WILDAN | 15

2.1K 143 5
                                    

Setelah berbulan-bulan memerah otak di universiti, kini tiba masa untuk cuti semester. Peperiksaan telah tamat beberapa hari yang lalu. Alisa dan kawan serumahnya berpakat untuk pulang sedikit lewat.

Dan pagi ini, gamat rumah teres dua tingkat itu dengan suara mereka yang menjerit-jerit mencari barang untuk dibawa pulang.

"Bell! Nampak luggage aku tak?"

"Tak! Barang kau tanya aku kenapa?"

"Laila! Laila! Ni kasut kau yang aku pinjam haritu!"

"Oh, baru nak hantar! Ingat nak peram sampai ke tua."

"Weh! Tolong aku bawa kotak ni turun kejap! Beratlah!"

"Malas!"

"Tolonglah, weh!"

"Bla bla bla, aku tak dengar."

"Nisa!!!!!!!"

Alisa yang berada di ruang tamu terkejut. Mak aih! Boleh runtuh rumah dibuatnya.

Kaca televisyen yang memaparkan siri animasi Boboiboy ditutup. Kakinya melangkah ke arah tangga.

"Kenapa ni?" tanya Alisa sebaik ternampak Laila yang sedang bercekak pinggang di atas tangga.

Laila berpaling ke arahnya sebelum membuat muka kesian.

"My dearest beautiful Alisa, tolong aku angkatkan kotak ni please?" pinta Laila. Kedua-dua tapak tangan dirapatkan sebelum diletakkan di dada. Muka sesedih mungkin ditunjukkan. Please!

Alisa mencebik. Inilah kawan. Masa nak minta tolong, kitalah paling cantik paling pandai. Bila gaduh, habis semua karakter villain dalam Disney tu dia bagi.

"Okey. Tapi tak free tau!" balas Alisa sebelum mendaki tangga tersebut.

"No problem! Kau cakap je kau nak apa, aku belanja!" kata Laila tanpa berfikir panjang.

"Betul ni? Kalau macam tu aku nak.."

"Bawah bajet RM50. Aku bukan orang kaya, nenek!" Pintas Laila sebelum sempat Alisa menghabiskan ayatnya.

Giliran Alisa pula bercekak pinggang. Amboi!

"Tadi cakap apa-apa saja?" getusnya tidak puas hati. Hajatnya nak minta iPhone 12 satu.

"Tak jadi. Aku tak ingat kau ni materialistik. Kering purse kalau kau minta bukan-bukan!" kutuk Laila selamba. Budak ni kadang-kadang demand tahap tak ingat! Tak memasal balik kampung jalan kaki lepas ni.

"Amboi mulut deme," kata Alisa sambil tersenyum.

"Dah! Angkat sendiri kotak kau tu," Alisa menjelirkan lidahnya sebelum berura-ura untuk turun dari tangga itu.

"Eh! Nak pergi mana tu?" Lengan kanan Alisa sempat ditarik. Takkanlah dia nak angkat kotak ni sorang-sorang?

"Ada date," balas Alisa selamba.

Laila membulatkan matanya. OMG! Alisa nak keluar dating? Mambang mana yang merasuk kawannya siang-siang ni?

"...dengan Boboiboy," sambung Alisa sebelum turun ke ruang tamu.

"Eh! Habistu kotak aku ni macam mana?!" Laungan Laila dari tangga tidak dihiraukan. Saja.

Siapa suruh tak kemas barang awal-awal? Barangnya sudah siap dikemas semalam lagi.

Lima minit kemudian, bahunya terasa ditampar kuat.

"Aduh!" Alisa menggosok bahunya. Bahana jadi housemate Laila dengan Bella. Asyik nak memukul saja. Silap hari bulan habis lebam badannya. Nanti jadi kes dera padan muka. Biar viral satu negara.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now