WILDAN | 67

2.4K 160 25
                                    

   Tarik. Hembus.

   Tarik. Hembus.

   Tarik. Hembus.

   Tips yang diberikan oleh Aqila dilakukan berulang kali. Katanya, tarik nafas dalam-dalam, tunggu sekejap untuk beberapa saat dan selepas itu barulah hembuskan nafas perlahan-lahan.

   Fuh!

   Tak jadi pun! Jantungnya masih tetap berdebar bagai nak gila!

   Tips apa macam ini? Tak boleh pakai langsung!

   "Dik, cuba duduk diam-diam. Orang nak make up pun payah duk gerak-gerak," bebel jurusolek yang juga merupakan kenalan Aqila. Tangan yang sedang memegang berus naik mencekak pinggang. Dari tadi bakal pengantin di hadapannya ini tidak duduk diam. Sekejap tergaru-garu, sekejap diusiknya alat solek di atas meja.

   "Entahnya kau ni. Aku pun naik geram dengan kau. Cuba dengar apa orang cakap," sokong Laila yang sedang bersila di atas katil yang telah pun siap dihias cantik dan ringkas atas permintaan Alisa sendiri.

   "Aku... penatlah tadah muka lama-lama ni. Kau pun tahu aku mana minat make up segala ni. Akak, lambat lagi ke nak siap?" Rungut Alisa sambil memandang jurusolek yang lebih mesra dikenali sebagai Kak Adel dengan muka sedih.

   "Ah, takde! Takde! Lambat lagi nak siap. Sekarang adik duduk diam-diam kalau tak nak akak conteng muka kau jadi badut," ugut Kak Adel. Badan Alisa ditolak agar kembali bersandar pada kerusi. Kerjanya yang tergendala tadi disambung semula. Macam-macam perangai budak ni pun!

   Kali ini Alisa hanya menurut tanpa membantah. Mulut yang hampir menguap luas ditahan sebaik ternampak jelingan tajam Kak Adel. Garang nau!

   Kadang-kadang tangannya yang gatal mahu menggaru muka yang terasa gatal ditampar perlahan. Orang tak biasa pakai barang kosmetik memang begitu. Mudah gatal-gatal muka kalau tak kena caranya. Nasib baiklah hanya sekali ini saja dia perlu bersolek. Lain kali memang tidaklah, rimas! Ringan-ringan tidak mengapalah.

   Hampir setengah jam kemudian barulah Alisa siap disolek. Hampir tersengguk dia menahan kantuk. Yalah, semalam dia tidur lambat kerana gementar untuk hari ini. Kesudahannya, tatkala waktu sudah memasuki pukul tiga pagi barulah dia boleh melelapkan mata.

   "Okay, sini sikit. Done!" Kak Adel menepuk-nepuk tangannya untuk menghilangkan debu peralatan solek yang melekat pada tangannya. Siap!

   "Mana? Mana? Nak tengok!" Laila pantas bangun dari duduknya lantas menghampiri susuk tubuh Alisa yang sedang duduk di atas kerusi meja solek. Kerusi itu dipusingnya.

   Terbeliak luas mata Laila sebaik sahaja Alisa berhadapan dengannya.

   "Oh my goodness! Alisa! Cantiknya!" Jeritnya teruja. Tangan naik menekup kedua belah pipi dengan mata yang membulat teruja.

   Terkebil-kebil mata Alisa memandang gadis di hadapannya itu. Kerusi dipusing menghadap cermin untuk menilik hasil kerja Kak Adel pada wajahnya.

   "Aku ke ni?" Alisa bertanya tidak percaya. Setiap inci wajahnya dipandang tidak berkelip. Sangat....lain!

   "Haah, kaulah tu, dik. Kenapa? Tak percaya boleh jadi cantik macam ni?" Sampuk Kak Adel sambil tangan sibuk mengemas segala peralatan solek yang berselerak di atas meja. Sehelai tisu basah turut dikeluarkan sebelum dia mengelap meja yang sedikit kotor.

   "Cantiknya, Kak Adel! Nanti saya kahwin, saya ambil akak juga boleh?" Tanya Laila. Telefon pintarnya dikeluarkan untuk mengambil gambar Alisa.

   "Eh, apa tak bolehnya. Lagi akak suka adalah. Jangan lupa promote dekat kawan sekali," cadang Kak Adel. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Bak kata orang, besar tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now