WILDAN | 55

1.9K 166 8
                                    

   Alisa menarik nafas sedalam-dalamnya. Rasa mahu balik semula tapi dia sudah pun tertekan loceng. Takkanlah mahu lari balik pula?

   Nafas ditarik dalam. Tak apa, ini pilihan kau, Alisa. In shaa Allah, jalan yang dia pilih ini jalan yang betul.

   Ya Allah, jika benar lelaki inilah pemilik kepada tulang rusuk yang kupinjam, mudahkanlah segala urusan ya Allah.

   Alisa memejamkan mata untuk menenangkan diri.

   Krek!

   Bunyi pintu yang dibuka dari dalam menyentakkan lamunan Alisa.

   Alisa angkat kepala.

   Mellisa.

   "Akak! Tak cakap pun nak datang," jerit Mellisa teruja. Gadis yang sudah dianggap seperti kakak keduanya itu dipeluk gembira.

   Alisa tersenyum lucu. Teruja sangat budak ni.

   "Ada apa akak datang?" Tanya Mellisa. Tangan Alisa ditarik masuk ke dalam rumah. Pintu utama ditutup dengan sebelah tangan lalu mereka berjalan beriringan ke ruang tamu.

   "Kakak nak jumpa aunty. Aunty ada?" Alisa melihat-lihat sekeliling rumah. Tiada kelibat Puan Mardhiah. Jangan-jangan aunty memang tak ada, bisik hatinya.

   Kalau Puan Mardhiah tiada di rumah, sia-sialah dia berada di sini kerana dia mahu berbincang dengan wanita itu, bukannya dengan Mellisa.

   "Umi ada dekat laman belakang. Ada orang," maklum Mellisa. Alat kawalan televisyen diambil lalu ditekan-tekan untuk mencari saluran yang menarik.

   "Ada orang? Lah, kalau macam tu akak balik dulu lah," kata Alisa. Kalau Puan Mardhiah ada tetamu, dia pun tidak mahu mengganggu. Mereka boleh bercakap di lain hari.

   "Eh, eh. Tak apa. Bukan tetamu penting pun. Abang Fateh je pun. Pergilah dekat belakang. Mel nak tengok cerita," tegah Mellisa sebelum tersengih.

   Alisa terkedu. Encik Fateh ada di sini?

   Macam mana nak berbincang mengenai lamaran hari itu jika lelaki itu ada di situ?

   Lagipun Alisa rasa Fateh masih belum tahu apa-apa mengenai hal itu.

   Tarik nafas. Hembus.
   Tarik. Hembus.
   Bismillah.

   Here we go.


≿━━━━༺❀༻━━━━≾


   Sampai sahaja di halaman belakang, Alisa ternampak dua susuk tubuh yang sedang duduk berbincang di sebuah meja batu yang terletak bersebelahan taman.

   Dari jauh dia nampak muka Fateh yang keruh dan mendung. Mengapa agaknya, ya?

   Nampak serius sahaja perbincangan mereka. Alisa mula berura-ura untuk berpatah balik apabila rasa seperti mengganggu dua saudara itu berbual.

   Seketika matanya bersabung dengan mata Fateh. Alisa tergamam. Rasa seperti mahu menangis apabila mata itu jelas memancarkan kesedihan yang tidak dibuat-buat.

   The hurt in his eyes. She feels bad. But that isn't the worst. The worst thing is it's her who did that to him.

   Tapi, perasaan tak boleh dipaksa.

   Ugutlah dengan pistol di kepala sekalipun, tidak mungkin sesenang itu hati akan beralih.

   Puan Mardhiah yang perasan akan pandangan anak saudaranya itu segera menoleh. Tersenyum nipis bibir tua itu apabila ternampak gadis itu.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now