau? Lainlah kalau Mel tu adik Harry Styles. Yang itu memanglah aku jealous," komen Sarah.

   Alisa menggelengkan kepala tanpa menjawab. Malas mahu melayan. Hot chocolate dihirup sampai habis.

   "Aku nak pergi dah ni. Alang-alang kau nak basuh baju nanti tolong basuhkan baju aku sekali, ada dalam bakul tepi pintu," kata Alisa. Dia perlu segera bergerak. Cuma tinggal setengah jam sahaja lagi sebelum pukul sepuluh setengah pagi.

   "Em, yelah. Untung kau aku ni baik," balas Sarah angkuh. Hmph!

   "Iyaaaa, memang aku untung sangat dapat housemate macam kau. Puas hati?"

   Sarah mengangguk.

   "So, boleh aku gerak?"

   "Pergilah. Nak suruh aku dukung ke?" Gurau Sarah.

   "Tak sekarang kau sedar tak yang kau block jalan aku?" Tangan Alisa cekakkan ke pinggang.

   Terkedu Sarah dibuatnya. Kiri kanan dipandang. Memang dia sedang menghalang laluan keluar dapur.

   "Hehe, sorry." Sedikit demi sedikit dia bergerak keluar, mahu memberi laluan kepada Alisa.

   Alisa yang berjalan melepasinya hanya dipandang tanpa lepas. Nak ikut sebenarnya tapi dia ada kerja yang perlu diselesaikan.

   "Pergi dulu!" Laung Alisa dari pintu rumah.

   "Ok! Have fun dengan bakal adik ipar!" Laungnya mengusik.

   "Sarah!!!" Marah Alisa.

   Sarah ketawa jahat. Suka betul dia usik Alisa berkaitan dengan Adam. Macam ada something gitu.

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

   "Butik ni ke?" Tanya Alisa kepada Mellisa di sebelahnya. Mellisa yang tinggi sedikit daripadanya menunduk sedikit sebelum menjawab.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now