WILDAN | 50

2K 141 11
                                    

   Alisa mengetuk-ngetuk permukaan meja batu. Sudah hampir setengah jam dia menunggu Sarah solat Asar. Dia tidak masuk sekali ke dalam masjid kerana datang bulan. Mahu duduk di dalam kereta pula, panas. Jadi di sinilah dia sekarang.

   Ting!

   Dentingan telefon mengejutkannya yang sedang mengelamun. Segera peranti segi empat itu dikeluarkan. Satu notifikasi diterima.

   Mellisa.

Assalamualaikum, akak. Are you free this Friday night? Umi nak ajak dinner sekali. Jangan lupa bawa Kak Sarah tau!

   Alisa mengembungkan pipinya. Malam Jumaat ni? Free ke tak, eh?

   Lama dia berfikir sebelum akhirnya tangan menari-nari di atas keypad. Puas hati dengan apa yang ditaip, butang send ditekan sebelum ruang chat itu ditutup.

Waalaikumussalam. Boleh, akak free je. Nanti akak tanya Kak Sarah, eh?

   Sambil menunggu balasan daripada Mellisa, Alisa melihat-lihat status kawan-kawan dan ahli keluarganya.

   Ada masa dia tersenyum, ada masa dia berkerut dan ada masa dia tergelak. Macam-macam fiil seorang-seorang.

   Status Bella yaang bergambar dengan suaminya dengan caption, 'Counting days' dibalas dengan ucapan semoga dipermudahkan segala urusan.

   Bella, housemate Alisa semasa menuntut di UM dahulu sudah mendirikan rumah tangga dua tahun yang lalu, sebaik sahaja tamat pengajian. Rezekinya jodoh sampai awal. Sekarang, Bella dan suami sedang menunggu kelahiran cahaya mata permata mereka kerana Bella sudah mengandung hampir lapan bulan.

   Annisa pula sudah bertunang tahun lepas dan jika tiada aral melintang, akan berkahwin dengan pilihan hatinya hujung tahun ini.

   Hanya dia dan Laila yang masih single mingle. Dan juga Sarah.

   Ting!

   Mesej balasan daripada Mellisa terpampang pada bar notifikasi. Segera ruang chat Mellisa dibuka.

Okay! Umi pesan datang sebelum Maghrib. Solat dekat sini je, senang.

Beres. Jangan lupa kirim salam dekat aunty. Assalamualaikum.

Waalaikumussalam.

   Sejurus itu, Alisa menutup telefonnya.

   "Lisa!"

   Sarah berjalan ke arahnya sebelum mengajaknya ke kereta. Kereta Sarah rosak dua hari lalu, jadi Alisa menumpangkannya ke sekolah sehingga keretanya selesai dibaiki.

   "Jom."

   Di dalam kereta, telefon tiba-tiba sahaja berdering semasa Alisa sedang membetul-betulkan aircond.

   Skrin telefon dilihat. Fateh calling.

   Liurnya ditelan. Apa yang lelaki ini mahu?

   "Siapa?" Tanya Sarah di sebelah.

   Alisa mengisyaratkan Sarah agar senyap sebelum ikon hijau ditarik.

   Sarah mengangguk faham. Adalah itu benda penting.

   "Assalamualaikum, Encik," sapanya.

   "Waalaikumussalam, Alisa," jawab Fateh di sebelah sana. Fail tebal hitam ditutup cermat sebelum diberi kepada setiausahanya yang setia menunggu. Dia mengangguk sebelum mengarahkan Iman untuk keluar.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now